KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Cadangan Penggubalan Undang-Undang Baharu berkaitan kemudaratan jenayah dalam talian.
Azalina berkata inisiatif cadangan penggubalan undang-undang baharu itu adalah bagi menangani isu berkaitan jenayah siber selain mencerminkan keprihatinan Kerajaan MADANI dalam memastikan keselamatan rakyat di alam siber tidak terus terancam.
"Perkhidmatan dalam talian pada masa ini merupakan satu keperluan dan menjadi antara elemen terpenting dalam kehidupan seharian. Perkembangan ini telah membuka banyak peluang baharu terutama dalam bidang perniagaan sekali gus menjadikan kehidupan rakyat semakin mudah dan selesa.
"Namun dalam kita menikmati manfaatnya, alam siber kini dieksploitasi sehingga telah menjadi lubuk jenayah siber yang semakin berleluasa dan berada pada tahap yang membimbangkan," katanya di laman X.
Beliau berkata mesyuarat itu turut dihadiri pegawai dari pelbagai kementerian, agensi dan badan yang berkaitan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 05 2024
![Azalina, Fahmi pengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja berkaitan jenayah siber Azalina, Fahmi pengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja berkaitan jenayah siber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707146373_AzalinaOthman.jpg)
Mesyuarat itu turut dihadiri pegawai dari pelbagai kementerian, agensi dan badan yang berkaitan. - Foto X/@AzalinaOthmanS
![Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738922827_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan
Kunjungan itu juga mencerminkan penghormatan Anwar terhadap tradisi agama dan budaya sekali gus menangkis dakwaan mengena pengabaian kaum India.
Harga kopi di NY lonjak 6% akibat 'panic buying'
Harga kopi hadapan di Bursa ICE New York melonjak lebih 6% pada Isnin, mencatat rekod tertinggi baharu melebihi $4.30 (RM19.87) per paun.
Amerika Syarikat larang transgender sertai tentera
Tentera Amerika Syarikat kini melarang individu transgender daripada menyertai pasukan tentera serta menghentikan semua prosedur peralihan jantina bagi anggota yang sedang berkhidmat.
PBB bimbang keadaan tebusan Israel dan tahanan Palestin
Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan kebimbangan terhadap keadaan tebusan Israel serta tahanan Palestin yang dilepaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata Gaza.
![Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739231486_BretBaier.jpg)
Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump
"Saya akan memilikinya (Gaza). Anggap ini sebagai pembangunan hartanah untuk masa depan. Ia akan menjadi sebidang tanah yang indah. Tidak memerlukan perbelanjaan besar."
Negara-negara Arab tolak cadangan Trump untuk Gaza
Mesir menegaskan bahawa negara-negara Arab menyokong Palestin dalam menolak cadangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza dan mengambil alih kawalan wilayah itu.
Trump cadang halang rakyat Palestin kembali ke Gaza
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mencadangkan bahawa rakyat Palestin tidak akan diberi hak untuk kembali ke Semenanjung Gaza di bawah pelan pembangunan semula kawasan tersebut.
Hamas henti bebas tebusan, dakwa Israel langgar perjanjian
Hamas pada Isnin umum akan menghentikan pembebasan tebusan Israel sehingga notis lanjut susulan dakwaan pelanggaran perjanjian gencatan senjata oleh Israel di Gaza.
![BAMTC 2025: Pang Ron terkejut, teruja ketuai cabaran Malaysia di Qingdao BAMTC 2025: Pang Ron terkejut, teruja ketuai cabaran Malaysia di Qingdao](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739226960_bamtc.jpg)
BAMTC 2025: Pang Ron terkejut, teruja ketuai cabaran Malaysia di Qingdao
Pang Ron berharap dapat memimpin rakan sepasukan dengan baik selain menerapkan semangat juang tinggi ketika berentap di Conson Gymnasium.
![Turkiye sasar ganda perdagangan dengan Malaysia kepada US$10 bilion Turkiye sasar ganda perdagangan dengan Malaysia kepada US$10 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739229729_RecepTayyipErdoan.jpg)
Turkiye sasar ganda perdagangan dengan Malaysia kepada US$10 bilion
Erdogan berkata, Turkiye ingin meningkatkan usaha bersama dalam setiap sektor dan bergerak maju bersama dalam pelbagai bidang dengan Malaysia.
![Azalina, Fahmi pengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja berkaitan jenayah siber Azalina, Fahmi pengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja berkaitan jenayah siber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707146373_AzalinaOthman.jpg)
Azalina, Fahmi pengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja berkaitan jenayah siber
Mesyuarat itu turut dihadiri pegawai dari pelbagai kementerian, agensi dan badan yang berkaitan.