PUTRAJAYA: Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perlis Azman Mohd Yusof dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang baharu berkuat kuasa esok.
Azman, 56, menggantikan Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad yang dilantik sebagai SUK Perlis juga berkuat kuasa esok.
Perkara itu diumumkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam kenyataan hari ini.
Azman yang menyertai perkhidmatan awam selama 30 tahun bermula sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1 Dis 1992 berpengalaman luas dalam bidang perancangan, pengurusan sumber manusia dan dasar.
"Saya percaya dengan pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki, beliau (Azman) mampu menerajui pentadbiran KPDNHEP dalam merealisasikan hasrat kementerian menjadi kementerian utama negara yang berpandukan oleh visinya iaitu 'perdagangan dalam negeri yang progresif, mampan'," kata Mohd Zuki.
Mohd Zuki berkata pemilihan Hasnol Zam Zam, 55, pula adalah berdasarkan kelayakan dan pengalaman luas beliau dalam pelbagai bidang termasuk pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha KPDNHEP.
"Saya berkeyakinan penuh Hasnol Zam Zam akan berkhidmat dengan penuh integriti dalam menerajui kepimpinan di pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis," katanya.
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Perancangan Bandar daripada Universiti Utah dan Ijazah Sarjana Perancangan Bandar daripada Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat, Hasnol Zam Zam telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 30 tahun serta menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1 Dis 1992.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 29 2022

Pemilihan Hasnol Zam Zam, 55, sebagai SUK Perlis berdasarkan kelayakan dan pengalaman luas beliau dalam pelbagai bidang termasuk pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha KPDNHEP. - Gambar/ FB KPDNHEP

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Azman dilantik KSU KPDNHEP baharu, Hasnol Zam Zam ke SUK Perlis
Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perlis Azman Mohd Yusof dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang baharu berkuat kuasa esok.