GEORGE TOWN: Kelab Peminat P Ramlee Pulau Pinang menggesa agensi bertanggungjawab segera melakukan kerja-kerja baik pulih kerosakan yang berlaku pada rumah kelahiran seniman agung itu yang terletak di Jalan P Ramlee di sini.
Presidennya, Tan Sri Mohd Yussof Latiff berkata, tindakan segera perlu dilakukan supaya rumah berusia hampir 100 tahun itu akan terus terpelihara dan menjadi warisan sejarah negara.
Menurutnya, kerosakan atap dan siling rumah berkenaan dikatakan berlaku sejak tahun lalu namun ia gagal diselesaikan oleh agensi berkenaan.
"Tak kan perkara kecil sebegini tak boleh ditangani oleh agensi berkenaan dan saya percaya kos baik pulih pun tidak melibatkan belanja yang terlalu mahal.
"Saya akan berhubung dengan agensi terbabit bagi mendapatkan penjelasan dan kita mahu kerja-kerja baik pulih segera dibuat bagi mengelakkan kerosakan lebih teruk pada rumah warisan itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, pada Rabu.
Terdahulu, bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim menzahirkan rasa kecewa selepas melihat keadaan rumah kelahiran P Ramlee yang rosak dan keadaan yang menyedihkan.
Dalam tulisannya di laman Facebook, beliau terkejut selepas mendapati atap dan siling rumah asal seniman agung itu hampir roboh akibat kebocoran yang berlarutan.
"Keadaannya amat menyedihkan. Apatah lagi ini rumah P Ramlee seniman idola kita. Menurut penjaga rumah molek warisan itu laporan dah dibuat dan dikemukakan tahun lalu.
"Tentu sekali roh Ramlee akan nangis melihat rumah pusakanya dalam keadaan begitu terbiar. Saya taksir kerosakan ketirisan ini tak lebih RM15,000...Wahai ketua jabatan, mailah tengok, baikilah cepat," tulisnya.
Rumah kelahiran P Ramlee yang terletak di No 4 Jalan P Ramlee dibina pada 1926 oleh bapanya, Teuku Nyak Puteh dan bapa saudaranya, Rejab Husin.
Difahamkan, rumah berkenaan telah beberapa kali dibaik pulih sebelum ini dan kini diambil alih sepenuhnya oleh Arkib Negara.
Sinar Harian sedang mendapatkan Arkib Negara bagi mendapatkan maklum balas mengenai kerosakan yang berlaku. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Sep 27 2023

Rais menunjukkan kerosakan pada siling rumah kelahiran P Ramlee. - Foto Facebook Rais Yatim
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Baiki segera kerosakan rumah kelahiran P Ramlee
Tindakan segera perlu dilakukan supaya rumah berusia hampir 100 tahun itu akan terus terpelihara dan menjadi warisan sejarah negara.