KUALA LUMPUR: Menjelang 1 Syawal dalam masa hanya beberapa hari lagi, di samping biskut raya dan perhiasan rumah, ramai yang mungkin masih tercari-cari pakaian baharu untuk digayakan pada hari kemenangan selepas sebulan menjalani ibadah puasa.
Sejak bermula bulan Ramadan sehingga ke hari ini, isu baju raya mahal sama ada untuk lelaki mahupun perempuan terus menjadi bualan hangat dalam kalangan masyarakat terutama di media sosial.
Antara yang paling banyak diperkatakan adalah harga yang dikenakan tidak masuk akal, kualiti jahitan yang tidak kemas dan bahan kain yang mudah rosak. Semuanya ini membanjiri pasaran, sama ada di bazar jualan raya mahupun dalam pelbagai platform e-dagang.
Malah jenama terkenal juga mendapat tempias kritik sama apabila kualiti pakaian yang dijual dipertikaikan kerana tidak setanding dengan harga yang ditawarkan.
Tinjauan Bernama mendapati tempat tumpuan orang ramai khususnya golongan B40 membeli-belah persiapan hari raya di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Masjid India dijual pada harga yang agak mahal RM100 ke atas walaupun dijual hanya di bazar raya.
"Tahun ini memang terasa kenaikannya berbanding tiga tahun lepas. Memang nampak beza sebab setiap tahun saya akan membeli baju raya di Jalan TAR. Untuk tahun ini saya memilih untuk membeli baju raya dalam talian sahaja," kata Nur Nawwarah Abdullah, 18, yang sempat ditemu bual Bernama.
Pandangan sama dikongsi Nurul Atilah Shahrizal, 23, yang turut terkesan dengan kenaikan harga baju raya pada tahun ini.
Kenaikan berkenaan membuatkan pelajar universiti swasta ini tidak bersemangat untuk membuat persiapan raya kerana dilihat harga yang dijual di bazar raya tidak masuk akal dan amat membebankan.
"Saya rasa sepatutnya harga baju raya di Jalan TAR seharusnya mampu milik dan berpatutan tetapi apa yang saya lihat hampir kebanyakannya bermula RM100 ke atas," kata anak jati Kuala Lumpur ini.
Dekan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Mohamad Fazli Sabri ketika diminta mengulas isu ini mempunyai pandangan tersendiri mengapa harga baju raya di negara ini semakin meningkat saban tahun dan amat ketara berbanding tiga tahun lepas.
Beliau mengandaikan kenaikan peratusan harga sekitar 10 hingga ke 20 peratus selepas pandemik COVID-19 tiga tahun lepas yang melonjakkan kos sara hidup sehingga memaksa penjual baju raya turut menaikkan harga.
"Jika dibandingkan dengan kenaikan harga makanan, memang masuk akal peningkatan itu yang disebabkan oleh kesan peperangan antara Ukraine dan Rusia sehingga Malaysia turut merasai kos kenaikan import bahan makanan sehingga peniaga menaikkan harga jualan.
"Untuk baju raya, saya rasa punca kenaikan harga mungkin disebabkan bahan bekalan kain yang diimport serta kos lain seperti pengangkutan yang meningkat bukan sahaja di negara ini tetapi di seluruh dunia," katanya kepada Bernama.
Namun, beliau berpendapat, tiada keperluan untuk kerajaan mengawal harga baju raya, memandangkan ia bukanlah keperluan seperti makanan, malah pengguna masih lagi boleh meneruskan kehidupan seperti biasa sekiranya tidak membeli baju raya.
Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed, bagaimanapun menafikan kenaikan harga baju raya kerana bahan tekstil yang diimport ke Malaysia sedang mengalami penurunan harga.
Beliau memberitahu Bernama, kilang kain seperti di China dan Bangladesh tidak mengalami kenaikan harga disebabkan harga petroleum yang ketika ini turun turut memberi kesan kepada penurunan harga bahan tekstil.
Kenaikan atau penurunan harga petroleum turut memberi kesan kepada harga tekstil memandangkan kebanyakan fabrik yang digunakan ketika ini turut diperbuat daripada polimer yang berasaskan petroleum.
"Disebabkan itulah Jakel mampu menawarkan harga murah dan berpatutan kepada rakyat Malaysia tahun ini," katanya menambah, syarikatnya juga turut menawarkan baju raya Rahmah untuk memberikan peluang kepada golongan B40 membeli baju raya.
Faktor lain yang membolehkan syarikatnya menawarkan baju raya Rahmah serendah RM148 untuk baju Melayu lelaki berbanding harga sebelumnya RM258 ke atas adalah disebabkan pembelian secara pukal.
Selain Jakel, terdapat beberapa butik jenama terkenal seperti Sabella turut menyertai inisiatif yang digerakkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi meringankan bebanan rakyat terutama golongan memerlukan.
Sementara itu, Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Nur Asyikin Aminuddin berpandangan, pengguna seharusnya tidak mengikut trend baju raya sehingga terpaksa membelanjakan wang begitu banyak hanya semata-mata untuk sepasang baju.
"Murah tidak semestinya tidak berkualiti dan mahal tidak semestinya berkualiti tinggi. Oleh itu, pengguna haruslah pandai membuat perancangan dalam perbelanjaan.
"Pengguna juga perlulah cakna dan waspada penjualan baju dalam talian kerana ada yang menyamar sebagai scammer dan menjual baju raya yang berjenama dengan harga murah tetapi kemudian akan menghilangkan diri atau mencari pelbagai alasan selepas menerima duit daripada mangsa," katanya.
Scammer penjualan baju raya murah dilaporkan semakin berleluasa tahun demi tahun sehingga mengakibatkan pengguna terpedaya dengan harga ditawarkan.
Malah, sebanyak RM121,488 kerugian direkodkan bagi tempoh sembilan tahun sejak tahun 2014 hingga 2022 untuk kes penipuan beli baju raya.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din dipetik berkata, tidak dinafikan scammer mengambil peluang untuk menipu terutama sekali melibatkan pembelian secara dalam talian.
Isu penipuan baju raya mendapat perhatian meluas apabila Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) turut berkongsikan taktik penipuan pembelian baju raya, antaranya, scammer akan membuat akaun palsu di media sosial sebelum menawarkan dengan harga promo serta murah.
Mangsa yang tertarik kemudian akan membuat transaksi ke akaun individu dan apabila tidak menerima parcel, mangsa kemudian menghubungi pihak terbabit sebelum dimaklumkan ada sekatan penghantaran. Scammer akan meminta mangsa membuat bayaran tambahan dan menjanjikan pulangan wang selepas parcel diterima.
Hakikatnya, semuanya berbalik kepada diri sendiri kerana pelbagai pilihan ada sekiranya mereka ingin memiliki baju raya. Jika tidak mampu membeli baju baharu, bolehah membeli baju terpakai yang harganya lebih murah atau mengenakan sahaja baju raya sebelum ini.
Dalam suasana gembira meraikan kedatangan 1 Syawal, pengguna masih perlu bijak untuk membezakan yang mana keperluan dan yang mana kehendak hawa nafsu.
Gaji awal yang diterima bukan untuk sakan berbelanja, bagi mengelakkan daripada dibebani kesempitan wang apatah lagi hutang kerana masih ada pelbagai perbelanjaan lain diperlukan sama ada ketika perayaan ataupun selepas itu. - BERNAMA
Bernama
Tue Apr 18 2023

Sejak bermula bulan Ramadan sehingga ke hari ini, isu baju raya mahal sama ada untuk lelaki mahupun perempuan terus menjadi bualan hangat dalam kalangan masyarakat terutama di media sosial. - Gambar fail BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

“Nak beli baju raya? Rancang kewangan terlebih dahulu!” - Pakar
Boleh bergaya tapi jangan terjebak dengan hutang, nasihat Ketua Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya.

Tiada peruntukan, Syed Saddiq akui terpaksa jadi model baju raya
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui terpaksa menjadi model baju raya sebuah jenama fesyen disebabkan keengganan kerajaan memberikan peruntukan.

Beraya di Rembau dan Perlis, Fasha Sandha ada 45 pasang baju raya
Pelakon Fasha Sandha memberitahu dia sudah mempunyai 45 pasang baju raya untuk digayakan sempena Aidilfitri.

Gaya klasik kontemporari, minimalis pilihan Syawal 2024
Berbaki lebih kurang seminggu sahaja lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri dan sudah pastinya kaum ibu antara yang paling sibuk dalam menyiapkan segala kelengkapan.

“Tak sangka Allah beri saya peluang bantu” - Siti Nurhaliza sebak bercerita baju raya anak Gaza
Penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak dapat menahan sebak apabila terkenang mengenai keadaan nasib anak-anak di Palestin.

Mat rempit lengkap berbaju raya antara ditahan
Tujuh motosikal disita manakala 20 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Op Samseng Jalanan yang dilaksanakan sekitar Daerah Barat Daya, pada Sabtu.

Baju raya mahal: Keperluan atau kehendak nafsu?
Murah tidak semestinya tidak berkualiti dan mahal tidak semestinya berkualiti tinggi.

'Nak sayang adik sepenuhnya' - Anak terkilan tak sempat pakai baju raya sedondon
Itu antara luahan anak wanita yang mati dipercayai dibunuh kejam suaminya dalam kejadian di Kampung Besol

45 anak yatim, asnaf teruja dapat beli baju raya baharu
Mereka diberikan kebebasan untuk memilih baju Melayu beserta samping dan songkok bernilai RM120 setiap seorang.

Upah jahit baju raya naik RM5 hingga RM20
Mohamad Firdaus Mohmad Bakari berkata, kira-kira 200 pasang baju raya tempahan diterima bermula November tahun lalu hingga awal Mac ini.