KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan remaja lelaki dan wanita Eogene Ewe Eon dan Ong Xin Yee akan mengetuai Malaysia dalam kejohanan badminton Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia dari 7 hingga 16 Julai ini.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam kenyataan semalam memaklumkan 14 pemain lain yang turut dipilih untuk mewakli negara ke kejohanan itu sementara sasaran skuad remaja hanya akan ditentukan selepas undian perlawanan dikeluarkan.
Pengarah Pembangunan Perseorangan Remaja BAM Datuk Misbun Sidek berkata Eogene adalah pemain perseorangan lelaki utama Bawah 18 tahun (B-18) selepas Justin Hoh diserap ke dalam skuad senior dan telah menunjukkan prestasi hebat dalam kejohanan serta latihan.
"Dalam sektor wanita, Xin Yee, yang mendapat pendedahan awal pada usia 16 tahun di Sukan SEA lepas, tidak dapat mempamerkan keupayaan sebenar kerana kurang keyakinan diri.
"Tahun ini, dia telah mengambil pendekatan berbeza dalam latihan, dan saya dapat lihat peningkatan tahap keyakinannya dalam gelanggang," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Sementara itu, Pengarah Kejurulatihan Beregu Rexy Mainaky berkata kejohanan ini juga merupakan persediaan untuk menghadapi cabaran di Kejohanan Remaja Dunia di Spokane, Washington, Amerika Syarikat pada September.
Senarai pemain:
----------------------
Perseorangan lelaki: Eogene, Jan Jireh Lee, Muhammad Faiq Haziq, Lok Hong Quan
Perseorangan wanita: Xin Yee, Siti Zulaikha Azmi, Ung Yi Xing
Beregu lelaki: Bryan Jeremy Goonting, Low Han Chen, Aaron Tai Wei Qin, Kang Khai Xing, Lok Hong Quan
Beregu wanita: Carmen Ting, Lai Ting Cen, Chong Jie Yu, Clarissa San, Chan Wen Tse (simpanan)
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 15 2023

Eogene Ewe Eon dan Ong Xin Yee akan mengetuai Malaysia dalam kejohanan badminton Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia dari 7 hingga 16 Julai ini. - Foto Facebook BAM

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.

Hidup sihat, inovatif bersama Misbun, Jailani Sidek dengan Destina1 International
Dua legenda kongsi cara pertingkat kualiti kesihatan dan kesejahteraan diri dengan produk -Uniwave by Quantes Technology."

Malaysia masih dalam hati - Misbun
Hati Misbun belum 'terbuka' untuk menerima mana-mana tawaran luar negara bagi mendapatkan khidmatnya sebagai jurulatih buat masa ini.

ABM lantik Robosin sebagai Ketua Jurulatih Remaja yang baharu
Bekas pemain badminton Indonesia Jeffer Rosobin dijadual menjalankan tugas selaku Ketua Jurulatih Remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM) yang baharu.

Norza masih relevan pimpin BAM - Misbun
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria masih relevan untuk memegang tampuk kepimpinan badan induk sukan tersebut.

Misbun 'laris', terima lima tawaran dari luar negara
Misbun telah menerima sekurang-kurangnya lima tawaran dari luar negara setelah berpisah dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Kemelut Misbun, BAM selesai
Kemelut Misbun dengan BAM menemui jalan pendamaian selepas badan induk badminton negara itu mengesahkan mencapai penyelesaian secara baik.

Misbun sudah hantar jawapan, masih sayang anak buahnya
Datuk Misbun Sidek sudah menghantar surat jawapan kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berhubung tawaran diberikan kepadanya sebelum ini.

Misbun terima permohonan maaf Norza, akan pertimbang tawaran BAM
Datuk Misbun Sidek menerima permohonan maaf Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berhubung kemelut yang tercetus antara beliau dan badan induk itu.

Chong Wei akui terguris kemelut melanda BAM-Misbun
Chong Wei mendedahkan hatinya jelas terguris dengan kemelut yang melanda dua entiti itu.

BAM tawar Misbun kembali berkhidmat hingga tamat kontrak, urai kemelut salah faham
Presiden BAM, Tan Sri Norza Zakaria, menjelaskan kemelut yang melanda persatuan itu dengan Datuk Misbun Sidek, adalah disebabkan salah faham.