Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperuntukkan RM2.896 bilion bagi Bajet 2019 yang bakal menyaksikan perancangan dan projek untuk memenuhi keselesaan dan keselamatan 1.79 juta warga kota.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata bajet bertemakan 'Kuala Lumpur Sejahtera, Harapan Warga Kota' memperuntukkan sebanyak RM1.694 bilion atau 58.5 peratus disediakan bagi perbelanjaan mengurus manakala RM1.202 bilion (41.5 peratus) untuk pembangunan.
Menurutnya, Bajet DBKL 2019 memperlihatkan peruntukan mengurus menurun sebanyak 3.7 peratus atau RM65.5 juta berbanding peruntukkan pada tahun lepas iaitu RM1.759 bilion manakala peruntukan pembangunan meningkat sebanyak 4.9 peratus atau RM56.04 juta berbanding tahun 2018 sebanyak RM1.146 bilion.
"Bagi merancakkan pergerakan warga kota, DBKL menyediakan peruntukan baharu berjumlah RM20 juta bagi menguruskan perkhidmatan bas GO-KL yang akan diperluaskan lagi jaringan laluan dan bilangan bas serta tiada caj tambang yang dikenakan.
"Selain itu, sebanyak RM800 ribu diperuntukkan untuk pelbagai bantuan kepada golongan gelandangan yang kurang bernasib baik," katanya ketika membentangkan Bajet DBKL 2019 di sini, pada Khamis.
Nor Hisham berkata sebanyak RM692.01 juta diperuntukkan bagi tujuan pengurusan dan pembangunan membabitkan program jalan raya dan saliran di seluruh kawasan Kuala Lumpur.
Bagi memenuhi keperluan penduduk yang berpendapatan rendah, DBKL menyediakan RM262.17 juta bagi mengurus lebih 73,000 unit rumah di 33 kawasan Projek Perumahan Rakyat dan 32 Perumahan Awam di sekitar Kuala Lumpur.
Daripada jumlah itu, sebanyak RM142 juta disediakan untuk membaiki dan menyelenggara rumah yang melibatkan kerja-kerja awam, elektrik, mekanikal, kerja lif dan kontrak pembersihan bagi memastikan keselesaan penduduk.
Nor Hisham berkata, anggaran hasil 2019 dijangka menurun kepada RM2.465 bilion berbanding RM 2.667 bilion dalam tahun 2018 iaitu penurunan sebanyak 7.5 peratus.
"Hasil cukai taksiran yang dijangka berjumlah RM1.029 bilion merupakan hasil utama DBKL yang menyumbang sebanyak 49 peratus daripada hasil keseluruhan DBKL.
"DBKL juga bercadang tidak akan menaikkan kadar cukai taksiran ke atas pegangan harta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan akan terus mengekalkan insentif kepada pembayar cukai taksiran golongan Orang Kurang Upaya (OKU) sebanyak 20 peratus seperti tahun ini," katanya.
Tambahnya, keseluruhan bajet 2019 diharapkan dapat memberi manfaat kepada warga kota yang mengutamakan kepada pembangunan kesejahteraan kehidupan dengan persekitaran berkualiti, selamat serta gaya hidup sihat sekaligus dapat mencapai objektif dan misi DBKL untuk menjadi 'Bandar Raya Bertaraf Dunia'.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 27 2018

NOR HISHAM: DBKL menyediakan peruntukan baharu berjumlah RM20 juta bagi menguruskan perkhidmatan bas GO-KL yang akan diperluaskan lagi jaringan laluan dan bilangan bas serta tiada caj tambang yang dikenakan. - Gambar fail

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Henti geran percuma usahawan bumiputera, satu langkah tidak produktif - Abdul Rahman
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, jika benar bantuan geran modal kepada syarikat bumiputera itu dihentikan, banyak di antara usahawan bumiputera yang akan menjadi mangsa.

Perbelanjaan kerajaan selari unjuran Bajet 2019
Perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan negara setakat pertengahan tahun ini adalah selari dengan unjuran Bajet 2019.

Bonus kedua kepada penjawat awam Perak dibayar 16 Mei ini
Bayaran berkenaan melibatkan bantuan khas kewangan kepada penjawat awam sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM2,000 seorang seperti diumumkan dalam Bajet 2019 Negeri Perak, November lalu.

Bajet 2019: DBKL peruntuk RM2.896 bilion untuk memenuhi aspirasi warga kota
Anggaran hasil 2019 dijangka menurun kepada RM2.465 bilion berbanding RM 2.667 bilion dalam tahun 2018 iaitu penurunan sebanyak 7.5 peratus.

Rebat bil elektrik RM40 kepada 185,000 miskin tegar tahun hadapan
Program Rebat Bil Elektrik RM40 ini merupakan program bantuan kerajaan secara bersasar khusus kepada keluarga miskin tegar dan miskin yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih.

Belanjawan 2019 diluluskan Dewan Rakyat
Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof mengumumkan keputusan itu pada kira-kira 10.20 malam tadi.

RM98 juta peruntukan Belanjawan 2019 Kementerian Pertahanan untuk veteran
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata peruntukan itu meningkat sebanyak RM20 juta berbanding RM78 juta yang diperuntukan kerajaan sebelum ini.

MPM bimbang jurang kekayaan semakin melebar
Datuk Akbar Ali berkata Belanjawan 2019 tidak menangani secara jelas bahagian pertama Tonggak II rancangan pembangunan lima tahun itu.

Cukai 5% terhadap semua aktiviti petroleum di Sarawak
Sarawak akan melaksanakan cukai jualan 5% terhadap segala aktiviti petroleum di negeri berkenaan berkuat kuasa 1 Januari depan.

Sistem baharu mampu selesaikan lambakan rumah tidak terjual - Tun Mahathir
Sistem baharu melalui platform property crowdfunding akan memberi penyelesaian kepada isu lambakan rumah tidak terjual dan memastikan orang ramai mampu memiliki kediaman sendiri.