KUALA LUMPUR: Syarikat di Malaysia dijangka memperuntukkan bajet gaji yang lebih tinggi pada 2023, sebahagian besarnya dipengaruhi oleh keadaan pasaran buruh yang kompetitif dan tekanan inflasi yang didorong oleh kenaikan kos sara hidup, menurut syarikat penasihat, broker dan penyelesaian global, WTW.
Berdasarkan Laporan Perancangan Bajet Gaji 2022, WTW berkata organisasi di Malaysia diunjurkan meningkatkan belanjawan mereka untuk gaji pekerja sebanyak lima peratus pada tahun ini.
Pengarah Urusan dan Ketua Perniagaan Ganjaran Pekerjaan untuk Asia Selatan, ASEAN dan Malaysia Tan Juan Jim berkata syarikat Malaysia telah memberi respons yang positif kepada trend bajet gaji global dengan meningkatkan belanjawan gaji mereka melalui pelbagai kaedah seperti mengoptimumkan jumlah ganjaran dan melaraskan kos.
"Syarikat mengambil pelbagai tindakan, termasuk meningkatkan pengalaman pekerja dan mengubah suai program pampasan mereka, untuk menangani isu kekurangan pekerja di Malaysia.
"Sebahagian syarikat turut membuat pelarasan kenaikan gaji yang lebih kerap (dan) malah, sebanyak 40 peratus daripada organisasi mempertimbangkan kenaikan gaji dua kali setahun untuk menarik dan mengekalkan pekerja," katanya kepada Bernama.
Tan berkata mengambil kira keadaan ekonomi seperti kadar inflasi semasa yang tinggi dan ketidakpastian mengenai tempoh ia akan berlarutan, turut memaksa syarikat untuk menilai semula strategi pekerja mereka.
Katanya banyak organisasi telah mengambil atau merancang untuk mengambil langkah bukan kewangan untuk meningkatkan pengalaman pekerja dan ini termasuk memberi keutamaan kepada kesejahteraan pekerja dengan memperkenalkan manfaat kesejahteraan baharu seperti perkhidmatan telekesihatan.
"Dengan risiko yang ketara dalam ekonomi tempatan, inflasi tinggi yang berterusan dan majikan yang bergelut dengan cabaran penawaran tenaga kerja, organisasi perlu lebih kreatif untuk menangani cabaran tarikan dan pengekalan.
"Misalnya, kemahiran teknologi maklumat antara yang paling dicari oleh syarikat pada masa ini dengan 71 peratus daripada organisasi dilaporkan mengalami masalah untuk mengekalkan dan menarik tenaga kerja digital," katanya.
Sehubungan itu, Tan berkata kemungkinan lebih berkesan untuk syarikat menggunakan faktor yang berbeza seperti kemahiran berfikir aras tinggi (HOT) dan model bayar untuk prestasi bagi menangani cabaran pasaran.
Mengulas lanjut mengenai kaji selidik itu, Pengarah Bersekutu Ganjaran dan Risikan Data WTW Malaysia Michael Ng Tze Kang berkata memandangkan ekonomi dijangka berkembang secara sederhana pada 2023, syarikat diunjurkan mengambil langkah tambahan dalam strategi pengekalan dan tarikan mereka berdasarkan perbincangan mengenai jangkaan kenaikan gaji median.
Beliau berkata pekerja di negara ini hanya akan mengalami kenaikan gaji sebenar sebanyak satu peratus, berdasarkan jangkaan kenaikan secara keseluruhan sebanyak lima peratus dan kadar inflasi empat peratus, meningkatkan sentimen bahawa gaji boleh dinaikkan lagi.
Berdasarkan data pampasan terkini, katanya dua pertiga daripada organisasi mengalami masalah untuk menarik dan mengekalkan pekerja, terutamanya dalam bidang digital, pengeluaran dan kejuruteraan.
"Sejak tiga tahun lepas, pekerja mendapati semakin sukar untuk mengekalkan pekerja dalam jangkaan 2023, serta daripada pandemik dan pelbagai ketidaktentuan dalam pasaran, majikan telah mempelajari cara baharu untuk menarik dan mengekalkan pekerja," katanya.
Ng berkata banyak syarikat akan menambah baik pakej pampasan pekerja mereka dengan menawarkan program kesejahteraan alternatif atau baharu untuk membantu memastikan mereka bermotivasi.
"Selain kenaikan gaji, lebih 60 peratus syarikat mengambil langkah bukan kewangan yang menawarkan lebih fleksibiliti di tempat kerja untuk menangani pasaran buruh yang kompetitif dan tekanan inflasi.
"(Inisiatif seperti) aturan kerja yang fleksibel akan membolehkan pekerja mengurangkan kos keseluruhan untuk berulang-alik ke tempat kerja," katanya.
Ng berkata pekerjaan berkaitan teknologi, iaitu pembangunan teknologi maklumat, digital dan keselamatan siber, merupakan pekerjaan utama yang mendapat permintaan dalam pelbagai industri.
"Sebanyak 10 pekerjaan utama yang mendapat permintaan termasuklah penganalisis perniagaan, jurutera data, saintis data, penganalisis data, jurutera pembelajaran mesin, jurutera risikan perniagaan, jurutera pangkalan data, penganalisis risikan perniagaan, penganalisis produk dan penganalisis risikan pelanggan.
"Terdapat 10 kemahiran utama yang mendapat permintaan iaitu SQL, Python, pelaporan teknikal, pembelajaran mesin, Apache Spark, pengurusan dokumentasi dan rekod, pemprosesan data raya, ekstrak, transformasi dan pemuatan (proses integrasi data), pengkomputeran awan dan tableau," katanya.
Ng berkata trend ini dijangka berterusan hingga 2023 berikutan ekonomi digital Malaysia yang berkembang walaupun pasaran buruh kekal terhad.
Oleh itu, katanya organisasi akan menukar tumpuan mereka kepada aspek pampasan lain, termasuklah bonus, faedah kesihatan dan peluang pembangunan kerjaya, kepada persekitaran kerja yang sihat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 07 2023

Selain kenaikan gaji, lebih 60 peratus syarikat mengambil langkah bukan kewangan yang menawarkan lebih fleksibiliti di tempat kerja. - Gambar hiasan

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.

Median upah bulanan sektor formal naik 4.9 peratus tahun ke tahun
Median upah bulanan pekerja sektor formal naik 4.9 peratus tahun ke tahun kepada RM2,900 pada Dis 2023.

Sektor swasta perlu ikut langkah kerajaan naik gaji pekerja - PM Anwar
Anwar menasihatkan sektor swasta untuk mengikut langkah yang sama dibuat kerajaan bagi menaikkan gaji pekerja mereka.

Bekas pembantu tadbir didakwa lakukan pengubahan wang haram, pecah amanah RM15 juta
Seorang bekas pembantu tadbir kewangan di JKM Sarawak didakwa di Mahkamah Sesyen atas 31 pertuduhan pengubahan wang haram dan tiga pertuduhan pecah amanah berjumlah RM15 juta.
![[KOLUMNIS] Langkah tepat memperkenalkan model gaji progresif [KOLUMNIS] Langkah tepat memperkenalkan model gaji progresif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683723195_TBCOVIDTOPGLOVE.jpg)
[KOLUMNIS] Langkah tepat memperkenalkan model gaji progresif
KAJIAN mendapati gaji atau upah menjadi salah satu antara penawar utama untuk mempercepatkan peralihan struktur ekonomi di Malaysia.

Bajet gaji untuk pekerja diunjurkan meningkat pada 2023 - WTW
Organisasi di Malaysia diunjurkan meningkatkan belanjawan mereka untuk gaji pekerja sebanyak lima peratus pada tahun ini.

Majikan disiasat bayar gaji tunai tanpa kerelaan pekerja
Tiga buah kilang diperiksa membabitkan 189 pekerja asing terdiri daripada Bangladesh, India, Nepal dan Myanmar.

Bajet 2022 Singapura: Kerajaan bantu biayai kenaikan gaji antara 2022 - 2026
Pembiayaan itu sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membantu peralihan sektor perniagaan kepada model gaji progresif.

Buat laporan polis palsu sebab habiskan gaji pekerja untuk judi
Lelaki itu mendakwa duit dan beg sandang berkenaan hilang namun tiada kesan pecah cermin pada kenderaan.

PEMULIH: Kerajaan laksana Program Subsidi Upah 4.0, tiada lagi syarat had gaji - PM
Kerajaan bersetuju melaksanakan Program Subsidi Upah (PSU) 4.0 dengan peruntukan sebanyak RM3.8 billion menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Bekas eksekutif dipenjara dua bulan, denda RM80,000 palsukan tuntutan gaji
Siti Aishah Mohamad Amir, 31 tahun, mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan membuat tuntutan gaji palsu antara 2018 dan 2019.