KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom akan meneruskan latihan di Velodrom Nasional Malaysia di Nilai, Negeri Sembilan menjelang Sukan Olimpik Tokyo, bulan depan.
Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia Datuk Abu Samah Wahab berkata Azizulhasni dan Muhammad Shah Firdaus yang baru tiba di Malaysia dari Melbourne, Australia pagi tadi, akan membuat persiapan akhir di Nilai sebelum membawa cabaran negara pada temasya sukan terbesar dunia itu.
Abu Samah berkata, difahamkan kedua-dua pelumba itu ketika ini sedang menjalani proses kuarantin di Kompleks Kecemerlangan Paralimpik Kampung Pandan di sini, sebelum meneruskan sesi latihan di Nilai.
"Saya percaya proses kuarantin di Kampung Pandan dapat membantu kedua-dua mereka meneruskan sesi latihan ringan di gimnasium berbanding kuarantin di hotel yang mungkin menyebabkan mereka tidak berpeluang berlatih.
Selain itu, tiada kejohanan akan disertai kedua-dua pelumba ini sebaliknya mereka hanya fokus kepada sesi latihan di Nilai sebelum berlepas ke Tokyo bulan depan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mengenai suntikan vaksin bagi kedua-dua pelumba itu, beliau dimaklumkan Azizulhasni telah menerima suntikan dos pertama di Australia baru-baru ini manakala Muhammad Shah Firdaus masih belum disuntik sehingga kini.
Katanya, Institut Sukan Negara (ISN) sedang mengatur tarikh suntikan kedua Azizulhasni dan dua proses suntikan buat Muhammad Shah Firdaus di sini.
Beliau berkata kedua-dua pelumba khususnya Azizulhasni, yang merupakan sandaran utama meraih emas negara pada temasya sukan di Tokyo, dilihat bebas daripada sebarang kecederaan dan berada pada prestasi terbaik untuk melakar kejayaan gemilang di negara matahari terbit itu.
Azizulhasni dan Muhammad Shah Firdaus merupakan pelumba negara yang berpangkalan di Melbourne, di bawah bimbingan jurulatih kelahiran Australia, John Beasley.
Azizulhasni yang diberi julukan "The Pocket Rocketman", dijadual turun beraksi dalam acara kegemarannya keirin dan pecut individu manakala Muhammad Shah Firdaus bagi acara pecut di Tokyo nanti.
Sukan Olimpik Tokyo akan berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 06 2021

Azizulhasni (kanan) dan Muhammad Shah Firdaus merupakan pelumba negara yang berpangkalan di Melbourne, di bawah bimbingan jurulatih kelahiran Australia, John Beasley. - Gambar fail

Malaysia Airlines perkukuh kehadiran di ASTINDO Travel Fair 2025, tawar diskaun sehingga 30 peratus
Malaysia Airlines memperkukuh kehadirannya di pasaran Indonesia dengan menyertai ASTINDO Travel Fair 2025 sebagai Preferred Airline.

Dua pekerja rentung dalam kebakaran kilang elektronik
Dua pekerja kilang warga Bangladesh dipercayai rentung manakala dua lagi melecur dalam kebakaran di sebuah kilang elektronik di kawasan perindustrian Tangga Batu, pagi tadi.

#GMWA24: Anna Jobling menang besar! Ucap terima kasih kepada peminat
Pelakon, Anna Jobling akui terkejut apabila dia sekali lagi dinobatkan sebagai Gempak Most Wanted 2024 untuk tahun kedua.

1,946 warga emas telah terima vaksin influenza di Perak
Jumlah itu amat menggalakkan selain slot janji temu imunisasi influeza di 32 daripada 78 klinik kesihatan telah ditempah penuh hingga Mac.
FBM KLCI dijangka kekal antara 1,570 dan 1,600 minggu ini
Indeks utama Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam julat 1,570 hingga 1,600 minggu ini berikutan kekurangan pemangkin baharu.

Keyakinan rakyat terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi - Timbalan Menteri
Adly Zahari berkata perkara tersebut dicerminkan berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.

Laporan terkini cetus kebimbangan: Keselamatan kanak-kanak, stigma terhadap OKU
Menghebahkan dengan sensasi status OKU pelaku telah menyumbang kepada stereotaip yang memudaratkan komuniti OKU.

CDU/CSU raih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira.

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

SUKMA 2024: Berbasikal terus jadi lubuk emas Terengganu
Dua emas itu diperoleh daripada Muhamad Iqbal Daniel Mohd Nawawi dalam kategori individu yang pada masa sama membantu acara berpasukan.

Ranking dunia Azizulhasni naik
Kejayaan Azizulhasni mencipta sensasi pada Kejuaraan Lumba Basikal Trek Asia 2023 menjelmakan perkhabaran gembira kepada ranking atlet itu.

Apabila pingat perak bernilai emas...
"Saya nak rakyat Malaysia tahu yang saya dah lakukan yang terbaik yang saya termampu," kata Azizulhasni.

Azizulhasni, Shah Firdaus masuki 'gear akhir' di Nilai sebelum ke Tokyo
Azizulhasni telah menerima suntikan dos pertama di Australia baru-baru ini manakala Muhammad Shah Firdaus masih belum disuntik sehingga kini.

PKBM percaya Azizulhasni miliki ramuan terbaik rangkul emas Olimpik
'The Pocket Rocketman' itu mempunyai prospek untuk menamatkan penantian emas pertama negara di temasya sukan terbesar dunia itu.

Kerajaan komited bantu atlet raih emas pertama Olimpik pada 2020 - MOM
Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata pengumuman kerajaan itu menyuntik semangat atlet dan memberi inspirasi kepada rakyat untuk melihat negara membawa pulang kilauan emas dari Tokyo.

Fatehah enggan kibar 'bendera putih'
Fatehah Mustapa optimis dengan fokus serta latihan rapi beliau mampu kembali beraksi pada tahap terbaik sekali gus merealisasikan impiannya.

Joo Ngan sambut baik kerjasama UIAM-ISN
Joo Ngan menyambut baik kesediaan Kementerian Belia dan Sukan menerusi ISN untuk memperuntukkan RM30 juta bagi pembiayaan kos terowong angin itu, yang turut boleh digunakan atlet sukan lain.