KUALA LUMPUR: Pelari pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Fahmi dipilih sebagai penerima Anugerah Khas 100PLUS sempena majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2022 yang akan berlangsung Selasa ini.
"Kita dapat menyaksikan permata baharu dalam pembikinan dalam arena olahraga negara selepas era 90-an iaitu Watson Nyambek dan Azmi Ibrahim (yang) sentiasa menghadirkan cerita manis untuk sukan tanah air.
"Kami berharap anugerah diberikan kepada Muhammad Azeem dapat dijadikan motivasi untuk terus cemerlang dalam arena olahraga sekali gus membanggakan rakyat Malaysia khususnya," kata beliau menerusi kenyataan SAM hari ini.
Beliau yang diberi julukan 'Usain Bolt Malaysia' itu bukan sahaja mencipta sensasi dalam arena olahraga ketika layak ke final acara 100 meter pada Sukan Malaysia (SUKMA) Perak ketika hanya berusia 14 tahun, malah mencatat keputusan cemerlang 6A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seterusnya mengembangkan karier di Universiti Auburn, Alabama, di Amerika Syarikat sejak Januari lalu.
Malah, Muhammad Azeem juga memadamkan rekod acara pecut 100m yang dipegang Khairul Hafiz Jantan 10.18s ketika beraksi di peringkat saringan Kejohanan Remaja Dunia, Colombia tahun lalu dengan catatan masa 10.09s.
Selain mengiktiraf atlet yang cemerlang dan mengharumkan nama Malaysia sepanjang tahun lepas, turut akan dirai pada majlis Anugerah SAM-100PLUS 2022 ialah wartawan sukan, yang berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan lebih RM50,000.
Anugerah dibahagi kepada enam kategori iaitu Laporan Berita Terbaik (Media Cetak), Laporan Berita Terbaik (Media Elektronik), Ulasan Berita Terbaik (Media Cetak), Ulasan Berita Terbaik (Media Elektronik), Laporan Khas Terbaik (Terbuka) dan Fotografi Sukan Terbaik.
Pemenang terbaik keseluruhan untuk kategori Kewartawanan Sukan akan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Siebel dengan hadiah wang tunai RM7,000 berserta trofi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 27 2023

Muhammad Azeem Fahmi dipilih sebagai penerima Anugerah Khas 100PLUS sempena majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2022 yang akan berlangsung Selasa ini. - Gambar fail/Sinar Harian
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.

Azeem Fahmi inginkan satu lagi rekod kebangsaan
Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi yang memperbaharui rekod kebangsaan acara 60 meter (m) berkeyakinan untuk melakar kejayaan lebih besar musim ini.

World Athletics tidak iktiraf rekod 100m Zaidatul Husniah?
Terdahulu, Zaidatul Husniah memadam rekod catatan masa 11.50 saat milik Shanti, yang dilakukannya pada 1993 di Kuala Lumpur sebelum ini.

Kekalahan Olimpik Tokyo titik perubahan buat raja pecut Paris Lyles
Pingat emas itu menjadikan Lyles sebagai pelari AS pertama yang memenangi acara berkenaan sejak kejayaan Justin Gatlin pada 2004.

Olimpik Paris 2024: Rusia kritik larangan atlet berhijab dalam upacara pembukaan
Larangan yang dikenakan terhadap pelari pecut Perancis, Sounkamba Sylla disifatkan sebagai tindakan pengasingan yang ketara.

Antara pengharapan dua permata olahraga negara dan dilema KOM
Hanya seorang daripada dua atlet yang berpangkalan di AS itu akan meraih debut Olimpik di Paris 2024 menerusi tiket wild card.

Azeem bangga dalam kecewa
Pelari pecut negara Muhammad Azeem Fahmi agak kecewa kerana gagal memperbaiki rekod acara 100 meter (m) miliknya walaupun muncul juara final Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2024.

Mohd Poad cabar pelari pecut muda tonjol potensi di Sukma 2024
Jurulatih pecut negara Mohd Poad Md Kassim melontarkan cabaran kepada atlet-atlet baharu supaya menonjolkan potensi dengan melakukan kejutan pada Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Sarawak.

Ini hadiah kepada ibu bapa saya - Fahmi
Pelari itu memastikan tempatnya di podium dengan mencatatkan masa 10.11s, hanya 0.02 saat perlahan daripada rekod kebangsaan miliknya.

Azeem dipilih penerima Anugerah Khas 100PLUS
Pelari pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Fahmi dipilih sebagai penerima Anugerah Khas 100PLUS sempena majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2022.

Muhammad Azeem dibenarkan pulang jalani latihan pusat di Malaysia
Muhammad Azeem akan kembali dalam masa terdekat dan turut menyertai Kejohanan Olahraga Asia di Bangkok, Thailand pada 12 hingga 16 Julai.