KUALA LUMPUR: Dua atlet elit, jaguh berbasikal trek Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan ratu terjun Datuk Pandelela Rinong adalah antara calon popular tersenarai bagi merebut anugerah Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2019/2020.
Mereka dijangka menerima cabaran sengit daripada atlet lain yang turut disenarai pendek pada Anugerah Sukan Kebangsaan (ASN) yang akan berlangsung di sebuah hotel di Subang Jaya pada 21 Dis ini.
Bagi kategori Olahragawan kebangsaan, pelumba yang diberi julukan 'The Pocketrocketman' menerima saingan daripada atlet bina badan Mohd Syahrul Azman Mahen Abdullah, Khairul Anuar Mohamad (memanah), Timmy Tan (tenpin boling) dan Wong Weng Son (wushu).
Pandelela pula dicabar Tan Cheong Min (Wushu), Siti Zalina Ahmad (boling padang), Sin Li Jane (tenpin boling) dan Farah Ann Abdul Hadi (gimnastik) bagi kategori Olahragawati Kebangsaan.
Bagi kategori Olahragawan Paralimpik Kebangsaan, pemanah S.Suresh mengetuai pencalonan diikuti Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting), Cheah Liek Hou (badminton), Muhammad Nur Syaiful Zulkafli (renang) dan Chew Wei Lun (boccia), namun tiada pencalonan bagi Olahragawati Paralimpik Kebangsaan pada ASN kali ini.
Majlis Sukan Negara (MSN) menerusi kenyataan berkata pemilihan calon dibuat berdasarkan pencapaian cemerlang atlet tersebut di pentas antarabangsa sepanjang 2019 dan 2020.
"Jawatankuasa Pemilihan MSN yang dipengerusikan Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan Ramona Mohd Razali, menerima 68 pencalonan untuk 11 kategori daripada persatuan sukan kebangsaan, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).
"Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan berangkat ke majlis berkenaan," menurut kenyataan itu.
Pemenang bagi kategori Olahragawan, Olahragawati Kebangsaan serta Olahragawan Paralimpik Kebangsaan, masing-masing akan membawa pulang sebuah piala, piala iringan, sijil dan hadiah wang tunai RM20,000.
ASN turut menawarkan tujuh anugerah lain - Pasukan Lelaki dan Wanita Kebangsaan, Jurulatih Lelaki dan Wanita Kebangsaan, Anugerah Tokoh Sukan, Anugerah Kepimpinan Sukan dan Anugerah Khas.
Anugerah tahunan yang diperkenalkan sejak 1966, adalah pengiktirafan tertinggi kerajaan bagi menghargai kecemerlangan sepanjang tahun yang dicapai atlet, jurulatih, pegawai dan persatuan sukan kebangsaan, namun kali ini digabungkan bagi 2019 dan 2020 berikutan pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 14 2021

Dua atlet elit, jaguh berbasikal trek Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan ratu terjun Datuk Pandelela Rinong adalah antara calon popular tersenarai bagi merebut anugerah Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2019/2020.
Pengangkutan awam: Terminal Bersepadu Gombak mula operasi 15 Mac ini
Terminal Bersepadu Gombak (TBG) akan mula beroperasi secara berperingkat bermula 15 Mac ini.
Sidang Parlimen: Projek ladang solar, infra nuklear antara tumpuan hari ini
Dasar dalam memperkembang projek ladang solar dan pembangunan infrastruktur nuklear, antara isu yang dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

AS, Ukraine sedia tanda tangan perjanjian mineral hari ini - Laporan
Presiden Trump mahu mengumumkan perjanjian tersebut dalam ucapannya kepada Kongres pada malam Selasa (Rabu, waktu Malaysia).

Zelenskyy kesal ‘bertelingkah’ dengan Trump di White House
Zelenskyy hargai usaha Washington selama ini bantu Ukraine dan kini sedia tandatangan perjanjian mineral yang dicadangkan oleh AS.

Kuching City tambah derita Sri Pahang
Pasukan pelawat turun beraksi dengan mendahului 1-0 hasil jaringan Yuki Tanigawa pada minit ke-14.

Tiada tarif bagi syarikat asing jika pindah ke AS - Trump
Presiden Trump berkata, syarikat asing yang memindahkan operasi pengeluaran mereka ke AS akan dikecualikan daripada tarif.

Sidang Kemuncak Arab: Ketua PBB tekankan keperluan rangka kerja politik jelas untuk pembinaan semula Gaza
Pemulihan, pembinaan semula dan kestabilan Gaza perlu berlandaskan prinsip undang-undang antarabangsa, tegas Guterres.

Siklon Tropika Alfred mungkin akibatkan 20,000 rumah di Brisbane, Australia banjir
Lebih empat juta orang berada dalam laluan siklon itu ketika ia bergerak menuju pantai tenggara Queensland dan utara New South Wales (NSW).

Sarawak dan Huawei meterai MOU pacu transformasi digital
MOU juga bertujuan menjalin kerjasama untuk memodenkan rangkaian penghantaran bagi menyokong teknologi 5G dan inovasi masa depan di Sarawak.

Kerajaan tidak bercadang semak semula kadar cukai pendapatan syarikat buat masa ini - Kementerian Kewangan
Buat masa ini, kerajaan tidak berhasrat untuk menyemak semula kadar cukai pendapatan syarikat, menurut Kementerian Kewangan.

SUKMA platform lahir atlet elit negara ke Olimpik - Hannah
Katanya, seorang atlet Olimpik tidak muncul begitu sahaja dan prestasi mereka adalah hasil usaha selama bertahun lamanya.

Empat pelari yang memenangi acara separa maraton Beijing dilucutkan pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat.

Azizulhasni, Pandelela antara calon Olahragawan, Olahragawati Kebangsaan 2019/20
Mereka antara calon popular tersenarai bagi merebut anugerah Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2019/2020.