PENYANYI, Hasnol Hassan Ariff, 52, tidak menolak salah satu punca perceraian dia dan isteri Marina Mohin adalah kerana masalah ekonomi dirinya sebagai ketua keluarga.
Bekas Bintang Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) itu mendedahkan lapan tahun dulu dia pernah dinasihatkan untuk melepaskan isterinya jika ekonomi dirinya tidak kukuh.
“Dari hasil kaunseling itu... jujurnya, saya dinasihatkan, jika ekonomi saya masih tak dapat diperbaiki...Maka, jatuh lah hukum sunat untuk melepaskan isteri.
“Saya tahu sepatutnya saya sebagai seorang ketua keluarga dan suami, seharusnya ada kekuatan ekonomi untuk memberi nafkah pada anak-anak dan isteri.
“Justeru saya tak mahu menyeksa hidup isteri yang terpaksa memegang teraju rumahtangga kerana saya tak dapat melakukan tanggungjawab sebagai suami dengan sempurna,” katanya kepada Astro Gempak.
Penyanyi yang popular dengan lagu Laguku Untukmu itu diuhubungi Gempak menerusi aplikasi Whatsapp selepas dia mengesahkan bakal ke Mahkamah Syariah Bangi, Selangor esok pada Khamis untuk proses penceraian dengan isterinya pada sebuah portal media sebelum ini.
Selain itu, Hasnol juga akui punca rumah tangga mereka yang dibina sejak 12 tahun dahulu itu terpaksa diakhir kerana tidak sehaluan, sepakat selain tiada keserasian.
Dalam pada itu, mengulas mengenai isu sebelum ini dia mendakwa isterinya suka ke arah populariti, Hasnol akui tiada niat mengaibkannya.
“Mungkin ia disalahkan ertikan. Ya isteri saya memang ada sedikit kemahuan dalam meraih tempat di hati pengikut-pengikutnya dan peminat saya juga tapi secara jujurnya tidak keterlaluan.
“Sebaliknya dialah orang yang sentiasa berada di samping saya dari susah dan senang serta tidak seperti yang digambarkan,” jelasnya.
Walau bagaimanapun, Hasnol memberitahu dia sudah serik untuk berumah tangga lagi dan mahu memberi tumpuan kepada kerjaya dan ibunya.
“Saya serik hendak berkahwin lagi. Selepas ini saya akan cuba memperbaiki diri serta mengambil peluang menjaga ibu saya.
“Dari situlah barulah saya akan cuba mengorak langkah semula. Buat masa sekarang lebih baik saya fokus pada kekurangan diri dan saya tak mahu melantunkan kesalahan atau kesilapan saya kepada dia,” luahnya lagi.
Hasnol yang berkahwin dengan Marina pada 2010 dan mempunyai seorang anak iaitu Haneesa Maisara yang kini berumur 11 tahun.
Menerusi perkahwinan pertama dengan bekas isteri, Akhmarzuraikha Salleh, 52, dia dikurniakan tiga anak iaitu Aqeef Hayyat, 27, Aqeef Hilman, 24 dan Hanna Aeesya, 18 tahun.
Pada 2015 sebuah portal hiburan melaporkan rumah tangga pasangan ini yang bergolak pada awal tahun itu kembali pulih seperti sedia kala.
Ia berikutan mereka sepakat untuk menyelesaikan kemelut yang dialami secara baik dan memulakan kehidupan baharu. -- Gempak
Gempak
Wed Oct 05 2022
Hasnol yang berkahwin dengan Marina pada 2010 dan mempunyai seorang anak iaitu Haneesa Maisara yang kini berumur 11 tahun. - Gempak
UEL: Manchester United lakar lima kemenangan berturut-turut
The Red Devils bangkit selepas 45 minit pertama dengan Dalot mudah menolak masuk bola hasil hantaran lintang daripada Mainoo pada minit ke-60.
KKDW peruntuk RM28 juta naik taraf jalan raya di Sungai Burung
Peruntukan itu diberikan kerana lokasi berkenaan merupakan tempat pelancongan menarik dan menjadi tumpuan orang ramai.
Messi sasar Piala Dunia 2026, kata jurulatih Argentina, Lionel Scaloni
Messi dan rakan-rakannya sedar masih ada masa yang munasabah dan mereka semua bersemangat untuk bermain di Piala Dunia.
Kelab bola sepak belanja RM37.7 bilion untuk pemindahan antarabangsa pada 2024 - Kajian FIFA
Jumlah ini merupakan perbelanjaan kedua tertinggi selepas rekod tahun 2023, apabila kelab membelanjakan AS$9.63 bilion (RM42.2 bilion).
Mangsa banjir di Sarawak hampiri 10,000 orang
Sehingga 7 pagi tadi, jumlah PPS aktif terus meningkat kepada 57 dengan mangsa banjir kini mencecah 9,780 orang daripada 2,767 keluarga.
Lebuhraya WISE berpotensi jana ekonomi, kurangkan kesesakan di Terowong Menora
Jajaran WISE akan menjadi laluan alternatif yang lebih selesa bagi pengguna jalan raya dari utara yang ingin bercuti di Perak.
Bantuan banjir perlu menerusi jawatankuasa pengurusan bencana
Menurut menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat datuk seri nancy shukri perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan, lebih-lebih lagi kawasan yang terputus hubungan.
Hamas sahkan ketua tenteranya, Mohammed Deif maut dibunuh Israel
Tentera Israel sebelum ini mengakui, mereka telah membunuh Deif dalam serangan udara pada Julai lalu, namun, Hamas hanya mengesahkan kematiannya semalam.
Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan
Maahad tahfiz dinasihatkan berdaftar dengan kerajaan negeri supaya tidak tercicir dari segi bantuan termasuk naik taraf kemudahan.
9 negara, termasuk Malaysia, akan berhimpun di The Hague
Sembilan negara, termasuk Malaysia, akan bersidang di The Hague bagi membincangkan komitmen bersama dalam menegakkan undang-undang antarabangsa, menangani ancaman terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mempertahankan hak rakyat Palestin.
Bakal bercerai, penyanyi Hasnol tak tolak masalah kewangan punca kemelut
Penyanyi, Hasnol tidak menolak salah satu punca perceraian dia dan isteri Marina Mohin adalah kerana masalah ekonomi dirinya sebagai ketua keluarga.
Demam jejas persembahan, Hasnol peserta sulung meninggalkan GegarVaganza
Hasnol peserta pertama meninggalkan pentas Gegar Vaganza pada minggu kedua, bertemakan 'Idola' yang disiarkan sebentar tadi (Ahad).