Bajet 2018 memberi signal jelas golongan wanita muda tidak dilupakan apabila banyak faktor pemerkasaan kaum itu yang diberi perhatian.
Ahli Dewan Negara Senator Datuk Fahariyah Md Nordin berkata ia seiring misi mencerminkan sebuah bajet yang realistik mencangkupi semua lapisan masyarakat dan latar belakang.
Jelasnya, pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kali ini merupakan julung-julung kali memberikan fokus yang lebih mendalam kepada golongan wanita muda bagi memacu keluarga yang lebih harmoni dan berkualiti.
"Saya melihat cadangan tempoh cuti bersalin mandatori untuk sektor swasta yang dinaikkan daripada 60 hari ke 90 hari seperti dilaksanakan perkhidmatan awam merupakan satu saranan yang baik dan membuktikan kerajaan tidak meminggirkan pekerja sektor swasta.
"Ia sememangnya ditunggu-tunggu golongan wanita dalam membantu membentuk dan menguruskan sesebuah keluarga dalam keadaan yang lebih baik lagi.
"Tambahan cuti ini mampu mempersiapkan wanita, khasnya yang masih bekerja, untuk lebih bersiap sedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi suasana pekerjaan semula selepas cuti bersalin," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
BACA: Bajet 2018: 'Ibu segala bajet'
BACA: Bajet 2018: Ambil pembantu rumah asing tanpa melalui ejen
Inisiatif dan program berkaitan wanita dalam Bajet 2018 dilihat telah mengambil kira kepentingan dan kesejahteraan golongan itu sekali gus memberikan keceriaan kepada mereka.
Beberapa inisiatif langsung dan tidak langsung dilihat mampu memberi manfaat kepada golongan wanita.
Dalam pada itu, Fahariyah menjelaskan keprihatinan kerajaan terhadap golongan wanita bekerja semakin terserlah apabila perdana menteri turut mengumumkan penjawat awam wanita yang mengandung lima bulan ke atas dibenar pulang awal sejam, manakala suami yang bekerja kerajaan juga dibenar pulang awal sejam.
"Bagi saya, ini satu lagi langkah bijak dan terbaik dalam memperkasa institusi kekeluargaan.
"Saya berharap sektor swasta akan turut mengikut jejak langkah ini kerana umum tahu, wanita yang mengandung lima bulan ke atas perlukan rehat secukupnya selepas selesai menjalankan tugas dan amanah diberikan demi menjaga kesihatan diri sendiri dan kandungan selain mengelakkan insiden yang tidak diingini seperti masalah kesihatan," ujarnya.
Katanya lagi, bajet itu juga prihatin dengan bebanan kos yang ditanggung isi rumah bagi penggajian pembantu rumah asing.
"Ia sekali gus memberi pilihan kepada majikan untuk mengambil pembantu rumah asing secara langsung dari sembilan negara sumber tanpa melalui ejen.
"Saya berpendapat, langkah ini sangat membantu pihak yang memerlukan pembantu rumah dengan langkah yang mudah apabila hanya perlu memohon visa pembantu rumah daripada Jabatan Imigresen secara dalam talian dengan bayaran levi dan fi pemprosesan seperti kadar sedia ada.
"Umum tahu, pada masa ini kos keseluruhan membawa masuk setiap pembantu rumah boleh mencecah setinggi RM12,000 sehingga RM18,000. Melalui pengumuman terbaru ini, kos kewangan untuk menggaji pembantu rumah dapat dikurangkan dan wang itu dapat digunakan untuk keperluan lain," tegasnya.
Jelasnya, bajet kali ini juga dapat membentuk masyarakat yang lebih lestari dan lebih mementingkan soal kewangan dalam membentuk sesebuah keluarga yang lebih bertamadun dan berdaya saing.
Astro Awani
Sat Oct 28 2017
FAHARIYAH: Beberapa inisiatif langsung dan tidak langsung dilihat mampu memberi manfaat kepada golongan wanita. -Gambar fail
Mangsa banjir di Sarawak masih lepasi angka 12,000, di Sabah turut meningkat
Jumlah mangsa banjir di Sarawak berkurangan namun masih melepasi angka 12,000 orang pagi ini.
Somalia bantu AS pertahan negara daripada ISIS
Somalia menerusi pasukan keselamatan puntland dilaporkan menawan beberapa lokasi penting yang didakwa menjadi sarang operasi kumpulan pelampau ISIS di wilayah itu.
Langkah itu sejajar dengan Arahan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkenaan pelancaran serangan udara bagi menyasar perancang serangan kanan ISIS dan beberapa anggota lain organisasi itu di Somalia.
Langkah itu sejajar dengan Arahan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkenaan pelancaran serangan udara bagi menyasar perancang serangan kanan ISIS dan beberapa anggota lain organisasi itu di Somalia.
Cadangan penutupan jalan secara kekal di Banda Hilir masih di peringkat kajian
Cadangan penutupan jalan secara kekal di kawasan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir di sini, masih di peringkat kajian.
Dua beranak parah ditikam, disamun pekerja sendiri
Lelaki berusia 50 tahun dan anak lelakinya berusia 23 tahun dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk rawatan lanjut.
Herry perlu masa tingkatkan prestasi Khai Xing-Aaron
Herry IP menyifatkan pasangan muda negara itu memiliki kualiti permainan yang agak bagus ketika ini.
Ungku Attufayl Adl nama pilihan untuk anak ketiga Jihan Muse
Nama unik anak ketiga Jihan Muse dan Ungku Hariz jadi perhatian.
Amaran White House: Tarif akan dinaikkan jika Mexico, Kanada atau China bertindak balas
Perintah eksekutif ini boleh memburukkan lagi kebimbangan mengenai perang perdagangan.
UFC: Nassourdine Imavov cipta kejutan tumbangkan Israel Adesanya dalam pusingan kedua
Keputusan itu juga menyaksikan rekod kekalahan Adesanya dalam kategori middleweight berpanjangan kepada tiga perlawanan berturut-turut.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [2 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Perkembangan banjir di Borneo
- Sidang Parlimen dibuka esok, titah Agong tumpuan utama
- Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
#AWANIpagi #AWANInews
- Perkembangan banjir di Borneo
- Sidang Parlimen dibuka esok, titah Agong tumpuan utama
- Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
#AWANIpagi #AWANInews
Polis pukul pemilik kolam selepas ditegur jangan memancing
Satu laporan polis telah di buat di balai polis Takalar. Polis kini sedang menyiasat berhubung insiden tersebut.
Bajet 2018 utamakan faktor pemerkasaan wanita - Fahariyah
Bajet 2018 memberi signal jelas golongan wanita muda tidak dilupakan apabila banyak faktor pemerkasaan kaum itu yang diberi perhatian.
Bajet yang prihatin kepada rakyat Sarawak - Abang Johari
Ujar beliau, melalui peruntukan itu, rakyat Sarawak akan bertambah yakin dan percaya dengan dasar yang dibawa oleh Kerajaan Persekutuan.
Bajet 2018: Peruntukan sembilan bilion bantu mantapkan PDRM
Peruntukan sembilan bilion kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Bajet 2018 bakal membantu memantapkan entiti itu dalam memastikan keselamatan dan keamanan negara.
Maksimumkan pembabitan rakyat dalam pelaksanaan Bajet 2018
Kerajaan perlu memastikan pembabitan secara maksimum rakyat dalam setiap intipati pelaksanaan Bajet 2018 yang akan diumumkan 27 Oktober ini.
Kerajaan lancar laman web khas #Bajet2018 bagi dapatkan input rakyat
Kerajaan menyediakan satu laman web khas berciri interaktif bagi mendapatkan input rakyat untuk #Bajet2018 di blog Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.