BERAKSI di pentas antarabangsa merupakan keinginan sebilangan besar penyanyi Malaysia. Tanyalah mana-mana artis sekalipun, semuanya memiliki cita-cita yang sama.
Apabila berada sebaris dengan artis-artis ternama global, aspirasi untuk mengharumkan nama negara juga sangat tinggi.
Lalu, apabila empat sahabat hijabis dari Malaysia yang memperkenalkan diri mereka sebagai Nama beroleh peluang mara ke peringkat akhir program Asia's Got Talent musim ketiga (AGT3), peluang itu mahu dimanfaatkan mereka dengan sebaik mungkin.
Nama yang dianggotai oleh Nur Fazrina Mohd Ani, 28, Noor Syamimi Makhetar, 24; Norfazira Malik, 24; and Nur Farahida Dolhadi, 24, sudah merancang strategi tersendiri untuk meyakinkan juri dan penonton bahawa mereka juga layak bergelar penghibur antarabangsa.
Kumpulan Nama menyedari, peluang mara ke peringkat akhir AGT3 harus direbut dengan sebaiknya dan perancangan teliti sudah diatur bagi memastikan persembahan mereka kelak tersendiri.
Sekalipun sukar mengikis debaran, namun itu bukan halangan buat Nama memberikan fokus pada persembahan yang cukup penting dalam karier seni mereka.
Kata Nama, mereka sudah mempersiapkan diri dengan strategi tersendiri bagi memastikan persembahan di pentas akhir itu berbeza daripada sebelum ini.
“Lagu yang kami pilih mempunyai maksud di sebaliknya dan dari segi genre lagu yang akan kami bawakan sangat berbeza daripada persembahan di ujibakat dan separuh akhir.
“Tentunya ada sesuatu yang ekstra akan kami akan tonjolkan di pentas akhir nanti,” ujar Nur Fazrina Mohd Ani, salah seorang anggota Nama, kepada Astro AWANI ketika ditemui baru-baru ini.
Selain memberi perhatian pada strategi persembahan, kata-kata semangat dari mulut tiga juri tetap AGT3, David Foster, Anggun Cipta Sasmi dan Jay Park juga menjadi bekalan motivasi buat mereka.
Daripada ketiga-tiga komen juri berkenaan, paling memberi kesan kepada nama ialah pandangan Foster yang menasihatkan mereka memperbaiki kualiti persembahan di gelanggang akhir.
“Nama, persembahan kamu kali ini lebih baik daripada sebelum ini yang saya lihat, awak menyanyi bersama. Untuk menjadi penyanyi minda, badan dan jiwa harus bersatu,” ujar Foster dalam komennya kepada Nama ketika persembahan separuh akhir berlangsung.
Sebagai peserta akhir, Nama mengakui, keempat-empat mereka komited melakukan persediaan sekali gus berusaha mencapai kemenangan.
“Untuk sampai ke tahap ini adalah satu pencapaian yang besar jadi kami sedang cuba bersungguh-sungguh untuk pastikan kemenangan dalam gengaman kami.
“Setakat ini persediaan Nama sudah 85 peratus (pada Rabu ketika temu bual) dan elemen-elemen yang ingin kami tampilkan sudah pun kami dapat ketika berlatih bersama penerbit, pengarah, penari dan koreografi tadi,” ujar Rafiq yang juga jurulatih serta pengurus Nama berkongsi komitmen anak didiknya.
Nama tidak meletakkan spesifik pesaing mereka di pentas akhir kelak kerana setiap finalis masih merahsiakan corak persembahan mereka.
Kesemua peserta akhir AGT3 juga tidak dibenarkan untuk melihat persediaan yang dilakukan peserta lain bagi mengekalkan elemen kejutan pada 4 April ini.
Seorang lagi peserta akhir AGT3 dari Malaysia, Yaashwin Sarawanan, 15, juga bakal menjadi tumpuan pada pertandingan mencungkil bakat dari Asia itu malam esok.
Yaashwin mendapat gelaran ‘Manusia Kalkulator’ apabila berjaya menyelesaikan soalan Matematik kurang dari sesaat semasa pertandingan itu berlangsung.
Manusia kalkulator itu tidak mendedahkan persembahan yang bakal ditunjukkan semasa pentas akhir nanti, tetapi, Yaashwin juga seperti Nama akan membawa kelainan.
“Sudah tentu konsepnya akan berbeza daripada apa yang saya lakukan semasa uji bakat dan peringkat separuh akhir. Ini adalah pertandingan bakat dan penilaian adalah sangat subjektif. Tidak termasuk, harapan daripada juri dan pengundi,” katanya dalam sidang media di Universiti Tun Abdul Razak (UTAR) pada Jumaat.
Yaashwin, bagaimanapun, tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk memenangi AGT3, sebaliknyam dia mahu penonton terhibur sekali gus memberikan inspirasi buat mereka.
“Saya menganggap diri saya sebagai penghibur, bukannya manusia kalkulator. Bermain dengan nombor adalah menyeronokkan bagi saya dan inilah yang akan saya persembahkan kepada penonton nanti,” ujar Yaashwin.
Persembahan AGT3 akhir dan keputusannya bakal bersiaran di saluran AXN HD (Astro 721) dan AXN (Astro 701) bermula jam 8.30 malam pada Khamis.
Para peminat juga boleh membuat undian buat peserta yang digemari di laman web rasmi atau Facebook rasmi AGT3 selepas pesembahan berlangsung.
Siti Hajar Jamaludin
Wed Apr 03 2019

Kumpulan Nama menjadi kumpulan hijabis pertama dari Malaysia yang bertanding di pentas akhir Asia's Got Talent musim ketiga.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Bagaimana peluang Nama, Yaashwin di pentas akhir Asia's Got Talent?
Kumpulan gadis berhijab, Nama mempunyai strategi mereka yang tersendiri bagi memastikan persembahan mereka berbeza daripada sebelum ini.