KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen pembangkang hari ini membangkitkan Peraturan Mesyuarat dan meminta Yang Dipertua Dewan Rakyat campur tangan mengenai isu Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd Azis Jamman dipanggil memberi keterangan di Bukit Aman semalam berhubung ucapannya pada persidangan Parlimen.
Perkara itu dibangkitkan Lim Guan Eng (PH-Bagan) sejurus selepas sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini dengan merujuk Peraturan Mesyuarat 36.10 mengenai isi-isi ucapan Ahli Parlimen di dalam Dewan Rakyat.
Beliau berkata, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun boleh membuat satu ketetapan mengenai perkara itu dan polis perlu merujuk kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan.
"Kami tidak faham kenapa hak dan keistimewaan Ahli Parlimen semasa berucap di Parlimen sekarang telah diremehkan malah boleh dianggap dihina oleh siasatan oleh polis yang boleh dianggap sebagai mengertak atau intimidasi (terhadap) Ahli Parlimen lebih-lebih lagi pembangkang.
"... ini pula Ahli Parlimen ucap dalam Dewan yang mulia ini tak dihalang oleh Speaker dan tak dihalang oleh mana-mana Ahli Parlimen... kami daripada pihak pembangkang ingin membantah tindakan polis kerana ini bererti polis alat untuk menggertak dan mengancam kebebasan dan peranan Ahli Parlimen pembangkang," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Peraturan 36.10 menyatakan: Adalah salah pada peraturan menggunakan - (a) perkataan-perkataan derhaka kepada negeri; (b) perkataan-perkataan membangkitkan perasaan melawan kuasa Kerajaan; (c) perkataan-perkataan yang harus menaikkan perasaan bersakit-sakit hati atau bermusuh-musuhan di antara satu kaum dengan satu kaum dalam Malaysia atau melanggar mana-mana syarat dalam Perlembagaan atau Akta Hasutan 1948.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata sekiranya terdapat sebarang masalah mengenai pernyataan yang dibuat Ahli Parlimen Sepanggar, perkara itu perlu dibangkitkan pihak kerajaan dan dirujuk kepada jawatankuasa Parlimen untuk tindakan lanjut.
"Tetapi untuk menghalang dan memberi ugutan kepada Ahli Parlimen untuk mengemukakan pandangan yang seperti yang berlaku pada Ahli Parlimen Sepanggar, saya rasa sekali lagi mewujudkan duluan yang sangat bahaya di dewan ini
"... kalau Tan Sri Speaker ambil tafsiran yang keterlaluan mengikut kehendak atau tafsiran polis atau Kementerian Dalam Negeri, ia akan menghalang kebebasan kita (Ahli Parlimen) lagi pun Parlimen ada cara dan kaedahnya untuk mengambil mana-mana tindakan kepada Ahli Parlimen yang melanggar (peraturan," katanya.
Azhar ketika menjawab perkara yang dibangkitkan itu berkata perkara itu berlaku di luar pengetahuannya dan meminta penjelasan Mohd Azis.
"Saya tak tahu sebenarnya, pagi tadi baru saya terbaca sedikit dalam online tapi kurang terang apa yang terjadi itu," katanya.
Azhar berkata, beliau akan memperhalusi hansard ucapan Ahli Parlimen Sepanggar dan akan berhubung dengan pihak-pihak berkenaaan agar hak berucap Ahli Parlimen dapat dipertahankan.
Sementara itu, Mohd Azis ketika menjelaskan perkara itu berkata, beliau terkejut apabila dipanggil oleh polis bagi memberi keterangan mengenai perkara yang diketengahkan di Dewan Rakyat.
Beliau berkata, dalam teks ucapannya, beliau merujuk kepada rungutan rakyat Sabah dan Sarawak.
"Jika kita ingin menyelamatkan Malaysia, laksanakan Perjanjian Malaysia 1963, sebab tanpa Sabah dan Sarawak, tiada Malaysia. Apa yang saya sebutkan dalam ucapan saya itu, adalah zahiran daripada apa yang disuarakan rakyat Sabah di negeri Sabah," katanya.
Semalam, Mohd Azis pada sidang media di bangunan Parlimen berkata, beliau diminta memberikan keterangan kira-kira sejam selepas membangkitkan mengenai isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan pengagihan peruntukan kerajaan terhadap Sabah pada perbahasan Bajet 2022 dua minggu lepas.
"Saya dimaklumkan perkara ini telah disiasat dan saya tidak tahu sama ada saya akan didakwa ataupun tidak tetapi saya tetap dengan apa yang saya sebutkan di dalam Parlimen," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Nov 24 2021

Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd Azis Jamman telah dipanggil memberi keterangan di Bukit Aman semalam berhubung ucapannya pada persidangan Parlimen. - Gambar fail
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Armizan tiada masalah debat dengan Azis Jamman
Katanya, debat berkaitan isu JKK MA63 harus menerusi platfom secara bersemuka bagi memastikan ia berlangsung dengan adil.

Pembentukan Kabinet: Semua pihak perlu hormati keputusan PM - Warisan
Semua pihak perlu menghormati barisan Kabinet Kerajaan Malaysia yang dibentuk oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Azis Jamman sokong tindakan SLS, akan bawa isu geran khas Sabah ke Dewan Rakyat
Datuk Azis Jamman akan membawa pemberian khas 40 peratus kepada Sabah ke Sidang Dewan Rakyat Julai depan.

Azis Jamman dipanggil polis, Ahli Parlimen pembangkang bangkit peraturan mesyuarat
Ahli-ahli Parlimen pembangkang tidak faham kenapa hak dan keistimewaan Ahli Parlimen semasa berucap di Parlimen diremehkan.

Azis Jamman 'amuk', dedah helah perbelanjaan di Sabah
Azis Jamman menyenaraikan peruntukan yang tidak digunakan sewajarnya termasuk melibatkan projek bekalan air bersih, elektrik dan jalan raya.

'Kerjasama Warisan-PBS hanya andaian penyokong'
Azis berkata isu itu timbul selepas temu ramah menerusi satu forum melibatkan Datuk Darell Leiking dan Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai panel.

'Kita Unite' mahu promosikan kesatuan dalam blok pembangkang - Azis Jamman
Gerakan 'Kita Unite' yang disertai 11 ahli parlimen pembangkang adalah untuk mempromosikan kesatuan (unity) dalam kalangan pemimpin blok itu.

Sabah Memilih: Shafie ada resipi terbaik agih kerusi dalam kalangan muka baharu
Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan mengumumkan jumlah pengagihan kerusi di antara rakan sekutu dalam tempoh terdekat ini.

Pemimpin Wirawati Warisan Sepanggar keluar parti, dakwa 9 cawangan ditutup
Ketua Wirawati Warisan Sepanggar Raisa Abd Ghaffur juga mendakwa keputusan itu menyebabkan sembilan daripada 81 cawangan di cabang berkenaan ditutup.

Pindaan SOSMA bukan dalam sidang Parlimen kali ini - Azis Jamman
Pindaan kepada Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak akan dibentangkan dalam persidangan Dewan Rakyat kali ini