Bajet pendidikan bagi tahun hadapan dijangka ditumpukan bagi memperbaiki infrastruktur dan membaik pulih sekolah di samping pertingkatkan latihan kemahiran teknikal dan vokasional (TVET) di universiti.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata sejak kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih, lebih 10 peratus sekolah daif dapat diperbaiki dan dipulihkan.
"Setakat 2018, kita sudah boleh selesaikan 394 sekolah, itu telah melebihi sasaran 10 peratus sekolah daif sejak kita mengambil alih tampuk pemerintahan. Tahun hadapan, kita harap capai 50 peratus, melebihi tahun ini.
"Alhamdulillah, saya akan ikuti perkembangan ini secara dekat, saya akan pastikan para pelajar dapat belajar dengan selesa dan semua guru akan dapat mengajar dengan selesa. (Buat masa ini), kebanyakan pembaikpulihan sekolah daif adalah di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan Bas Harapan Johor di Simpang Renggam, di sini, hari ini.
Sementara itu, Maszlee berkata peruntukan bagi latihan dalam bidang TVET adalah kerana kerajaan mendapati mereka yang mempunyai kemahiran akan berpotensi mendapat kerja lebih baik.
"Cadangan bajet bagi kementerian itu telahpun diberikan kepada Kementerian Kewangan untuk pertimbangan. Kita akan memastikan bajet pendidikan tidak akan dipotong," kata beliau.
Maszlee berkata demikian ketika ditanya mengenai bajet 2019 untuk pendidikan.
Pembentangan Bajet 2019 di Parlimen dijangka awal November ini.
Ketika ditanya mengenai cadangan elaun khas untuk sara hidup bagi guru di Johor dan Selangor, beliau berkata pihaknya sedang membuat kertas cadangan mengenai perkara itu bagi mengatasi kekurangan guru yang kritikal di dua negeri itu.
"Saya sendiri mahukan perkara itu (elaun khas) berlaku kerana kita menghadapi kekurangan guru di kawasan-kawasan itu," kata beliau.
Maszlee, yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam, berkata Bas Harapan Johor adalah hadiah kepada penduduk Simpang Renggam dan Renggam berupa perkhidmatan bas percuma.
Laluan bas sepanjang 27.2 kilometer itu, bermula dari Hentian Bas Simpang Renggam dan melalui beberapa hentian dan berakhir di hentian bas yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 05 2018

Maszlee bergambar bersama penumpang ketika menaiki Bas Harapan selepas melancarkan perkhidmatan itu di Terminal Bas Simpang Renggam, hari ini. --fotoBernama
Pembuat seramik di Hebron perkenal produk baharu
Dalam usaha meningkatkan jualan sempena bulan suci Ramadan, seorang pembuat seramik di Hebron, Loai Ghaith menghidupkan semula perniagaan keluarganya dengan memperkenalkan produk dan reka bentuk baharu.
Kemelut kewangan buat GLC hati-hati melabur - Bront Palarae
Kemelut kewangan tahun lalu di negara ini membuatkan setiap syarikat berkaitan Kerajaan berhati-hati untuk melabur dalam bakat tempatan.
Farkhan kini di belakang tabir, lahirkan atlet tinju berkualiti
Pengerusi Persatuan Tinju Johor, Farkhan Haron kini fokus membangunkan bakat baharu dan memastikan Johor terus melahirkan atlet tinju berkualiti.
Teknologi bukan alasan untuk alpa dan lalai dalam ibadah
Pendakwah bebas dan pengacara, Izmir Fareez Norazlan berpendapatan masyarakat sudah tersalah guna teknologi, yang menyebabkan umat islam jadi semakin alpa ketika mahu beribadah
PM Anwar seru umat islam perkukuh ibadah dan takwa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di Malaysia untuk memperkukuh amal ibadah dan meningkatkan ketakwaan dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.
Peniaga dilarang guna akuarium ganti balang air - KKM
Peniaga termasuk di Bazar Ramadan, dilarang menggunakan peralatan yang pembuatannya bukan untuk tujuan penyimpanan atau penyediaan makanan, dalam mengendalikan bahan jualan mereka.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penyokong, penentang Presiden Korea Selatan berhimpun di Seoul
Lebih 60,000 penunjuk perasaan Korea Selatan termasuk penyokong dan penentang Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-Yeol mengadakan perhimpunan di Dataran Gwanghwamun pada Sabtu.

Nik Nazmi umum jawatan Naib Presiden PKR, Ketua Cabang Setiawangsa
Nik Nazmi Nik Ahmad malam ini mengumumkan akan mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR dan Ketua Cabang Setiawangsa dalam pemilihan parti itu yang dijadual pada 24 Mei.

COVID19: Elaun khas hanya untuk petugas penjagaan kesihatan yang layak - KKM
Elaun ini bukan untuk kesemua 252,765 kakitangan tetap dan lebih 40,000 petugas kontrak yang sedang berkhidmat dengan kementerian pada masa ini.

Kerajaan akan mudahkan proses permohonan elaun khas 'frontliners'
Kementerian Kewangan sedang bekerjasama dengan jabatan dan agensi berkaitan bagi memudahkan proses permohonan Elaun Petugas Barisan Hadapan.

Pakej PRIHATIN: Warga JKM juga perlu elaun khas - Dr Wan Azizah
Dr Wan Azizah dan Hannah anggap warga JKM juga layak terima bantuan itu kerana mereka turut menjalankan tugas penguatkuasaan.

COVID-19: Cuepacs harap elaun khas penjawat awam barisan hadapan diperluas
Presiden Cuepacs Adnan Mat berkata pelaksanaannya diharap dapat diperluaskan lagi kepada petugas yang bukan sahaja tertumpu di pintu masuk negara malah di pusat di mana pesakit COVID-19 dirawat.

COVID-19: Elaun khas RM400 pembakar semangat kepada petugas kesihatan
Pemberian elaun khas sebanyak RM400 sebulan kepada doktor dan petugas perubatan yang lain merupakan satu pengiktirafan terhadap mereka.

Kerajaan masih kaji secara terperinci elaun kritikal penjawat awam
Penyerahan kertas cadangan tersebut perlu dirujuk kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Bajet Pendidikan 2019 fokus baiki dan baikpulih sekolah dan pertingkat TVET
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata sejak kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih, lebih 10 peratus sekolah daif dapat diperbaiki dan dipulihkan.