Ketua kumpulan pengganas Sulu, Azzimudie Kiram dipercayai telah melarikan diri dari Lahad Datu, Sabah dan kembali ke tempat asalnya di Selatan Filipina.
Kenyataan berkenaan dibuat oleh Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Jeneral Zulkifeli Mohd Zin.
Katanya pasukan keselamatan membuat kesimpulan tersebut selepas menganalisa maklumat yang diterima daripada sumber risikan.
Zulkifeli berkata maklumbalas daripada pasukan komander keselamatan di lapangan, ia menunjukkan bahawa Azzimudie tidak lagi bersama-sama dengan pengikutnya yang terkepung di Lahad Datu.
Namun demikian, media Filipina Inquirer.net, melalui satu tuitnya mengatakan jurucakap pengganas Sulu itu, Abraham Idjirani menafikan bahawa Azzimudie telah balik ke Filipina.
Terdahulu pihak berkuasa Malaysia melancarkan operasi lebih seminggu lalu bagi menghapuskan ancaman pengganas Sulu yang menceroboh dan membunuh anggota keselamatan negara ini di kawasan berkenaan.
Nasib sebenar Azzimudie menjadi tanda tanya selepas beberapa pegawai kanannya dikatakan terbunuh sebaik operasi bermula.
Astro Awani
Fri Mar 15 2013


ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Azzimudie larikan diri ke Selatan Filipina - Jeneral Zulkifeli
Ketua kumpulan pengganas Sulu, Azzimudie Kiram dipercayai telah melarikan diri dari Lahad Datu, Sabah dan kembali ke tempat asalnya di Selatan Filipina.