KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Cawangan Khas I, Datuk Baharuddin Ahmad, dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman yang baharu berkuat kuasa 25 Okt ini.
Beliau memangku jawatan jawatan Pengarah Cawangan Khas sejak 22 Ogos lalu berikutan persaraan Datuk Seri Zamri Yahya.
Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, dalam kenyataan pada Jumaat berkata Baharuddin akan memangku Gred Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) A.
Menurutnya, Ketua Penolong Pengarah E4, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Mohd Khalid Ismail dilantik sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas I, Bukit Aman dengan memangku pangkat Komisioner Polis (CP) sementara Ketua Cawangan Khas Johor, SAC Jalaludin Hamid, mengisi jawatan Ketua Penolong Pengarah E4 dengan memangku pangkat Deputi Komisioner Polis (DCP).
Beliau berkata Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, pula dilantik sebagai Ketua Polis Kelantan dengan memangku jawatan CP, manakala Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Kelantan dengan memangku pangkat DCP.
"Selain itu, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin dilantik sebagai Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman dengan memangku pangkat CP," katanya.
Sementara itu, Noorsiah, berkata Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Pelucuthakan Harta), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC), M. Kumar pula dilantik menjadi Timbalan Ketua Polis Johor dengan memangku pangkat DCP.
Penolong Pengarah Perkhidmatan Bahagian Perkhidmatan/ Perjawatan, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman, ACP Mohd Faisal Yahya mengisi tempat Kumar dengan memangku pangkat SAC.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Anuar Othman dilantik sebagai Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur dengan memangku pangkat DCP.
Ketua Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal Maktab Teknik PDRM Bakri Muar, Johor, ACP Md Khair Othman pula dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Agama dan Kaunseling), Bahagian Agama dan Kaunseling Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.
Kesemua mereka antara 10 daripada 26 pegawai kanan PDRM yang terlibat dalam pertukaran berkuat kuasa 25 Okt ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 23 2022
Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani (tengah) menyaksikan simbolik serah tugas Zamri (kiri) kepada Baharuddin. - Gambar fail PDRM
Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar - Pakar, aktivis
Keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan adalah langkah wajar.
AWANI Ringkas: Kes kematian bayi dibawa ke mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.
Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
Kerja pembaikan lintasan Rafah sedang dijalankan menjelang pembukaan semula
Lintasan itu mengalami kerosakan yang besar semasa serangan Israel selama 15 bulan yang disokong Amerika Syarikat (AS).
Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.
GDA patuh sepenuhnya syarat Suruhanjaya Sekuriti bagi ambil alih MAHB
GDA menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan MAHB telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya peraturan SC.
AWANI Ringkas: 2.6 juta kenderaan guna lebuh raya setiap hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Baharuddin Ahmad dilantik pengarah Cawangan Khas
Beliau memangku jawatan jawatan Pengarah Cawangan Khas sejak 22 Ogos lalu berikutan persaraan Datuk Seri Zamri Yahya.
Ada yang selindung kegiatan rasuah di sebalik amal ibadah - Ayob Khan
Pengalaman lama Datuk Ayob Khan di Cawangan Khas PDRM mengajarnya untuk membaca sifat manusia dan tidak mudah terpedaya dengan lakonan mereka.
Ayob Khan dedah terima ancaman bunuh daripada Daish
Ayob Khan berkata, ugutan bunuh yang diterima bukan saja daripada kumpulan pengganas Daish Malaysia, bahkan dari Indonesia
Polis puas hati siasatan 12 tahanan LTTE - Ayob Khan
Polis berpuas hati dengan siasatan kes berhubung 12 individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam
Lima lagi individu ditahan disyaki terlibat LTTE
Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman menahan dua suspek di Melaka, dua lagi di Pulau Pinang dan seorang di Selangor.
Prosiding Jong Nam: Identiti empat suspek dikenal pasti
Rekod Jabatan Imigresen menunjukkan keempat-empat suspek pembunuhan warga Korea Utara Kim Jong Nam telah meninggalkan Malaysia pada hari sama insiden tersebut berlaku.
Pantau kegiatan militan, 100 anggota Counter Terrorism diserap ke IPK negeri - Khalid
Khalid berkata penambahan itu perlu untuk melihat kegiatan kumpulan berkenaan di peringkat negeri.