KUALA LUMPUR: Keperluan sektor pembinaan untuk bergerak seiring dengan perkembangan teknologi selain memelihara alam sekitar, amat penting dalam memastikan kalangan penggiat terbabit berupaya mengekalkan daya saing di pasaran domestik dan antarabangsa.
Justeru, mereka berharap agar Bajet 2023 yang dijadual dibentangkan pada 7 Oktober ini akan turut menyaksikan kerajaan memperkenalkan beberapa insentif khas berkaitan penggunaan teknologi terkini selain amalan pembinaan hijau serta mampan.
Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Datuk Ahmad Asri Abdul Hamid berkata antara insentif yang diharapkan adalah membabitkan cukai bagi kesediaan Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0).
Bercakap kepada Bernama, beliau berkongsi harapan CIBD supaya belanjawan tahun depan itu akan menyenaraikan insentif cukai melalui potongan berganda kepada pelaburan naik taraf infrastruktur perniagaan untuk membolehkan pengaturan kerja secara 'hibrid' serta pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bagi pembelian perisian yang berkaitan dengan seni bina.
Tidak ketinggalan, subsidi serta insentif membabitkan peralatan jentera pembinaan.
"Ini bagi menggalakkan pemain industri menggunakan teknologi moden dalam usaha pembinaan. Penggunaan jentera juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh asing yang tidak mahir," katanya.
Ahmad Asri berkata, kerajaan juga diharapakn dapat menyediakan insentif dari segi latihan golongan profesional dalam penggunaan dan pembangunan teknologi terkini.
Menyentuh pembinaan mampan atau hijau, beliau berkata potongan cukai berganda wajar diberikan ke atas tambahan kos hijau dalam pembinaan bangunan yang diperakui sebagai bangunan hijau serta kos untuk mendapatkan perundingan berkaitan bangunan hijau.
Beliau juga berharap Bajet 2023 itu turut membabitkan pemberian elaun cukai pendapatan bagi kos pensijilan semula serta pengurangan cukai berganda bagi tempoh 10 tahun oleh penyewa pajakan hijau dan pengecualian cukai 10 tahun bagi sewaan pajakan hijau yang diterima oleh pemilik tanah.
"Kerajaan juga diharapkan dapat memperluas senarai aset yang layak untuk Elaun Cukai Pelaburan Hijau (GITA) di bawah myHIJAU selain memberi pengecualian duti setem kepada pembeli, pemilik dan pemaju bangunan hijau," katanya.
Menurutnya, aspek lain adalah untuk kerajaan menyediakan geran/ skim subsidi bagi bangunan sedia ada yang dijadikan bangunan hijau serta mengurangkan caj pembangunan dan memberi nisbah plot lebih tinggi bagi pemegang sijil bangunan hijau bertaraf emas dan platinum.
"Kerajaan juga diharap dapat melaksanakan pemotongan cukai berganda kepada pemaju yang telah menyediakan kuarters buruh berpusat (CLQ) untuk pekerja yang menelan kos tinggi bagi memenuhi Akta 446," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 30 2022

Antara insentif yang diharapkan adalah membabitkan cukai bagi kesediaan Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0). - Gambar hiasan

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Nilai kerja pembinaan Malaysia capai 20.2 peratus pada 2024 berjumlah RM158.8 bilion
Nilai kerja pembinaan yang dilakukan di Malaysia pada 2024 meningkat sebanyak 20.2 peratus kepada RM158.8 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.

Sektor pembinaan kekal pertumbuhan positif, naik 22.9 peratus kepada RM41.1 bilion pada suku ketiga - DOSM
Sektor pembinaan terus mengekalkan momentum dengan pertumbuhan positif pada 22.9 peratus, mencapai RM41.1 bilion pada suku ketiga 2024.

Penyumbang pembinaan mercu tanda ikonik dunia, Eversendai jadi kebanggaan negara
Nanta berkata Eversendai merupakan satu-satunya syarikat pembinaan Malaysia mencipta rekod dunia dan pencapaian penting dalam industri pembinaan.

Sektor pembinaan Malaysia melonjak lebih 20 peratus pada suku kedua 2024
Sektor pembinaan melonjak 20.2 peratus dengan nilai kerja berjumlah RM38.9 bilion pada suku kedua 2024, dipacu oleh prestasi yang memberangsangkan subsektor kejuruteraan awam dan bangunan kediaman.

Harga barang binaan naik
Azman berkata, peningkatan tersebut boleh dikatakan tertinggi dalam sejarah, malah pembekal turut menetapkan harga-harga baharu sejak Isnin.

Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.

Sektor pembinaan berkembang 14.2 peratus kepada RM36.8 bilion pada suku pertama 2024
Nilai kerja dalam sektor pembinaan melonjak sebanyak 14.2 peratus tahun ke tahun (y-o-y), berjumlah RM36.8 bilion pada suku pertama 2024.

Industri pembinaan dijangka meningkat enam peratus, nilai pembangunan RM180 bilion
Industri pembinaan negara dijangka meningkat lima hingga enam peratus melibatkan nilai projek pembangunan sebanyak RM180 bilion pada tahun hadapan.

Sektor pembinaan Malaysia capai pertumbuhan memberangsangkan tahun ini - Menteri
Sektor pembinaan Malaysia merekodkan pertumbuhan yang memberangsangkan tahun ini dengan 9,144 projek berjaya dilaksanakan sehingga September.