KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang terus menunjukkan kemajuan menjelang Sukan Olimpik Paris 2024 apabila berjaya menaiki podium dalam acara pecut lelaki pada saingan Piala Trek Jepun II di Velodrom Izu di Shizuoka hari ini.
Juara dunia 2017 dan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam acara keirin itu yang menyasarkan emas di Paris bagaimanapun terpaksa berpuas hati dengan kilauan pingat gangsa selepas menamatkan perlumbaan final di belakang dua pelumba tuan rumah.
Gelaran juara menjadi milik Kaiya Ota sekali gus menyerlahkan statusnya sebagai pemenang pingat emas dalam acara itu pada Sukan Asia Hangzhou 2022 tahun lepas sementara rakan senegaranya Yuta Obara di tempat kedua.
Ia merupakan perlumbaan kompetitif di luar negara pertama buat Azizulhasni sejak pelumba berusia 36 tahun itu yang mendapat julukan 'The Pocket Rocketman' meraih gangsa acara keirin pada Kejohanan Kebangsaan Australia 2024, awal Mac lepas.
Pada masa sama, seorang lagi pelumba negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom menamatkan saingan di kedudukan kelapan.
Sementara itu, dalam saingan wanita, bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri terpaksa akur dengan kehebatan barisan pelumba Jepun yang mendominasi perlumbaan apabila sekadar mengakhiri saingan di tempat ketujuh.
Pemenang emas pecut dan keirin Sukan Asia Hangzhou, Mina Sato berada dalam kelas tersendiri untuk mengungguli saingan diikuti dua rakan senegaranya Fuko Umekawa (kedua) dan Riyu Ohta di posisi ketiga.
Saingan Piala Trek Jepun II akan bersambung esok dengan ketiga-tiga pelumba negara dijadual mengambil bahagian dalam acara keirin.
Perlumbaan di Jepun itu sebagai antara persediaan Azizulhasni, Shah Firdaus dan Nurul Izzah yang merupakan tiga pelumba berbasikal trek negara layak ke Paris sebelum menghadapi cabaran di temasya sukan berprestij itu bermula Julai depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 11 2024

Jaguh berbasikal trek negara itu terpaksa berpuas hati dengan kilauan gangsa selepas menamatkan perlumbaan di belakang dua pelumba tuan rumah. - Facebook Azizulhasni Awang
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Mohd Azizulhasni tunggu masa sesuai umum hala tuju karier - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata pihaknya bersama jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang sedang menunggu masa sesuai untuk mengumumkan hala tuju kariernya.

Hannah jumpa Mohd Azizulhasni untuk bincang hala tuju karier
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dijadual akan mengadakan pertemuan dengan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini.

Azizulhasni belum putuskan sertai Program Podium - Amarjit
Keputusan sama ada jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bersetuju kekal dalam Program Podium tahun depan atau tidak, dijangka mengambil masa dua minggu lagi untuk diketahui.

Beasley yakin Azizulhasni akan kembali ke gelanggang tahun depan
Kehadiran semula pemenang pingat Olimpik dua kali itu motivasi buat pasukan negara.

Mohd Azizulhasni kekal dalam Program Podium, KPI ke Santiago
PKBM dan Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju untuk mengekalkan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam Program Podium tahun depan.

Azizulhasni tidak akan beraksi pada ACC 2025
Beliau bagaimanapun tetap akan hadir ke kejohanan berkenaan untuk membantu serta memberi sokongan kepada pelumba-pelumba negara.

Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.

Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.

Muhammad Shah Firdaus sedia galas tanggungjawab jika Azizulhasni bersara
Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom sedia menggalas tanggungjawab sebagai pelumba utama, sekiranya Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara rasmi tidak beraksi lagi.