KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said akan menjadi wakil kerajaan ke Eropah termasuk Perancis bagi mengendalikan kes tuntutan kumpulan Sulu membabitkan beberapa aset milik Malaysia.
Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata beliau juga mungkin turut serta dalam pengendalian kes itu bersama Azalina dalam masa terdekat.
Zambry berkata ia merupakan antara langkah ke hadapan Malaysia susulan kumpulan yang mendakwa sebagai waris kesultanan Sulu itu dilihat mengambil kesempatan menggunakan kepakaran mereka dalam melaksanakan tuntutan seolah-olah 'forum shopping' iaitu dari satu mahkamah ke mahkamah lain.
"Umpamanya bermula di Mahkamah Sepanyol, mereka kalah kemudian pergi ke negara lain seperti Perancis, kemudian ke Luxemborg dan selepas itu ke mana-mana negara yang mereka rasakan ada kemungkinan dan kebarangkalian untuk mereka dapat kemenangan dalam kes ini (tuntutan Sulu).
"Kes terbaharu, mereka mendapat bailif di Perancis... tanpa memeriksa kesahihan tindakan itu sehingga ke satu peringkat, pergi memeriksa harta benda Kedutaan Malaysia termasuk bangunan dan rumah kita," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 bagi peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini.
Zambry berkata kerajaan telah menghantar nota bantahan berkaitan perkara itu kepada Kedutaan Perancis di Malaysia untuk menyatakan bahawa mereka tidak boleh berbuat demikian kerana semua kawasan kedutaan adalah tertakluk kepada Konvensyen Vienna.
"... Akhirnya, mereka tahu akan kesilapan mereka dan mereka keluar," katanya.
Pada Selasa lepas, media asing melaporkan bailif Perancis cuba menguatkuasakan perintah rampasan ke atas tiga hartanah di Paris yang dimiliki oleh Kerajaan Malaysia susulan permohonan kumpulan itu berkaitan penganugerahan pampasan sebanyak US$15 bilion (RM66 bilion) yang mereka peroleh terhadap Malaysia.
Mengenai kesahihan Perjanjian 1878, Zambry berkata Sekretariat Khas Sulu yang diketuai Azalina sedang menyiasat perkara itu dengan mengunjungi arkib-arkib serta kawasan berkaitan seperti London, Filipina dan Malaysia.
"Soalnya sekarang yang penting sekali ialah mereka yang menyebut diri sebagai 'penuntut,' adakah benar-benar penuntut atau tidak, atau mereka benar-benar waris? Ini yang kita perbahaskan dan telahpun membuat proses perundangan untuk mencabar kesahihan itu," katanya.
Penuntut terbabit sebelum ini dilapor telah memfailkan tindakan undang-undang melalui Mahkamah Sepanyol untuk mendapatkan pampasan bagi tanah di Sabah yang didakwa telah dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada tahun 1878.
Mereka membawa perkara itu untuk timbang tara di Sepanyol pada 2019 dan penimbang tara Dr Gonzalo Stampa yang dilantik oleh kumpulan tersebut telah membuat keputusan yang memihak kepada pihak yang menuntut.
Keputusan itu kemudian digunakan untuk merampas aset Petronas di Luxembourg.
Malaysia telah menggunakan semua remedi undang-undang bagi membatalkan dua anugerah yang diberikan oleh Stampa kepada pihak yang menuntut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 09 2023
![Azalina wakili Malaysia ke Eropah untuk urus tuntutan kumpulan Sulu Azalina wakili Malaysia ke Eropah untuk urus tuntutan kumpulan Sulu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81676960982_TBAZALINAOTHMAN.jpg)
Datuk Seri Azalina Othman Said akan menjadi wakil kerajaan ke Eropah termasuk Perancis bagi mengendalikan kes tuntutan kumpulan Sulu membabitkan beberapa aset milik Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Petronas masih di peringkat awal eksplorasi Lembangan Langkasuka di perairan Kedah, Perlis Petronas masih di peringkat awal eksplorasi Lembangan Langkasuka di perairan Kedah, Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738664694_TBAZALINA.jpg)
Petronas masih di peringkat awal eksplorasi Lembangan Langkasuka di perairan Kedah, Perlis
Tumpuan utama masa ini adalah kepada analisis data seismik baharu itu yang dijangka selesai pada 2026.
![Kerajaan beri 3 sebab belanja RM16 bilion untuk pajakan helikopter tentera Kerajaan beri 3 sebab belanja RM16 bilion untuk pajakan helikopter tentera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739415796_HelikopterTentera.jpg)
Kerajaan beri 3 sebab belanja RM16 bilion untuk pajakan helikopter tentera
Azalina berkata, banyak helikopter yang digunakan agensi kerajaan, termasuk Angkatan Tentera Malaysia, berusia antara 12 dan 32 tahun.
![Petronas, anak syarikat tidak perlu dilesenkan laksana pengoperasian petroleum di Sarawak Petronas, anak syarikat tidak perlu dilesenkan laksana pengoperasian petroleum di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738664694_TBAZALINA.jpg)
Petronas, anak syarikat tidak perlu dilesenkan laksana pengoperasian petroleum di Sarawak
Petronas serta anak syarikatnya tidak perlu dilesenkan dan tidak tertakluk kepada sebarang prosedur tambahan untuk melaksanakan pengoperasian petroleum di Sarawak.
![Pemberi maklumat tidak dilindungi jika buat pendedahan umum - Azalina Pemberi maklumat tidak dilindungi jika buat pendedahan umum - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738664694_TBAZALINA.jpg)
Pemberi maklumat tidak dilindungi jika buat pendedahan umum - Azalina
Tiada cadangan untuk meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) bagi memberi perlindungan kepada pemberi maklumat yang membuat pendedahan umum terlebih dahulu.
![Undang-undang pembiayaan politik komprehensif perlu segera - Azalina Undang-undang pembiayaan politik komprehensif perlu segera - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736841692_tbAzalinaOthmanSai.jpg)
Undang-undang pembiayaan politik komprehensif perlu segera - Azalina
Malaysia perlu segera melaksanakan undang-undang pembiayaan politik yang komprehensif bagi mengurangkan risiko rasuah dan meningkatkan ketelusan.
![Titah Adendum: 'Tidak wajar ada perintah larangan bersuara' - Azalina Titah Adendum: 'Tidak wajar ada perintah larangan bersuara' - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736827041_TBAZALINAOTHMAN.jpg)
Titah Adendum: 'Tidak wajar ada perintah larangan bersuara' - Azalina
Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata isu itu akan dibincangkan semula di Parlimen ketika bersidang pada bulan depan.
![Titah Adendum: USJT Bukit Aman siasat KJ Titah Adendum: USJT Bukit Aman siasat KJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736751807_Ahlipolitik.jpg)
Titah Adendum: USJT Bukit Aman siasat KJ
Siasatan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua menteri dalam Kerajaan Perpaduan menyembunyikan kebenaran di sebalik Titah Adendum dijalankan USJT, Bukit Aman.
![Elak subjudis isu Titah Adendum, serah pada mahkamah - Azalina Elak subjudis isu Titah Adendum, serah pada mahkamah - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736656839_TBAzalina.jpg)
Elak subjudis isu Titah Adendum, serah pada mahkamah - Azalina
Semua pihak khususnya ahli UMNO digesa untuk tidak membuat sebarang spekulasi membabitkan Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dibimbangi menimbulkan subjudis.
![Pegawai Azalina lapor polis terhadap KJ Pegawai Azalina lapor polis terhadap KJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736557345_saman.jpg)
Pegawai Azalina lapor polis terhadap KJ
Setiausaha Politik Azalina, Suraya Yaacob membuat laporan polis terhadap Khairy di Balai Polis Sentul pada Jumaat.
![Dewan Rakyat lulus pindaan Kanun Keseksaan tangani buli siber Dewan Rakyat lulus pindaan Kanun Keseksaan tangani buli siber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733378280_AzalinaOthmanSaid.jpg)
Dewan Rakyat lulus pindaan Kanun Keseksaan tangani buli siber
Rang undang-undang yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju.