PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk membatalkan saman yang dikemukakan 10 pengundi berdaftar kawasan Parlimen Gombak terhadapnya atas dakwaan menipu dan melanggar kewajiban fidusiari sebagai Ahli Parlimen kawasan itu.
Panel tiga hakim iaitu Datuk Yaacob Md Sam, Datuk Lee Heng Cheong dan Datuk Hashim Hamzah memutuskan tuntutan pengundi itu tidak kukuh dan tiada keperluan bagi saman itu diteruskan untuk perbicaraan penuh.
Yaacob, yang menyampaikan keputusan sebulat suara itu, membenarkan rayuan Mohamed Azmin untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Jun tahun lepas yang menolak permohonannya untuk membatalkan saman itu.
"Kami berpandangan terdapat kesilapan oleh hakim Mahkamah Tinggi semasa tidak membenarkan permohonan perayu (Mohamed Azmin) untuk membatalkan saman yang memerlukan campur tangan rayuan," katanya
Mahkamah bagaimanapun tidak memberikan award kos atas alasan kes itu adalah kes kepentingan awam.
Pada 27 Nov 2020, 10 pengundi itu memfailkan saman terhadap Mohamed Azmin, yang merupakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, atas dakwaan menipu dan melanggar kewajipan fidusiari menerusi 'Langkah Sheraton' yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan tumbang pada Februari 2020.
Dalam pernyataan tuntutan mereka, pengundi tersebut antara lain memohon pengisytiharan bahawa Mohamed Azmin selaku Ahli Parlimen Gombak, telah melanggar kewajiban fidusiarinya, menipu serta memungkiri representasi yang dibuat kepada mereka dalam pilihan raya umum bagi kawasan berkenaan.
Mereka menuntut ganti rugi teruk dan teladan, kos dan perintah lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Pada 12 Mac tahun lepas, Mohamed Azmin memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu atas alasan saman tersebut tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah sebaliknya mengaibkan, bersifat remeh, menyusahkan atau membawa kepada suatu penyalahgunaan proses mahkamah.
Beliau mendakwa saman itu melanggar hak asasinya untuk kebebasan berpersatuan seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 10 Fasal (1) (c) Perlembagaan Persekutuan.
Dalam prosiding hari ini yang dijalankan secara maya, mahkamah mendengar hujahan peguam Muhammad Nizamuddin Abdul Hamid yang mewakili Mohamed Azmin dan peguam K. Shanmuga yang mewakili pengundi.
Muhammad Nizamuddin berhujah bahawa saman itu perlu dibatalkan kerana dakwaan pengundi pasti gagal kerana mereka tidak akan dapat membuktikan bahawa mereka telah mengundi Mohamed Azmin semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Beliau berkata, Mohamed Azmin tidak membuat sebarang perwakilan secara peribadi kepada pengundinya semasa PRU14 sebaliknya manifesto yang digunakan telah disediakan Pakatan Harapan pada Mac 2018 untuk tujuan berkempen semasa pilihan raya umum itu.
Muhammad Nizamuddin juga berkata, tuntutan pengundi itu mempunyai kesan menyekat hak anak guamnya untuk kebebasan berpersatuan di bawah Perkara 10 (1)(c) Perlembagaan Persekutuan.
Shanmuga dalam hujahan balas berkata, saman itu perlu diteruskan untuk perbicaraan kerana pengundi boleh membuktikan mereka mengundi Mohamed Azmin pada PRU14 dengan memberikan keterangan secara lisan di mahkamah.
Beliau berkata, dakwaan pengundi bukan berdasarkan manifesto tetapi berdasarkan representasi yang dibuat Mohamed Azmin kepada mereka (pengundi).
Shanmuga berkata, tuntutan pengundi tidak menjejaskan hak kebebasan berpersatuan Mohamed Azmin kerana tuntutan itu bukan untuk menjatuhkan beliau daripada menjadi Ahli Parlimen.
Turut mewakili Mohamed Azmin ialah peguam Nurul Najwa Zanuddin manakala peguam Yohendra Nadarajan, Surendra Ananth dan Kee Hui Yee turut mewakili pengundi. - BERNAMA
Bernama
Wed Apr 13 2022
Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Mohamed Azmin Ali untuk membatalkan saman yang dikemukakan 10 pengundi berdaftar kawasan Parlimen Gombak terhadapnya atas dawaan menipu dan melanggar kewajiban fidusiari sebagai Ahli Parlimen. - Gambar fail
Arteta tak kisah sindiran 'stay humble' Haaland
Arteta turut menegaskan bahawa hubungannya dengan Pep Guardiola tetap positif.
Zaid cadang KJ sertai Pas kerana UMNO sudah tiada masa depan
Zaid turut menolak idea jika Khairy mahu menubuhkan parti politik baharu kerana bakal berdepan laluan sukar.
Remaja ditemukan lemas di Lata Tebing Tinggi
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditemukan lemas ketika mandi bersama rakan-rakannya di Lata Tebing Tinggi, Selama pada Sabtu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan insiden itu pada 4.53 petang sebelum tiba ke lokasi kejadian 14 minit kemudian.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan insiden itu pada 4.53 petang sebelum tiba ke lokasi kejadian 14 minit kemudian.
Trump arah serangan udara di Somalia, sasar anggota ISIS
Penilaian awal menunjukkan beberapa anggota ISISI terbunuh, tanpa sebarang kecederaan terhadap penduduk awam.
Pengurusan taman tema akan dipanggil - MB Selangor
Kerajaan Selangor akan memanggil pihak pengurusan sebuah taman tema terkenal di Shah Alam berikutan insiden seorang pengunjung cedera tertimpa pelampung permainan gelongsor air kaca yang terjatuh pada Rabu lalu.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit.
PM hulur sumbangan kepada bapa tunggal di Kuantan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada seorang bapa tunggal dikenali sebagai Mohammad yang menyara lima anak di Kampung Chengal Lempong, Kuantan, Pahang.
Ringgit dijangka bergerak berhati-hati, dipengaruhi tarif AS
Ringgit dijangka diniagakan antara RM4.41–RM4.44 minggu depan, dengan trajektori bergantung pada dasar tarif AS dan hubungan perdagangan Malaysia-China.
Bursa Malaysia dijangka pulih, aktiviti dagangan meningkat minggu depan
Sentimen pasaran yang lebih baik dijangka menggalakkan pembelian saham berharga rendah, dengan FBM KLCI berpotensi pulih selepas dagangan perlahan minggu ini.
Daftar nama, permudah mangsa terima bantuan - TPM Fadillah
Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, sekiranya terputus hubungan, mangsa banjir boleh terus menghubungi pihak sekretariat supaya bantuan dapat dihantar.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak & Sabah menurun
Jumlah mangsa banjir di Sarawak dan Sabah terus berkurang, namun beberapa daerah masih terjejas dengan PPS masih beroperasi bagi menempatkan mangsa yang terkesan.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak
Hakim menyatakan bahawa Deepak tidak memegang sebarang jawatan dalam syarikat itu, dan oleh itu, kenyataan Azmin tidak boleh dianggap merujuk kepada J&E Advance Tech Sdn Bhd.
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.
PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.