KUALA LUMPUR: Pengguna lebuh raya disaran agar tidak cuba membaiki kenderaan yang rosak di lorong kecemasan sebaliknya menghubungi talian kecemasan 999 atau pengendali lebuh raya bagi mendapatkan bantuan.
Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) Datuk Suret Singh berkata cubaan membaiki kenderaan ataupun menukar tayar pada lorong kecemasan di lebuh raya adalah amat berbahaya.
"Semua pengendali lebuh raya mempunyai pasukan peronda dan penyelamat, jadi hubungilah mereka untuk mendapatkan bantuan serta mengelakkan kehilangan nyawa. Jika tiada dalam simpanan telefon, nombor pengendali lebuh raya boleh diperoleh melalui carian Google.
"Biasanya pasukan peronda lebuh raya akan tiba secepat mungkin dan menunda kenderaan yang rosak ke kawasan rehat berhampiran selain semua penumpang juga perlu keluar dari kenderaan dan berkumpul di luar penghadang jalan," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau menasihatkan pengguna lebuh raya agar mengambil iktibar daripada peristiwa kehilangan 10 nyawa di Lebuhraya Elite, pada 18 Dis lepas.
Mangsa yang meninggal dunia membabitkan sembilan sekeluarga iaitu ibu serta lapan anaknya dan seorang lelaki yang juga mekanik.
Treler itu dipercayai merempuh tiga kereta yang berhenti di lorong kecemasan kerana satu daripada kenderaan itu mengalami kerosakan.
Suret berkata kenderaan yang rosak juga perlu dipasangkan lampu kecemasan dan pemandu disarankan meletakkan 'segitiga pantul cahaya' atau kon keselamatan kira-kira 30 meter di belakang kenderaan selain menggunakan lampu suluh bagi tujuan tersebut.
"Ini bagi membolehkan pemandu lain dapat melihat kenderaan rosak yang diletakkan di lorong kecemasan," katanya.
Beliau turut mencadangkan agar pengguna lebuh raya dapat menyimpan baju pantul cahaya untuk digunakan pada waktu malam jika berlaku kerosakan.
"Eloklah jika dapat menyimpan baju tersebut di dalam kenderaan untuk tujuan kecemasan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 23 2021

Suret berkata kenderaan yang rosak perlu dipasangkan lampu kecemasan dan pemandu disarankan meletakkan 'segitiga pantul cahaya' atau kon keselamatan kira-kira 30 meter di belakang kenderaan. - Gambar hiasan

Eropah jadi pengimport senjata terbesar AS buat kali pertama dalam 20 tahun - SIPRI
Eropah mengatasi Asia Barat sebagai pengimport senjata terbesar dari Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh 2020-2024, meraih gelaran itu buat kali pertama dalam tempoh dua dekad.

Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Industri acara perniagaan di Pulau Pinang mencatatkan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM1.29 bilion pada tahun lepas, peningkatan signifikan sebanyak 24.8 peratus berbanding 2023.

Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Katanya, Ken Nee tahu apa diperlukan untuk kembali meraih kejayaan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknik dan peraturan terjun terkini.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.

Bahaya baiki kenderaan di lorong kecemasan lebuh raya - MIROS
Cubaan membaiki kenderaan ataupun menukar tayar di lorong kecemasan lebuh raya adalah amat berbahaya.