Malaysia mendapat penghormatan apabila Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman dipilih sebagai Presiden Perhimpunan Agung Ke-39 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) awal minggu ini.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata ini merupakan bukti signifikan terhadap hubungan kukuh Malaysia dengan negara-negara dan rakan-rakan yang menganggotai pertubuhan itu di seluruh dunia.
"Sesungguhnya, kami amat gembira kerana sokongan aktif dan penyertaan kami dalam ICAO menerima pengiktirafan.
"Selain itu, saya berpeluang berucap pada Perhimpunan Agung berhubung masa depan penerbangan awam global," kata beliau dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.
Liow juga menekankan tentang pentingnya peranan ICAO dalam memastikan keselamatan, kecekapan dan kemampanan dalam sektor ini sambil mengulangi komitmen Malaysia untuk menyokong pelbagai inisiatif ICAO ke arah matlamat ini," kata beliau.
Beliau berkata Malaysia telah mengemukakan pencalonan bagi pemilihan semula dalam Majlis ICAO dan berharap dapat terus memainkan peranan penting dan aktif dalam pertubuhan antarabangsa yang penting ini.
Bernama
Fri Sep 30 2016

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman dipilih sebagai Presiden Perhimpunan Agung Ke-39 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) awal minggu ini. - Foto fail Astro AWANI / Shahir Omar
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Azharuddin dipilih Presiden Perhimpunan Agung ke-39 ICAO
Ia merupakan bukti signifikan terhadap hubungan kukuh Malaysia dengan negara-negara dan rakan-rakan yang menganggotai pertubuhan itu di seluruh dunia.

MH370: Pasukan penyiasat Malaysia temu pegawai Perancis berhubung serpihan
Pasukan penyiasat Malaysia tiba di Palais de Justice di Paris pada Isnin untuk berbincang dengan pegawai Perancis mengenai perkembangan terkini susulan penemuan serpihan dipercayai pesawat MH370.

Pesawat MAS terpaksa berpatah balik kerana masalah 'tekanan' - Azharuddin
Sebuah pesawat MAS terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA semalam ekoran berhadapan masalah tekanan udara yang dihadapinya selepas hampir sejam berlepas.