Badan Peguam Malaysia menggesa kerajaan supaya menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dengan segera.
Presidennya Abdul Fareed Abdul Gafoor berkata IPCMC akan dapat meningkatkan kredibiliti dan kedudukan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Penubuhan IPCMC mengikut perlembagaan dan tidak melanggar Seksyen 4 Akta Polis 1967," katanya.
Beliau berkata Perkara 140 (1) Perlembagaan Persekutuan, yang merupakan undang-undang tertinggi negara, memperuntukkan penubuhan sebuah Suruhanjaya Pasukan Polis yang boleh menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota pasukan polis.
"Kami ingin menyatakan bahawa dalam pelaksanaan tindakan disiplin, IPCMC tidak akan menjejaskan kuasa IGP.
"Hanya fungsi disiplin dan siasatan yang kini berada di bawah Suruhanjaya Pasukan Polis, iaitu badan dalaman, yang akan diambil alih oleh IPCMC, untuk mempunyai pengawasan luaran," katanya dalam satu kenyataan, di sini malam Ahad.
BACA: IPCMC tidak hilangkan kuasa polis - Ketua Polis Negara
BACA: Penubuhan IPCMC tidak selaras Perlembagaan negara - Musa Hassan
Beliau berkata Badan Peguam Malaysia menyokong pendirian Ketua Polis Negara (IGP) yang baharu, Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengenai tanggungjawab dalam memastikan pihak polis akan mendapat hasil terbaik dari semua aspek, manakala orang ramai akan merasa dilindungi serta mendapat perkhidmatan yang terbaik daripada penubuhan IPCMC.
"Kenyataan IGP yang menyokong penubuhan IPCMC, yang bertujuan untuk berfungsi sebagai badan pengawasan bebas dan luaran bagi menyiasat aduan yang melibatkan anggota PDRM adalah penting, positif dan menggalakkan.
"Harapan kami, kepimpinan IGP dalam hal ini akan membawa anjakan baru kepada akauntabiliti dan keyakinan orang ramai terhadap PDRM," tambah Abdul Hamid.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 12 2019

Presiden Badan Peguam Malaysia, Abdul Fareed Abdul Gafoor berkata IPCMC akan dapat meningkatkan kredibiliti dan kedudukan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa

Badan Peguam Malaysia gesa kerajaan tubuh IPCMC dengan segera
Badan Peguam Malaysia menggesa kerajaan supaya menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dengan segera.

Sidang khas mahkamah memperingati Karpal akan dipertimbangkan
Jawatankuasa Peguam Negeri Pulau Pinang mungkin akan memberikan satu penghormatan rasmi atau 'reference proceeding' khas di mahkamah untuk memperingati mendiang Karpal Singh.