Kebaikan hati serta sifat penyayang Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Shah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar menjadi kenangan teristimewa kepada rakyat Pahang.
Antara yang terkesan dengan kemangkatan almarhum ialah bekas pengasuh anakanda baginda, Hashimah Mat Ali, 80, yang menyifatkan baginda sebagai insan yang amat baik dan prihatin kepada semua pekerjanya.
Hashimah merupakan pengasuh kepada Sultan Pahang keenam, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah, yang juga anakanda keempat Almarhum.
"Sepanjang saya mengasuh Al-Sultan Abdullah, Almarhum melayan saya dan pekerja lain dengan baik dan sering bertanya mengenai kebajikan kami. Saya hanya berusia 17 tahun semasa mula bekerja di istana, jadi sudah pasti berasa takut dan gerun apabila bertemu orang besar.
"Takut jika ada yang tersilap apatah lagi anak asuhan saya adalah anak raja. Tapi Almarhum begitu lembut dan sentiasa memberi kata-kata semangat kepada saya untuk terus bekerja dengan baik," katanya kepada Bernama semasa ditemui di sini, hari ini.
Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah mangkat pada usia 88 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) pada 8.50 pagi ini.
Bekas Pengerusi Persatuan Ketua Kampung daerah Pekan Abdul Kadir Bakar, 68, menyifatkan Almarhum sebagai seorang raja yang begitu dekat dengan rakyat kerana sentiasa sedaya-upaya bertemu rakyat yang menghadapi kesusahan.
"Almarhum Sultan Ahmad Shah dikenali sebagai seorang raja yang sangat sayang pada rakyatnya. Baginda adalah raja yang benar-benar mencerminkan pepatah raja dan rakyat berpisah tiada.
"Bila mencemar duli bertemu rakyat, Almarhum tidak terkongkong dengan protokol. Baginda boleh bergurau dan tidak hairanlah jika kedudukan baginda begitu dekat di hati kami semua," katanya.
Abdul Kadir juga mengenang kembali semula kenangan melihat Almarhum mencemar duli ke kampung itu semasa berlaku kejadian lemas di Sungai Pahang yang mana Almarhum sendiri menaiki bot bagi menyertai operasi mencari dan menyelamat.
Sementara itu, anak Jati Pekan, Datuk Hanizah Ghazali, 61, berkata Almarhum baginda bukan seorang raja yang mementingkan kedudukan sekali gus mengetepikan protokol semata-mata untuk mendekati rakyat.
"Ketika hayat baginda, rakyat sering 'terserempak' dengan baginda yang selesa memandu kereta sendiri dan bersiar-siar sambil menyapa khabar rakyat yang ditemui.
"Rakyat amat hormat kepada baginda kerana baginda sentiasa ada untuk rakyat. Baginda tidak lokek memberi bantuan dan kata-kata semangat.
"Semangat juang baginda terhadap sesama insan amat kuat malah baginda tegar membela nasib rakyatnya termasuk kerap turun padang melihat sendiri keadaan hidup rakyat di negeri ini," katanya. - BERNAMA
BACA: Jenazah Sultan Ahmad Shah dimakam esok, rakyat Pahang berkabung 40 hari
BACA: Terima kasih kerana menjadi datuk paling hebat - Puteri Afzan Shakira
Bernama
Wed May 22 2019

Almarhum Sultan Ahmad Shah merupakan seorang raja yang dekat dengan rakyat kerana sentiasa sedaya-upaya bertemu rakyat yang menghadapi kesusahan. - Gambar fail

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

Agong beri penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Ismail Petra
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat tiba di Istana Kota Lama bagi memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Ismail Petra

Kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah satu kehilangan besar buat UMP
Kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah amat dirasai rakyat di negeri Pahang khususnya buat warga Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Baik hati, sifat penyayang kenangan rakyat bersama Sultan Ahmad Shah
Kebaikan hati serta sifat penyayang Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Shah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar menjadi kenangan teristimewa kepada rakyat Pahang.

Bonda Sultan Johor, Enche' Besar Khalsom Abdullah mangkat
Bonda Sultan Johor, Enche' Besar Hajah Khalsom Abdullah mangkat pada Jumaat.