KUALA LUMPUR: Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini mengesahkan bahawa Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia dibatalkan buat tahun kedua berturut-turut.
Tanpa menyatakan sebarang sebab, BWF selaku badan induk dunia mengumumkan pembatalan kejohanan 'Jelajah Dunia Super 750' itu bersama pengumuman jadual baharu kalendar 2022 dalam laman sesawang rasmi mereka, www.bwfbadminton.com.
Terbuka Malaysia 2021 pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 25-30 Mei di Arena Axiata, sebelum ditangguhkan pada awal Mei, disebabkan peningkatan kes COVID-19 pada ketika itu.
Edisi 2020 yang dijadualkan pada 31 Mac sehingga 5 April tahun lepas juga telah dibatalkan akibat pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sementara itu BWF mengumumkan bahawa Terbuka Malaysia tahun hadapan dijadualkan berlangsung dari 28 Jun hingga 3 Julai, diikuti dengan Masters Malaysia 5-10 Julai.
Mengikut kalendar yang dikeluarkan itu, musim 2022 akan bermula di India dengan tiga kejohanan berturut-turut iaitu Terbuka India dari 11-16 Jan, Antarabangsa India Syed Modi (18-23 Jan), Terbuka Odisha (25-30 Jan), dan All England pada 16-20 Mei.
Peringkat Akhir Piala Thomas dan Piala Uber 2022 akan berlangsung dari 8-15 Mei di Bangkok, Thailand dan Kejuaraan Dunia dihoskan Jepun dari 21-28 Ogos, manakala musim 2022 akan ditutup dengan Jelajah Dunia BWF Akhir yang akan berlangsung 14-18 Dis di Guangzhou, China.
Setiausaha Agung BWF Thomas Lund berkata, kalendar tahun hadapan mempunyai beberapa kejohanan kluster yang dirancangkan, bagi mengurangkan kesukaran masalah pergerakan antara negara.
"Sudah tentunya kejohanan pada 2022 akan mengenakan arahan keselamatan BWF. Bagaimanapun BWF berharap perubahan secara beransur-ansur dalam melaksanakan kejohanan dengan pengurangan sekatan COVID-19, pada ketika secara perlahan-lahan kembali kepada keadaan normal dengan pengurangan sekatan dalam penganjuran acara antarabangsa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 28 2021
Terbuka Malaysia 2021 pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 25-30 Mei di Arena Axiata, sebelum ditangguhkan pada awal Mei, disebabkan peningkatan kes COVID-19 pada ketika itu. - Gambar fail
Tarif elektrik baharu tidak beban pengguna domestik, ambil kira keperluan ekonomi - ST
Suruhanjaya Tenaga memaklumkan jadual tarif baharu yang akan dimuktamadkan itu mencerminkan kos pembekalan elektrik sebenar.
Enam suspek disyaki tawar rasuah monopoli projek kerajaan selama 19 tahun ditahan
Enam individu termasuk seorang jurutera awam dan tiga pemilik syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki memberi rasuah.
Trump larang 'dolar digital', AS ketinggalan dalam persaingan mata wang global
Trump menandatangani perintah eksekutif yang angtara lain melarang institusi Amerika daripada membangun, mengeluar atau menggunakan CBDC.
Pengarah syarikat rugi RM2.1 juta terperdaya penipuan pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan tawaran platform berkenaan berhubung pelaburan matawang kripto yang dijumpai menerusi iklan di laman Facebook.
AWANI Ringkas: Perbicaraan kes Zayn Rayyan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mayat lelaki dijumpai dalam tangki simpanan air
Siasatan awal di tempat kejadian menemukan seorang lelaki dalam keadaan terlungkup tidak sedarkan diri di dalam tangki simpanan air.
Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Di Sarawak, jumlah mangsa berkurangan kepada 6,160 orang berbanding 6,259 orang.
Penyelenggaraan berkala atasi masalah banjir di Sabah - Jeffrey
"Penyelenggaraan yang dijalankan tiga kali setahun dengan kos RM40 juta tidak mencukupi bagi memastikan sistem perparitan berfungsi dengan baik."
Ancaman penipuan dalam talian, keselamatan siber tumpuan hari pertama perbahasan Titah Agong
Kerajaan dicadang tubuhkan pasukan petugas khas bagi menangani isu penipuan kewangan dalam talian termasuk pelaburan dan penawaran peluang pekerjaan.
Budaya pandang sebelah mata kepada kesengsaraan Palestin perlu dibendung - MAPIM
Budaya tidak cakna dan meletakkan sempadan kepada kesengsaraan rakyat Palestin perlu dibendung.
Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.
Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.
'Ini semua salah faham' - Ini penjelasan Arif susulan didakwa seleweng wang di Kanada
Pada Isnin, tular dakwaan terhadap Arif yang didakwa melakukan penyelewengan wang mencecah nilai RM200,000 ketika berkhidmat Kanada.
Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.
Fei-Din jadi model jenama pakaian antarabangsa
Juara Terbuka India itu mendapat durian runtuh selepas Lee Zii Jia turut diperkenalkan untuk sebuah jenama pakaian tempatan.
Wei Chong-Kai Wun juara Masters Indonesia
Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun, mencipta kejutan apabila menewaskan pasangan pilihan tuan rumah Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto untuk merangkul gelaran juara Masters Indonesia.
Pearly-Thinaah naib juara Masters Indonesia
Pasangan ketujuh dunia itu terpaksa akur apabila tewas dalam aksi tiga set 12-21, 21-17, 18-21 dalam tempoh 74 minit kepada Hee Yong-Hye Jeon.
Masters Indonesia: Pilihan kedua, Pearly Tan-M Thinaah bawa cabaran Malaysia ke separuh akhir
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, membawa cabaran ke separuh akhir Kejohanan Badminton Masters Indonesia.
Tiada lagi beregu veteran, Ahsan nangis tinggalkan gelanggang buat kali terakhir
Gandingan beregu veteran Indonesia, Muhammad Ahsan-Hendra Setiawan, sah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia badminton.
Masters Indonesia: Pearly-Thinaah mara ke suku akhir
Pasangan ranking ketujuh dunia itu hanya memerlukan 34 minit untuk meraih kemenangan straight set 21-19, 21-16.