CAMERON HIGHLANDS: Kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan memendekkan tempoh perolehan bagi memperbaiki cerun di penempatan Orang Asli Sungai Ruil, Tanah Rata dekat sini yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh, 12 Okt tahun lalu.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu bagi mempercepatkan tempoh pembaikan cerun tersebut yang dijangka mengambil masa dua tahun, membabitkan peruntukan RM3 juta.
"...Oleh kerana tempoh untuk reka bentuk dan juga tempoh perolehan serta penyiapan itu terlalu panjang, kami akan melakukan tindakan bagi memperolehi kelulusan khas untuk memendekkan tempoh perolehan dengan kaedah-kaedah yang diluluskan Kementerian Kewangan," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak bencana tanah runtuh berkenaan, di sini hari ini.
Terdahulu Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Kampung Orang Asli (KOA) Sungai Ruil, yang menempatkan 88 mangsa daripada 17 keluarga yang terjejas akibat tanah runtuh itu.
Dalam kejadian 10.56 pagi 12 Okt tahun lalu, cerun di penempatan Orang Asli Sungai Ruil terjejas akibat runtuh, menyebabkan enam buah rumah dan beberapa kenderaan penduduk terjejas.
Susulan kejadian itu, 17 keluarga diarah mengosongkan rumah masing-masing dan ditempatkan di PPS Dewan KOA Sungai Ruil.
Sementara itu Ahmad Zahid berkata beliau diberi jaminan oleh Jabatan Kerja Raya, bahawa struktur kediaman penduduk adalah stabil dan kukuh, justeru penduduk tidak perlu bimbang jika mereka perlu pulang ke rumah masing-masing apabila tiba masanya nanti.
Dalam pada itu beliau berkata Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan menanggung sepenuhnya pembayaran sewa kuarters Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi menempatkan 17 keluarga terjejas itu, mulai Februari depan.
TNB katanya sebelum ini bersetuju menawarkan sewa RM500 seunit dan mengecualikan bayaran deposit sewaan selama tiga bulan dan penduduk akan tinggal sementara di kuarters itu selama dua tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 06 2024
Ahmad Zahid mendengar penerangan ketika melawat tapak bencana tanah runtuh di penempatan Orang Asli Sungai Ruil, hari ini. - Foto Bernama
Skuad hoki dalam dewan berdepan kumpulan maut di Piala Dunia
Skuad hoki dalam dewan lelaki berdepan tugas getir pada penampilan sulung Piala Dunia 2025 di Porec, Croatia, dari 3 hingga 9 Februari depan.
Nigeria sertai BRICS sebagai negara rakan - Kementerian Luar Brazil
Nigeria kini secara rasmi menjadi negara kesembilan yang menyertai BRICS sebagai negara rakan, menurut kenyataan Kementerian Luar Brazil.
Fokus Minggu Depan: ASEAN Tourism Forum, platform keterangkuman serantau
Bersama Siti Nuraqila Omar membincangkan tentang ASEAN Tourism Forum, platform keterangkuman serantau.
ASEAN 2025: Malaysia, Thailand dan Brunei kongsi kebimbangan situasi di Myanmar
Kementerian Luar Negeri berkata situasi di Myanmar menjadi antara isu yang berbangkit dalam kedua-dua mesyuarat bilateral melibatkan Malaysia hari ini.
JIM Terengganu tahan 15 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 15 pendatang tanpa izin dalam Operasi Sapu dan Selera di sekitar tapak pembinaan kawasan industri Kertih, Kemaman semalam.
Jurulatih selam wanita rugi lebih RM300,000 terperdaya pelaburan saham di Facebook
Seorang jurulatih selam di sini kerugian RM304,422 setelah terperdaya dengan pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.
Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.
Suspek lari dari IPD Tangkak ditahan semula
Polis menahan semula penjenayah yang melarikan diri dari tahanan IPD Tangkak, di sebuah rumah di Kluang pagi tadi.
Polis tembak mati 3 suspek jenayah samun, curi kenderaan
Polis menembak mati tiga individu dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di Persiaran Kota Emerald, Rawang, Selangor pada Sabtu.
Penduduk masih belum dibenarkan pulang
Puluhan ribu penduduk Los Angeles yang terpaksa berpindah akibat kebakaran dahsyat, masih tidak dibenarkan pulang ke kediaman mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu.
Baik pulih cerun di Sungai Ruil akan dipercepatkan - Ahmad Zahid
Kerajaan akan memendekkan tempoh perolehan bagi memperbaiki cerun di penempatan Orang Asli Sungai Ruil, Tanah Rata yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh.