SEPANG: Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia, memperagakan tunggangan cemerlang untuk mencerahkan peluang merangkul kejuaraan dunia MotoGP musim ini apabila menjuarai Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2022 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), di sini, semalam.
Pelumba Itali, selaku pendahulu kelas perdana, memulakan perlumbaan dari petak kesembilan dan mula mendahului saingan dengan baki enam pusingan sebelum melintasi garisan penamat dengan catatan 40 minit 14.332 saat (s).
Pelumba senegara, Enea Bastianini (Gresini Racing) hanya ketinggalan 0.270s untuk menduduki tempat kedua diikuti, penyandang juara dunia, Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha) dengan catan masa 40:17.105s.
Bagnaia akan dinobatkan selaku juara dunia buat kali pertama dalam kerjayanya jika dia berjaya menamatkan saingan sekurang-kurangnya di tempat ke-13 atau lebih rendah pada perlumbaan kemuncak musim 2022 di GP Valencia, Sepanyol pada 16 Nov ini.
"Pertama sekali, saya ingin mengatakan bahawa saya melakukan permulaan terbaik dalam hidup saya kerana ia adalah sempurna. Saya mengambil sedikit risiko untuk berada di kelompok utama pada selekoh pertama.
"Hari ini pasukan melaklukan tugas dengan amat baik sekali dan ini adalah kemenangan ketujuh musim ini," kata Bagnaia, yang dikenali 'Pecco' selepas perlumbaan tersebut.
Sebagai rekod, Pecco menamatkan saingan di tempat ke-12 pada edisi 2019 di sini, setahun selepas menjuarai kelas Moto2 dunia pada 2018 dengan tempat ketiga di Sepang.
Sementara itu, pelumba nombor dua dalam senarai kelas MotoGP musim ini,Quartararo, berkata beliau berasa bangga selepas kembali menaiki podium apabila menduduki tempat kedua pada GP Austria, Ogos lalu.
"Saya memberi terbaik hari ini walaupun menyedari kehilangan masa apabila memulakan saingan di petak ke-12. Bagaimanapun. kita membawa penentuan perebutan gelaran juara dunia di Valencia walaupun peluang memintas Pecco adalah tipis," kata pelumba Perancis berusia 23 tahun itu.
Sementara itu, juara dunia enam kali, Marc Marquez (Repsol Honda) menduduki tangga ketujuh selepas mencatatkan masa 40:28.636s manakala pemenang petak utama, Jorge Martin (Prima Pramac) dari Sepanyol terbabas di pusingan ketujuh.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 23 2022
Francesco Bagnaia meraikan kejayaan di Litar Antarabangsa Sepang, 23 Okt 2022. --fotoBERNAMA
Hampir 200,000 pelarian Syria pulang sejak kejatuhan Assad - PBB
Antara 8 Disember hingga 16 Januari, kira-kira 195,200 rakyat Syria telah kembali ke negara asal mereka.
Trump beri amaran: “Kekacauan besar akan berlaku jika gencatan senjata di Gaza gagal”
Bakal Presiden AS itu beritahu Benjamin Netanyahu "teruskan apa yang perlu dilakukan."
Tebusan Israel, banduan Palestin hadapi masalah kesihatan “kompleks” – Ketua WHO
Kedua-dua pihak kemungkinan besar menghadapi dan akan terus menghadapi cabaran kesihatan "kompleks" yang mungkin mengambil masa bertahun untuk diatasi.
TH nafi zalimi bakal haji, akui akan ambil tindakan undang-undang
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menafikan tuduhan institusi kewangan Islam itu menzalimi bakal haji melalui tawaran haji musim 2025M/1446H.
Kemalangan: 70 maut, 56 cedera lori tangki minyak meletup di Nigeria
Sekurang-kurangnya 70 orang maut dan ramai lagi cedera dalam kejadian letupan lori tangki minyak yang terbalik di negeri Niger, Nigeria, pada hari Sabtu.
Mahkamah Korea Selatan sambung tempoh tahanan Yoon 20 hari
Mahkamah Korea Selatan pada Ahad melanjutkan tempoh penahanan Presiden Yoon Suk Yeol sehingga 20 hari.
PM Anwar sambung lawatan kerja ke Belgium dua hari
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Belgium pada 19 dan 20 Januari ini sebaik selesai tugas beliau di United Kingdom (UK).
Pemukiman Menteri Luar ASEAN tumpu isu serantau dan antarabangsa
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mempengerusikan Pemukiman Menteri Luar ASEAN (AMM Retreat) pada Ahad yang akan membincangkan pelbagai isu serantau dan antarabangsa.
PM jumpa Corbyn, kongsi pendapat Malaysia-UK, gencatan senjata
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan tokoh politik British Jeremy Corbyn semasa lawatan kerja beliau ke London, United Kingdom.
Anwar berkata pertemuan itu digunakan untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan mengenai hubungan antara dua negara daripada landskap pelaburan, perdagangan dan ekonomi.
Anwar berkata pertemuan itu digunakan untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan mengenai hubungan antara dua negara daripada landskap pelaburan, perdagangan dan ekonomi.
Biden dituduh berat sebelah dalam konflik Gaza
Laporan Human Rights Watch (HRW) Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dituduh bersikap berat dalam isu hak asasi manusia berhubung dua konflik yang hampir sama di Gaza dan Ukraine.
Bagnaia tawan litar Sepang, hanya selangkah untuk muncul juara dunia di Valencia
Bagnaia akan dinobat juara dunia buat kali pertama dalam kerjayanya jika dia berjaya menamatkan saingan sekurang-kurangnya di tempat ke-13.