KUALA LUMPUR: Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) berharap saranannya supaya semua penerima Pingat Jasa Pahlawan Negara dalam kalangan pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) diberi elaun sara hidup sebanyak RM500 sebulan dimasukkan dalam Bajet 2023.
Presiden PBPM Mokhtar Omar berkata elaun RM300 sebulan juga harap dapat diberikan kepada isteri atau suami yang menjaga dan mengurus pesara polis yang uzur.
"Selain itu, sudah tiba masanya kerajaan melihat mengenai isu penyelarasan pencen kerana perbezaan pencen pada zaman dahulu dan zaman sekarang amat ketara.
"Kerajaan perlu lihat semua perkara ini dengan lebih serius sebagai mengiktiraf jasa dan pengorbanan bekas angota polis yang merupakan pahlawan negara sehingga membolehkan rakyat dapat hidup aman damai," katanya kepada Bernama.
Dalam pada itu, Mokhtar turut mencadangkan agar potongan harga sebanyak 25 peratus diberikan kepada pesara PDRM untuk pembelian rumah pertama selain memberi dana khas berbentuk geran secara tahunan bagi tujuan pelaksanaan aktiviti dan kebajikan ahli PBPM.
BAJET-HARAPAN (ASET PDRM) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Sementara itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berharap kerajaan akan menambah bilangan perjawatan dan elaun khidmat sukarelawan selain pemberian tanah bagi pembinaan bangunan pentadbiran dan operasi agensi itu bagi meningkatkan keberkesanan dan mutu penyampaiannya.
Menurut jurucakap APM peruntukan mengurus dan pembangunan tahunan bagi agensi itu juga perlu ditambah bagi membolehkan lebih banyak program latihan dan kesedaran awam dilaksanakan.
"Sehingga kini, APM memiliki enam pejabat sendiri namun selaku agensi yang bertanggungjawab sebagai sekretariat pengurusan bencana di peringkat negeri dan daerah, diharap semua negeri dapat memiliki bangunan sendiri dan mendapat peruntukan khas menerusi pembentangan bajet pada kali ini.
"Wajar juga jika diwujudkan skim Perkhidmatan Pertahanan Awam baharu yang digubal berdasarkan keperluan dan peranan penjawat Awam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 05 2022
Kerajaan digesa lihat semua perkara ini dengan lebih serius sebagai mengiktiraf jasa dan pengorbanan bekas angota polis.
JSJ Bukit Aman cadang teliti semula beberapa undang-undang jenayah lapuk
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman melihat terdapat keperluan untuk meneliti semula beberapa undang-undang pencegahan jenayah yang sudah lapuk untuk disesuaikan dengan situasi semasa.
Bursa Malaysia jangka 60 IPO disenarai pada 2025 dengan permodalan pasaran RM40.2 bilion
Bursa Malaysia Bhd menjangkakan sebanyak 60 tawaran awam permulaan (IPO) akan disenarai pada 2025 dengan permodalan pasaran berjumlah RM40.2 bilion.
KEMAS jalankan kajian menyeluruh keperluan naik taraf, baik pulih tabika
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) sedang menjalankan kajian menyeluruh berhubung keperluan menaik taraf dan baik pulih Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) KEMAS di seluruh negara.
Op Sky: Kelulusan pinjaman peribadi dibuat dengan cara manipulasi TAT - Azam Baki
Azam berkata kelulusan pinjaman peribadi daripada bank biasanya mengambil masa tiga hingga lima hari untuk diluluskan.
Inisiatif Lestari Niaga perkasa peniaga kecil dan tarik pelancong - Dr Zaliha Mustafa
Langkah ini bertujuan mempermudah urusan mendapatkan lesen perniagaan sekali gus memberi peluang pendapatan tambahan kepada pihak berkuasa tempatan seperti DBKL.
Polis Perak kenal pasti 21 kawasan 'blackspot' kemalangan
Polis Perak mengenal pasti 21 lokasi blackspot atau kawasan sering berlaku kemalangan ketika musim perayaan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina.
AWANI Ringkas: "Cecelia Yap Song KL" mohon maaf
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.
SC lancar skim kewangan alternatif untuk PMKS
SC hari ini melancarkan SARANA, skim pembiayaan alternatif yang ditawarkan oleh sembilan pengendali platform pembiayaan rakan setara (P2P) berdaftar dengan SC di bawah sistem e-perolehan kerajaan.
Proses dadah: Bekas mekanik dibebas dan dilepas, empat warga India dipenjara 20 tahun
Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan seorang bekas mekanik atas pertuduhan memproses 22.02 kilogram methamphetamine pada 2018.
RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.
MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor
MIDF Research terus kekal yakin dengan sektor pembinaan susulan pengumuman dana tambahan oleh kerajaan persekutuan kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan projek transit aliran ringan (LRT).
Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik - PM Anwar
Kerajaan akan mengenakan cukai terhadap produk cecair bagi rokok elektronik yang mengandungi nikotin.
Fahmi bagi 'hint' kerajaan umum peruntukan untuk keselamatan siber
Fahmi Fadzil berkata perkara itu diharap diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan yang dijadual esok.
Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri
Isu pengeluaran wang KWSP terus menjadi topik hangat dalam Sidang Dewan Rakyat.
Pakej utama projek MRT3 akan diumumkan separuh kedua 2023, ramal AmInvestment
Menurut MRT Corp, tender baharu mungkin tidak diperlukan walaupun terdapat kebarangkalian penjajaran semula.
BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar
Dengan pelancaran produk pemanas tembakaunya, ia kini mampu menawarkan pilihan alternatif dengan potensi risiko yang dikurangkan.
Satu dunia tahu Malaysia 'tercemar' akibat kleptokrat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia telah tercemar akibat kleptokrat.
2023 bukan tahun kejar bajet positif, perlu peruntukan lebih besar - Onn Hafiz
Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbangkan peruntukan Bajet 2023 yang lebih besar supaya dapat merangsangkan lebih banyak aktiviti ekonomi sekali gus membantu rakyat.
Bajet 2023 diharap akan memfokuskan sektor PKS - Wee Ka Siong
Bajet 2023 yang disemak semula diharap akan memberikan keutamaan kepada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus membantu usahawan sektor tersebut memulihkan ekonomi masing-masing.