LONDON: Pewaris takhta diraja Britain, Putera Charles dipersoalkan susulan laporan badan amal dan kebajikan yang diasaskannya, Prince of Wales’s Charitable Fund (PWCF) menerima sumbangan dana berjumlah 1 juta Pound (RM5.4 juta) daripada keluarga Osama Bin Laden.
Seperti dilaporkan The Sunday Times, badan amal Putera Charles itu pada 2013 menerima dana daripada Bakr dan Shafiq Bin Laden yang juga adik-beradik tiri Osama Bin Laden yang didakwa sebagai pengasas Al-Qaeda dan individu yang bertanggungjawab di sebalik serangan 11 September.
Penyiaran berita berkenaan merupakan susulan daripada pendedahan siri skandal diraja Britain termasuk laporan yang dibuat pada Jun lalu bahawa Putera Charles didakwa menerima sumbangan wang berjumlah AS$3.1 juta daripada billionaire Qatar antara 2011 dan 2015.
Bin Laden merupakan nama keluarga Arab Saudi yang sangat berpengaruh yang memiliki empayar perniagaan pembinaan.
Keakraban keluarga berkenaan dengan keluarga diraja Arab Saudi juga dikatakan menyumbang pada kekayaan mereka.
Faktor ini, bagaimanapun, tidak mengesahkan sama ada Bakar atau Shafiq menaja, menyokong atau terlibat secara langsung dalam mana-mana tindakan keganasan.
Keluarga Bin Laden juga memutuskan hubungan dengan Osama Bin Laden pada 1994 selepas kerajaan Arab Saudi melucutkan kewarganegaraannya disebabkan penglibatannya dalam kegiatan ekstremis.
Pada Sabtu, pejabat dan kediaman rasmi Putera Charles, Clarence House mengesahkan keluarga Bin Laden memberi sumbangan kepada badan amal diraja itu.
Bagaimanapun, sumbangan itu disalurkan ke PWCF dan bukannya diterima oleh Putera Charles secara peribadi.
Bercakap kepada The Sunday Times, Pengerusi PWCF, Sir Ian Cheshire berkata, sumbangan yang diterima daripada keluarga Bin Laden itu dipersetujui oleh lima pemegang amanah badan berkenaan pada ketika itu.
Kata beliau: “Sumbangan daripada Sheikh Bakr Bin Laden pada 2013 dipertimbangkan dengan penuh teliti oleh pemegang amanah PWCF. Pelbagai kewajaran, maklumat dari pelbagai sumber diambil kira termasuk dari kerjaaan sebelum keputusan itu dibuat. Keputusan untuk menerima sumbangan dilakukan sepenuhnya oleh pemegang amanah.”
Dalam perkembangan sama, The Sunday Times melaporkan, beberapa penasihat Putera Charles menasihatkan beliau untuk memulangkan semula sumbangan tersebut.
Agensi
Sun Jul 31 2022
Putera Charles dipersoalkan susulan laporan badan amal dan kebajikan yang diasaskannya, Prince of Waless Charitable Fund (PWCF) menerima sumbangan dana berjumlah 1 juta Pound (RM5.4 juta) daripada keluarga Osama Bin Laden.
Peperiksaan STAM 2024 bermula 3 Feb- KPM
Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi kenyataan pada Isnin memaklumkan STAM akan dijalankan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan 926 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan kelancarannya.
COO syarikat konsesi lebuh raya mengaku tidak bersalah terima suapan RM70,000
Tertuduh, Rostam Shahrif Tami, 59, yang merupakan COO bagi Kumpulan Prolintas mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.
Presiden Indonesia Prabowo diberi sambutan negara di Istana Negara
Istiadat sambutan negara yang berlangsung di Dataran Kawad Istana Negara dimulakan dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara.
Amaran ribut petir, hujan lebat di empat negeri dan labuan hingga tengah hari ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramal berlaku di beberapa kawasan di empat negeri dan Labuan hingga 1 tengah hari ini.
Mardi lancar 'Green House Projek Inisiatif Keterjaminan Makanan 2025'
Ia merupakan sebahagian daripada Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan 2024 yang bertujuan memperkenalkan teknologi pertanian inovatif.
Polis kesan suami tampar isteri
Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Norhizam Bahaman, laporan tersebut dibuat oleh adik mangsa yang mengesahkan bahawa wanita berusia 35 tahun yang dipukul itu adalah kakaknya.
[TERKINI] COO syarikat konsesi mengaku tidak bersalah terima suapan RM 70,000
Ketua Pegawai Operasi sebuah konsesi lebuh raya didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin kerana menerima dan meminta rasuah berjumlah RM70,000.
THR GEGAR anjur Sunathon bersama Poliklinik Al Farhain
Kira-kira 30 kanak-kanak berusia sembilan hingga 12 tahun menjalani proses berkhatan di Poliklinik berkenaan bayaran.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.73 mata kepada 1,569.00 daripada 1,573.73 pada Jumaat lepas.
Penduduk dibenarkan kembali ke utara Gaza pada Isnin hasil perantaraan Qatar
Mulai pagi Isnin, pihak berkuasa Israel akan benarkan penduduk yang kehilangan tempat tinggal di Gaza untuk kembali dari kawasan selatan.
Ratu Elizabeth II mangkat: Raja Charles III ratapi pemergian bonda tercinta
Charles menzahirkan kesedihannya atas pemergian seorang ibu yang berdaulat dan amat disayangi.
Badan kebajikan Putera Charles terima dana dari keluarga Osama Bin Laden
Banyak pihak persoal kenapa pewaris takhta diraja Britain setuju terima dana 1 juta Pound daripada ekstremis.
Camilla disahkan positif COVID-19
Berdasarkan kenyataan Istana Clarence House, Camilla kini sedang menjalani proses kuarantin.
Putera Charles positif COVID-19 buat kali kedua
Pewaris takhta diraja Britain, Putera Charles sekali lagi disahkan positif COVID-19 dan kini sedang dikuarantin di Scotland.
Ratu Britain Elizabeth mahu Camilla ditabalkan menjadi Raja Permaisuri
Ratu Elizabeth mengucapkan terima kasih kepada rakyat jelata dan kaum kerabatnya atas sokongan yang telah diberikan selama ini.
Baju tidur Putera Charles digosok setiap pagi
Burrell yang bekerja dengan keluarga diraja Britain pada 1990-an juga mendedahkan Charles mempunyai beberapa permintaan yang spesifik bila tiba waktu mandi pagi.
Putera Philip selamat dimakamkan, upacara dilangsung penuh istiadat diraja
Jasad mendiang Putera Philip, suami kepada Ratu Elizabeth II selamat dimakamkan di St George Chapel di Istana Windsor.
Kahwin rahsia dan hampir bunuh diri, berikut 10 pendedahan sensasi Meghan dan Putera Harry kepada Oprah
Selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, Meghan Markle pada Ahad membuat pendedahan sensasi termasuk mendakwa ahli keluarga diraja Britain menyebabkan beliau hampir membunuh diri.
COVID-19: Ratu Elizabeth, Putera Philip terima suntikan vaksin
Menurut sumber diraja, suntikan tersebut diberikan oleh seorang doktor di kediaman diraja Windsor Castle.
Putera William dilapor positif COVID-19, namun dirahsiakan
Istana Kensington masih belum memberi sebarang komen setakat ini.