Kementerian Pendidikan merancang untuk memperkenalkan pembelajaran bahasa Mandarin dan bahasa Tamil di sekolah kebangsaan, kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh hari ini.
Beliau berkata kementerian sedang mengkaji perkara itu termasuk menentukan penyediaan guru mengikut transformasi Pelan Pembangunan Pendidikan, yang akan dilaksanakan mengikut fasa.
Menurutnya langkah itu bertujuan membolehkan masyarakat dapat menguasai bahasa kaum lain di negara ini.
"Sekarang ini, kita beri penekanan kepada bahasa Inggeris, beri penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dan beberapa perkara yang lain...(sebab itu) kita rancangkan pelaksanaan (bahasa Mandarin dan Tamil)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Program Perdana 'Lets Talk And Lets Go Global' anjuran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan Radio Televisyen Malaysia Terengganu di kampus universiti itu di sini.
Program komunikasi bahasa Inggeris itu, yang disertai 260 pelajar dari 13 sekolah di sekitar Kuala Terengganu, bermula pada 6 Julai dan berakhir 21 Dis tahun lepas.
Sementara itu, Idris menjelaskan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), yang kini dikaji semula, akan mengurangkan beban guru selain memastikan mereka diberi lebih masa untuk mengajar selaras dengan slogan 'Mesra Guru, Berfokuskan Pengajaran'.
Bernama
Sun Mar 02 2014
![Bahasa Mandarin, Tamil bakal ke sekolah kebangsaan - Idris Bahasa Mandarin, Tamil bakal ke sekolah kebangsaan - Idris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/51373276955_295x200.jpg)
![Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738727270_tbDonaldTrump.jpg)
Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews
![ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739950962_arifaiman.jpg)
ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews
![Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739954467_TBKRITIKALGULAKENYAL.jpg)
Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.
![Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024 Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739599710_KhawKokChin.jpg)
Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.
![Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739950800_indonesia.jpg)
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.
![Minat tarian singa sejak kecil - Siti Aishah Minat tarian singa sejak kecil - Siti Aishah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61674523421_TBMINATTARIANSING.jpg)
Minat tarian singa sejak kecil - Siti Aishah
Minatnya semakin menebal apabila bapanya Mohd Farulnizam Mohd Fisah dan ibu serta seluruh keluarga memberi sokongan kepadanya.
![Menang artis paling berpotensi di Asia Music Awards, Masya Masyitah orak langkah di China Menang artis paling berpotensi di Asia Music Awards, Masya Masyitah orak langkah di China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/51574388018_masya-asia-header.jpg)
Menang artis paling berpotensi di Asia Music Awards, Masya Masyitah orak langkah di China
Masya yang fasih berbahasa Mandarin juga bakal muncul dengan single duet bersama penyanyi Jeryl Lee berjudul Zuo Jian (Sahabat Sejati).
![Kuota matrikulasi: Kritikan membina diperlukan, bukan 'tembak menembak' - Syed Saddiq Kuota matrikulasi: Kritikan membina diperlukan, bukan 'tembak menembak' - Syed Saddiq](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/81558547131_SyedSaddiq.jpg)
Kuota matrikulasi: Kritikan membina diperlukan, bukan 'tembak menembak' - Syed Saddiq
Isu berhubung kuota matrikulasi misalnya sudah diputuskan Kabinet dan perkara berkaitannya hanya boleh dibincangkan dalam Kabinet.
![Selesai isu ekstremisme di Xinjiang 'cara China' Selesai isu ekstremisme di Xinjiang 'cara China'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/61550716569_Xinjiang.jpg)
Selesai isu ekstremisme di Xinjiang 'cara China'
Usaha mewujudkan pusat latihan vokasional itu berjaya memerangi keganasan, menamatkan penyebaran fahaman ekstremisme dan memastikan kestabilan sosial di Xinjiang.
![Pelajar Cina cemerlang peperiksaan UPKK Pelajar Cina cemerlang peperiksaan UPKK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/71545357794_UPKK.jpg)
Pelajar Cina cemerlang peperiksaan UPKK
Dia mendapat keputusan semua A dalam mata pelajaran Ulum Syariah, Jawi dan Khat, Bahasa Arab, Penghayatan Cara Hidup Islam , Adab, Amali Solat, Sirah dan Al-Quran.
![Bahasa Mandarin, Tamil bakal ke sekolah kebangsaan - Idris Bahasa Mandarin, Tamil bakal ke sekolah kebangsaan - Idris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/51373276955_295x200.jpg)
Bahasa Mandarin, Tamil bakal ke sekolah kebangsaan - Idris
Kementerian Pendidikan merancang untuk perkenalkan pembelajaran bahasa Mandarin dan Tamil ke sekolah kebangsaan.