KOTA KINABALU: Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan lima peratus daripada keseluruhan diperuntukkan dalam Bajet 2023 bagi meningkatkan sistem kesihatan awam negara.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ketika ini, keseluruhan peruntukan untuk sistem kesihatan dalam negara adalah 4.3 atau 4.4 peratus bagi sektor awam.
Menurutnya, penambahan peruntukan itu membolehkan pihaknya memberi tumpuan kepada usaha menaik taraf klinik-klinik usang yang berada di pedalaman.
"Contoh kalau kita dapat RM 20 billion, kita akan memberi tumpuan pada klinik-klinik usang di kawasan pedalaman untuk di naik taraf.
"Kita juga akan menempatkan pakar-pakar perubatan keluarga di klinik tersebut berserta dengan ubat-ubatan yang sebelumnya hanya ada di hospital kini boleh juga diguna pakai di klinik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas meramsikan Majlis Persidangan Saintifik Pakar Perubatan Kali ke-24 Peringkat Kebangsaan di Kota Kinabalu pada Kahmis.
Tambah beliau, bajet kesihatan tertinggi pernah direkodkan di luar negara, hampir mencecah 19 hingga 20 peratus, iaitu di Amerika Syarikat.
Maka itu, beliau berkata jika bajet ini dapat ditingkatkan, pihak KKM juga akan dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kesihatan yang lebih berkualiti.
Selain itu, kira-kira 8,000 pakar perubatan keluarga diperlukan di klinik-klinik KKM dalam usaha untuk memberi rawatan dan perkhidmatan terbaik kepada komuniti khususnya di kawasan luar bandar.
Noor Hisham berkata bagi mencapai sasaran itu, KKM kini sedang meningkatkan kapasiti pakar perubatan keluarga menerusi program sarjana perubatan keluarga di universiti tempatan dan Program Latihan Kepakaran Parallel Pathway dengan kerjasama kolej luar negara.
Beliau berkata menerusi program latihan tersebut, setiap tahun dianggarkan antara 100 hingga 120 graduan pakar perubatan keluarga akan dihasilkan, manakala kira-kira 100 orang pakar dihasilkan menerusi program sarjana di universiti tempatan.
Mirlen Axtius
Thu Sep 22 2022

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ketika ini, keseluruhan peruntukan untuk sistem kesihatan dalam negara adalah 4.3 atau 4.4 peratus bagi sektor awam.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Bajet 2023: KKM sasar peruntukan kesihatan dinaikkan kepada lima peratus
Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan lima peratus daripada keseluruhan diperuntukkan dalam Bajet 2023 bagi meningkatkan sistem kesihatan awam negara.