Datuk Azlin Alias, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bertugas sebagai akauntan bertauliah sebelum meninggalkan dunia korporat untuk menyertai perkhidmatan kerajaan.
Dilahirkan di Petaling Jaya, Azlin, 47, memulakan kerjayanya dengan menyertai Tenaga Nasional Bhd setelah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dari University of New South Wales di Sydney, Australia pada 1989.
Dalam tempoh lima tahun bersama syarikat utiliti negara, beliau menyandang beberapa jawatan pengurusan termasuk sebagai Ketua Bahagian Perhubungan Pelabur.
Kemudian, beliau menyertai Phileo Allied Securities sebagai penganalisis ekuiti selama setahun hingga 1996, sebelum berhijrah ke Caspian Research selama dua tahun dari 1996-1998 dan berkhidmat sebagai Penganalisis Kanan Ekuiti Nomura Advisory Services dari September 1998 hingga Mei 2004.
Tugas Azlin memerlukan beliau terlibat dalam bidang penyelidikan ekuiti, perniagaan dan tugas nasihat korporat ketika memberi khidmat kepada beberapa organisasi yang menganggotai Bursa Malaysia Securities Berhad.
Pada Mei 2004, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Avenue Securities Sdn Bhd yang bertanggungjawab bagi pembangunan perniagaan, perancangan strategik, pemasaran dan menasihati pasukan penyelidikan ekuiti untuk memantapkan produk penyelidikan serta profil klien institusi.
Selepas itu, kedudukan Azlin dalam dunia korporat melonjak lagi dengan menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Eksekutif Malaysian Technology Development Corporation Sdn Bhd, sebuah syarikat modal teroka di bawah Kumpulan Khazanah Nasional Berhad dari 2005 hingga Mei 2008.
Demi memenuhi hasratnya untuk berbakti secara langsung terhadap negara, Azlin menerima tawaran untuk menyandang jawatan sebagai Pengarah Bahagian Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri sebelum dilantik sebagai Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri berkuat kuasa 10 Mac 2014.
Beliau pernah dipilih sebagai 'Penganalisis Penyelidikan Terbaik 2003' oleh The Edge dan ketika beliau menganggotai pasukan pasukan penyelidikan di Avenue Securities, firma itu dipilih sebagai 'Most Improved Local Research House' dan 'Second Best Local Research House' oleh The Edge Weekly pada 2004.
Allahyarham Azlin meninggalkan isteri Datin Azlina Mahmad serta dua anak lelaki dan seorang anak perempuan.
Pada sidang akhbar malam tadi, Najib menyifatkan Azlin sebagai 'Chief of Staff' (Ketua Turus) di Pejabat Perdana Menteri dan memainkan peranan utama dalam menentukan pelbagai perkara penting dalam hal-ehwal pejabat itu.
"Secara peribadi, beliau telah bersetuju meninggalkan kerjaya bidang korporat untuk berkhidmat dengan kerajaan sebagai khidmatnya untuk negara.
"Beliau telah bekerja dengan penuh dedikasi, amanah dan disenangi semua pihak. Ketiadaan beliau adalah satu kehilangan besar buat saya," kata perdana menteri.
Menurut Bernama, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan satu siasatan penuh rapi dan menyeluruh dijalankan untuk mengetahui punca nahas helikopter di Semenyih petang semalam.
Bernama
Sun Apr 05 2015

Najib menyifatkan Azlin sebagai 'Chief of Staff' (Ketua Turus) di Pejabat Perdana Menteri dan memainkan peranan utama dalam menentukan pelbagai perkara penting dalam hal-ehwal pejabat itu.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

'Saya bukan jumpa Jho Low di tepi jalan, beliau wakil Najib' - Bekas CFO 1MDB
Azmi, 49, berkata ini kerana Jho Low telah diperkenal kepada beliau oleh bekas Setiausaha Sulit Najib iaitu Allahyarham Datuk Azlin Alias.

Jho Low orang kanan Najib, wakil PM atur keputusan, kewangan 1MDB - saksi
Mohd Hazem Abdul Rahman, 47, saksi pendakwaan ke-10 menyatakan enam alasan mengapa beliau berpendapat sedemikian.

Najib akui ada berhubung dengan Jho Low 'beberapa kali'
Najib mengakui beliau ada berhubung dengan ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low beberapa kali, berkenaan operasi akaun bank peribadinya.

Perbicaraan kes 1MDB masuk hari keenam
Amhari memberitahu mahkamah bahawa beliau pernah merasa tertekan sehingga ingin meletak jawatan apabila menerima arahan daripada bekas perdana menteri tersebut.

Kematian tiga sahabat satu tragedi peribadi - Najib
Walaupun bersedih, perdana menteri berkata kematian mereka telah mendorongnya untuk menjalankan tugas dengan lebih baik.

Saksi udara nahas helikopter 9M-IGB sudah memberikan kenyataan
Saksi, Kapten T.G. Lee kenyataannya dapat membantu pihak berkuasa merungkai misteri di sebalik tragedi itu.

Tiada panggilan kecemasan daripada helikopter - Menteri Pengangkutan
Helikopter yang terhempas di Semenyih semalam tidak membuat sebarang panggilan kecemasan, dan ia mematuhi laluan penerbangan yang diluluskan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Jamaluddin pemimpin berjasa, sukar dicari ganti - penduduk Rompin
Menyifatkan Allahyarham sebagai seorang pemimpin yang komited menyelesaikan segala permasalahan di kawasannya, rata-rata daripada penduduk mengakui pemergiannya sukar dicari ganti.

Jasad Jamaluddin Jarjis akan disemadikan di Makam Pahlawan
Jasad Ahli Parlimen Rompin Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis akan disemadikan sebelum solat Asar di Makam Pahlawan, Masjid Negara hari ini.

Azlin Alias sanggup tinggalkan dunia korporat untuk berbakti kepada negara
Datuk Azlin Alias, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bertugas sebagai akauntan bertauliah sebelum meninggalkan dunia korporat untuk menyertai perkhidmatan kerajaan.