PENYANYI Ayu Damit tidak berkira mengenai bayaran yang diterima jika menjayakan tawaran nyanyian yang memberi manfaat untuk aktiviti amal.
"Setakat ini, saya tak pernah berkira dengan bayaran untuk menjayakan showcase berbentuk kebajikan. Asalkan setimpal, saya akan menerima tawaran tersebut jika ada kepalangan waktu.
"Saya rasakan perkara itu sebagai saham akhirat untuk saya. Ini merupakan salah satu cara untuk saya menyumbang kepada komuniti dan menghiburkan mereka yang memerlukan.
"Alhamdulillah, tawaran nyanyian itu sentiasa ada. Saya bersyukur kepada Allah kerana masih ada rezeki untuk saya dalam bidang ini.
"Harga saya juga tidaklah terlalu mahal, semuanya bergantung kepada pengajur dan bajet yang disediakan. Tetapi saya tak berkira jika menjayakan sesuatu persembahan amal," katanya.
Bakal bergabung dengan Liza Hanim dan Nourul Depp untuk menjayakan majlis makan malam amal A Night of Hope anjuran National Diabetes Institute (NADI), Ayu teruja ingin menghiburkan kanak-kanak yang sakit.
"Majlis makan malam amal itu diadakan untuk mengisi tabung perubatan kanak-kanak diabetes jenis satu menerusi penjualan meja dan bakal diadakan pada Sabtu (21 April) bermula jam 8 malam di Palace of The Golden Horses.
"Ini merupakan pengalaman kedua saya terlibat dengan acara NADI dan saya sangat teruja untuk terus bekerjasama dalam majlis ini," kata Ayu lagi.
Terdapat beberapa pembahagian penjualan meja amal yang boleh memuatkan 10 individu iaitu Platinum (RM12,500), Gold (RM10,500), Silver (RM8,500) dan Bronze (RM6,500) dan meja biasa (RM3,000).
Gempak
Tue Apr 17 2018

Bakal bergabung dengan Liza Hanim dan Nourul Depp untuk menjayakan majlis makan malam amal A Night of Hope anjuran National Diabetes Institute (NADI), Ayu teruja ingin menghiburkan kanak-kanak yang sakit. - Foto Astro GEMPAK

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.

'Hadiah ulang tahun perkahwinan untuk bulan ini' - Ayu Damit selamat bersalin anak keempat
Menurut Ayu, anak keempatnya itu dilahirkan awal daripada tarikh jangkaan bersalin.

Cliff Umar dinobat juara GV7
Tahniah Cliff Umar!

Oja antara tujuh peserta yang berjaya ke final GV7
Wah semua berjaya ke pusingan akhir!

Pentas Gegar Vaganza kini dibuka, ini senarai lagu yang pasti mengimbau kenangan lalu
Mesti ramai yang tak sabar nak menyanyi bersama-sama.

Saya Anak Malaysia 2020 teguhkan rasa cinta pada tanah air
Astro melalui platform televisyen dan digitalnya termasuk Astro AWANI akan menyiarkan video berdurasi 6.04 minit itu dan ia telah mula disiarkan pada jam 12.30 tengah hari pada Rabu.

'Ya saya masih berniaga cili di pasar tani, kenapa nak malu?'
Dia dan suami Syed Fauzi Syed Baharuddin akan pergi ke pasar tani menjaja sendiri jualan mereka sekiranya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti seni.

Ayu Damit kumpul saham akhirat ...
Penyanyi Ayu Damit tidak berkira mengenai bayaran yang diterima jika menjayakan tawaran nyanyian yang memberi manfaat untuk aktiviti amal.