KUALA LUMPUR : Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan dapat menyalurkan segala inisiatif yang diumumkan melalui Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) dan Bajet 2023 mengikut tempoh masa yang ditetapkan tanpa sebarang kelewatan serta proses birokrasi.
Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, kongres itu tidak mahu inisiaitif yang diumumkan ini lewat, tidak dilaksanakan atau ditetapkan mengikut jumlah peruntukan yang tertentu.
"Mengambil contoh penebusan awal gantian cuti rehat (GCR), peruntukan setiap kementerian dan jabatan bagi menebus GCR 80 hari pada tahun ini didapati tidak mencukupi dan telah habis digunakan sehingga banyak permohonan daripada penjawat awam tidak dapat ditunaikan.
"Situasi ini sudah tentu memberi kekecewaan kepada warga perkhidmatan awam yang sudah dijanjikan dengan inisiatif tersebut tetapi tidak dapat menerimanya.
"Kerajaan sewajarnya menyalurkan peruntukan untuk penebusan GCR berdasarkan permohonan dari masa ke masa dan bukannya memberikan sejumlah peruntukan tertentu yang tidak akan ditambah jika habis digunakan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Selain itu, katanya, segala inisiatif yang diumumkan untuk penjawat awam dan rakyat perlu dilaksanakan walaupun berlaku perubahan dalam kerajaan pada masa akan datang.
"Segala inisiatif yang baik ini wajar diteruskan oleh kerajaan yang baharu dan tidak perlu dibatalkan sebaliknya ditambah dengan lebih baik," kata beliau.
Dalam masa sama, Cuepacs yakin dan memberi jaminan seluruh penjawat awam akan meletakkan keutamaan bagi menjayakan Bajet 2023.
BACA: Bajet 2023: RM2,500 bantuan keseluruhan buat penjawat awam
"Belanjawan ini bukan sekadar apa yang penjawat awam terima tetapi bagaimana untuk memastikan rakyat mendapat manfaat secara komprehensif. Komitmen daripada seluruh warga penjawat awam dituntut bagi memastikan segala aspirasi kerajaan melalui Belanjawan 2023 ini dapat direalisasikan dengan jayanya agar rakyat mendapat manfaat," ujarnya lagi.
Tambahnya, penjawat awam mempunyai tugas paling berat dalam memastikan dasar dan rangka tindakan belanjawan berjaya dilaksanakan.
"Tanggungjawab ini berkait dengan usaha dan proses penambahbaikan serta penyampaian sistem tadbir urus berkesan daripada seluruh warga perkhidmatan awam kerana kitalah tonggak pentadbiran negara.
"Sokongan daripada seluruh rakyat juga perlu untuk bersama dengan warga perkhidmatan awam, menggembleng tenaga dan berganding bahu bagi membawa negara kembali gemilang," tambahnya.
Astro Awani
Fri Oct 07 2022

Presiden Cuepacs, Datuk Adnan Mat berkata, kongres itu tidak mahu inisiaitif yang diumumkan ini lewat, tidak dilaksanakan atau ditetapkan mengikut jumlah peruntukan yang tertentu. - Gambar fail/BERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.

MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor
MIDF Research terus kekal yakin dengan sektor pembinaan susulan pengumuman dana tambahan oleh kerajaan persekutuan kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan projek transit aliran ringan (LRT).

Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik - PM Anwar
Kerajaan akan mengenakan cukai terhadap produk cecair bagi rokok elektronik yang mengandungi nikotin.

Fahmi bagi 'hint' kerajaan umum peruntukan untuk keselamatan siber
Fahmi Fadzil berkata perkara itu diharap diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan yang dijadual esok.

Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri
Isu pengeluaran wang KWSP terus menjadi topik hangat dalam Sidang Dewan Rakyat.

Pakej utama projek MRT3 akan diumumkan separuh kedua 2023, ramal AmInvestment
Menurut MRT Corp, tender baharu mungkin tidak diperlukan walaupun terdapat kebarangkalian penjajaran semula.

BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar
Dengan pelancaran produk pemanas tembakaunya, ia kini mampu menawarkan pilihan alternatif dengan potensi risiko yang dikurangkan.

Satu dunia tahu Malaysia 'tercemar' akibat kleptokrat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia telah tercemar akibat kleptokrat.

2023 bukan tahun kejar bajet positif, perlu peruntukan lebih besar - Onn Hafiz
Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbangkan peruntukan Bajet 2023 yang lebih besar supaya dapat merangsangkan lebih banyak aktiviti ekonomi sekali gus membantu rakyat.

Bajet 2023 diharap akan memfokuskan sektor PKS - Wee Ka Siong
Bajet 2023 yang disemak semula diharap akan memberikan keutamaan kepada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus membantu usahawan sektor tersebut memulihkan ekonomi masing-masing.