Demi menjaga kerahsiaan peperiksaan awam dan mengelak ia dikompromi, antara langkah keselamatan yang diguna pakai ialah proses pencetakan kertas soalan dilakukan di luar negara.
Dalam satu temu bual dengan seorang penggubal soalan, Bernama dimaklumkan bahawa langkah ini penting bagi mengelak kebocoran yang boleh dilakukan pihak tidak bertanggungjawab, sama ada untuk kegunaan peribadi atau berorientasikan keuntungan.
Malah, jika diteliti, prosesnya cukup ketat bermula daripada penilaian panel penggubal soalan sehinggalah ia diedar kepada pelajar pada hari peperiksaan.
Dalam temu bual itu, sumber, guru kanan sebuah sekolah di utara tanah air, berkata mereka yang ingin memohon menjadi penggubal soalan harus memiliki latar belakang kukuh selain sokongan guru besar dan pengetua masing-masing.
"Segala permohonan akan terus dihantar ke Lembaga Peperiksaan, sebab itu orang di PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) pun tidak tahu maklumat mengenai pemohon," katanya.
Badan peperiksaan itu kemudian akan menilai dan menapis pemohon dari segala aspek termasuk rekod cemerlang, tahap integriti serta penguasaan dalam subjek kertas ujian yang dipohon.
Sekiranya pemohon terpilih, mereka akan diserap ke dalam panel penggubal yang ditubuh badan peperiksaan itu, dan akan diberi taklimat dari semasa ke semasa di lokasi yang ditetapkan.
Di peringkat ini, anggota panel akan berbincang jenis soalan yang bakal dikeluarkan serta beberapa aspek lain seperti kesesuaian dengan silibus peperiksaan, pengulangan soalan dari tahun sebelumnya yang relevan dan sebagainya.
Beliau berkata sewaktu proses penggubalan soalan, anggota panel hanya dibenar menggunakan komputer yang disewa khas daripada vendor.
"Bila kita buat soalan, tidak dibenarkan menggunakan komputer peribadi. Hanya komputer yang disewa khas... bila habis semua (proses penggubalan), pihak teknikal akan 'reformat' komputer itu di hadapan penggubal soalan tadi," katanya.
Beliau berkata langkah ini penting bagi mengelak kebocoran soalan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.
Setelah soalan siap digubal, ia akan dimasuk ke dalam bank data sebelum dinilai semula oleh panel kedua, juga lantikan Lembaga Peperiksaan, untuk disahkan sebelum ke peringkat seterusnya, iaitu pencetakan.
Katanya, proses pencetakan biasanya hanya dilakukan di luar negara seperti England serta Australia, dan akan dikawal selia oleh pengarah atau timbalan pengarah pendidikan negeri.
Rasionalnya di sini, juga bagi mengelak situasi kebocoran sekiranya terdapat pekerja di kilang pencetakan yang memahami bahasa kertas ujian itu.
Di sana, kertas peperiksaan yang siap dicetak akan dimasuk ke dalam sampul khas yang mempunyai ciri keselamatan tinggi dan dibahagi mengikut zon serta sekolah bagi memudahkan proses seterusnya, iaitu pengedaran, setibanya di tanah air.
Apabila tiba di tanah air, kertas peperiksaan akan disimpan terlebih dahulu di bilik kebal mengikut daerah, diiringi pegawai polis, bagi menjamin keselamatannya.
Beliau berkata setiap daerah atau zon biasanya memiliki satu atau dua bilik kebal sahaja bagi memastikan tahap keselamatan dapat dikawal selia dengan lebih berkesan.
Katanya, proses penghantaran kertas peperiksaan untuk kawasan pedalaman akan dilakukan satu atau dua minggu lebih, bergantung kepada faktor seperti jarak dan keadaan geografi.
"Pada hari peperiksaan, guru yang bertugas sebagai pengawas peperiksaan akan diarah pergi mengambilnya pada awal pagi untuk memastikan ia tiba di pusat peperiksaan tepat pada masanya.
"Sampul yang mengandungi kertas peperiksaan ini hanya akan dibuka oleh ketua pengawas peperiksaan di hadapan murid-murid yang bertindak sebagai saksi. Ini bagi memastikan tidak berlaku sebarang kompromi terhadap kertas peperiksaan itu seperti sudah dibuka, diconteng dan sebagainya," katanya.
Baru-baru ini, Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh dilapor sebagai berkata kementerian akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi meneliti semula SOP yang diguna pakai dalam pengendalian kertas soalan peperiksaan.
Keputusan itu diambil ekoran berlakunya kebocoran serius kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris sehingga memaksa ia ditunda ke 30 Sept ini. - Mohd Noor Firdaus Mohd Azil
Bernama
Fri Sep 12 2014
Demi menjaga kerahsiaan peperiksaan awam dan mengelak ia dikompromi, antara langkah keselamatan yang diguna pakai ialah proses pencetakan kertas soalan dilakukan di luar negara.
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kebakaran hotel di Turkiye - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkorban dalam kebakaran di Hotel Grand Kartal, Pusat Peranginan Ski di Kartalkaya, Turkiye.
KOM perlu beri alasan kukuh tambah jurulatih - Jefri
MSN tidak boleh bertindak semberono meluluskan permohonan itu sekiranya tiada kepentingan untuk skuad olahraga negara.
Inflasi Malaysia sederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024 - Jabatan Perangkaan
Kadar inflasi Malaysia menyederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024.
One Championship: Jojo Ghazali kekalkan 'trademark' berbaju Melayu
Pakaian tradisi, baju Melayu dan samping, kekal menjadi pilihan Johan 'Jojo' Ghazali ketika sesi 'face off' One Championship, semalam.
BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikekalkan pada 3.0 peratus.
Guru boleh buat kerja sambilan, Tapi perlu kebenaran
Boleh buat kerja sambilan, termasuk membuka kelas tiusyen, tetapi guru perlu dapatkan kebenaran dan tanpa menganggu tugas hakiki.
1.4 bilion orang mengembara rentas negara pada 2024 - UNWTO
Perkembangan itu menandakan pemulihan kukuh bagi industri pelancongan global selepas pandemik COVID-19.
Malaysia ambil pendekatan seimbang, tidak ikut langkah sekat akses dalam talian
Fahmi berkata Malaysia akan mengambil pendekatan yang lebih seimbang dalam menangani isu keselamatan dalam talian.
Individu disyaki salah guna wang pampasan projek balak
SPRM Sarawak reman seorang individu disyaki menyalah guna wang pampasan berjumlah kira-kira RM455,000.
Himpunan rakyat benci rasuah tetap diteruskan - Sekretariat
Himpunan Rakyat Benci Rasuah pada Sabtu ini tetap diteruskan walaupun pihak polis melarang penganjuran itu.
Sekretariatnya menerusi kenyataan menyifatkan, sekatan itu mengkhianati hak rakyat untuk berhimpun dan mencabuli nilai reformasi seperti diperjuangkan Kerajaan Madani.
Sekretariatnya menerusi kenyataan menyifatkan, sekatan itu mengkhianati hak rakyat untuk berhimpun dan mencabuli nilai reformasi seperti diperjuangkan Kerajaan Madani.
KPM nafi dakwaan kebocoran kertas peperiksaan Sejarah SPM 2024
Menurut KPM, siasatan terperinci telah selesai dijalankan, termasuk semua sebaran dan tangkap layar berkaitan yang tular di media sosial.
Bumbung Axiata Arena bocor, PSM mohon maaf
Kebocoran itu berpunca daripada proses penggantian bumbung lama yang telah digunakan sejak 1998.
Shell tutup unit pemprosesan minyak di Pulau Bukom, Singapura siasat kebocoran
Shell menganggarkan beberapa tan produk minyak yang telah diproses bocor, bersama-sama dengan pelepasan air penyejuk.
Sejarawan bimbang mengenai pengabaian Taj Mahal selepas kubah bocor ketika hujan
Kebimbangan dibangkitkan mengenai pengabaian Taj Mahal selepas kubah utama monumen Mughal yang terkenal itu bocor ketika hujan.
Kon Yeow akui tidak tahu senarai darjah kebesaran Pulau Pinang bocor
Chow Kon Yeow berkata, beliau hanya mengetahui perkara itu setelah diajukan soalan oleh wartawan pada Ahad.
Ruang istirahat Gate G6 Terminal 1 KLIA ditutup sementara akibat bocor susulan hujan lebat - MAHB
Siling ruang istirahat Gate G6 di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengalami sedikit kebocoran pagi ini.
Sukan Olimpik Tokyo: Chong Wei bocor rahsia Chen Long ubah corak permainan
Chong Wei membuat risikan apabila cuba mengorek rahsia Chen Long melalui bekas jurulatihnya, Li Mao.
Pemex, Mexico akan siasat insiden paip gas bocor
Presiden Mexico, Andrs Manuel Lpez Obrador menjelaskan, kebakaran susulan kebocoran paip gas di Teluk Mexico adalah satu kemalangan.
Ikhtiar untuk terus hidup, pemancing catu air minuman
Mereka memulakan perjalanan ke tengah laut pada pukul 4.00 petang Isnin lepas sebelum kipas bot terjatuh pada pukul 8.00 malam.
KPM kaji penyelarasan jadual peperiksaan - Radzi
Menterinya, Dr Radzi Jidin berkata, perkara itu bagaimanapun masih dalam peringkat kajian untuk melihat pendekatan terbaik sebelum ia dilaksanakan.