Azeem Fahmi cipta sensasi lagi, layak ke final acara 60m di Texas
Azeem berjaya layak ke saingan akhir Southeastern Conference Indoor Track and Field Championships selepas menamatkan larian di tempat kedua.
Astro Arena
Sat Mar 01 2025
Muhammad Azeem (dua, kiri) mewakili Universiti Auburn bersama rakan sepasukannya, Israel Okon, yang turut mencipta sejarah tersendiri. - Foto Astro ARENA
PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi, terus membina keyakinan diri selepas sekali lagi melakar sensasi dalam acara 60 meter (m) dalam dewan di Bryan-College Station, Texas, Amerika Syarikat (AS) sebentar tadi.
Atlet berusia 20 tahun itu berjaya melayakkan diri ke saingan akhir Southeastern Conference Indoor Track and Field Championships selepas menamatkan larian di tempat kedua dengan catatan 6.61 saat (s).
Pemenang pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou itu mewakili Universiti Auburn bersama rakan sepasukannya, Israel Okon, yang turut mencipta sejarah tersendiri.