KUALA LUMPUR: Kursus praperkahwinan yang tidak wajib dihadiri bakal pengantin hanyalah yang dikendali Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga dan Negara (LPPKN).
Sebaliknya, kursus praperkahwinan di bawah Jabatan Agama Islam negeri masing-masing pula masih wajib dihadiri, tegas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.
“Kursus kahwin (anjuran Jabatan Agama Islam negeri) masih wajib… yang tidak wajib hanya kursus praperkahwinan di bawah (kendalian) LPPKN sahaja,” tegas Nancy kepada pemberita ketika ditemui pada majlis penutup Asia Venture Philanthropy Network (AVPN) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjelaskan salah faham segelintir pihak yang beranggapan kursus praperkahwinan bagi bakal pengantin beragama Islam tidak lagi wajib.
Salah faham itu tercetus selepas Nancy pada Selasa lalu memaklumkan, kerajaan tidak akan mewajibkan pasangan yang mahu berkahwin di negara ini untuk menghadiri kursus praperkahwinan.
Ini kerana, jelas Nancy, kursus berkenaan dianjurkan secara sukarela kepada pasangan pelbagai bangsa dan terpulang kepada mereka sama ada untuk menghadiri atau sebaliknya
“Biar saya jelaskan di sini, selaku menteri, LPPKN merupakan agensi di bawah kementerian saya.
“Saya hanya boleh bercakap mewakili kementerian saya sahaja berhubung kursus praperkahwinan yang dianjurkan di bawah kementerian sejak beberapa tahun lalu.
“Kursus praperkahwinan di bawah Jabatan Agama Islam negeri masing-masing masih wajib hadir,” katanya.
Tambah beliau, kenyataan itu mewakili kursus praperkahwinan di bawah dikendali Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga dan Negara (LPPKN) sejak beberapa tahun lalu.
Faida Rahim
Thu Jun 22 2023
Kursus praperkahwinan yang tidak wajib dihadiri bakal pengantin hanyalah yang dikendali Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga dan Negara, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
Toyota kekal peneraju pengeluar kereta terbesar dunia pada 2024
Toyota Motor Corp mengekalkan gelaran sebagai pengeluar kereta terbesar dunia berdasarkan jumlah jualan untuk tahun kelima berturut-turut pada 2024, didorong oleh permintaan kukuh bagi kenderaan hibrid, menurut data yang dikeluarkan pada Khamis.
Masjid, surau di Sarawak diarah laksana solat hajat bencana banjir selepas Jumaat
Solat ini bertujuan memohon kesejahteraan mangsa banjir serta agar bencana tersebut segera diangkat.
Pemulihan ekonomi Palestin melalui Bandar Wakaf Gaza
Projek Bandar Wakaf Malaysia di Gaza yang bakal dilancarkan selepas Ramadan ini bakal menjadi model pertama pembangunan wakaf Malaysia di Palestin sekali gus memperlihatkan bukti solidariti negara terhadap rakyat Palestin.
Bakal pengantin masih wajib hadir kursus praperkahwinan - Nancy
Kursus praperkahwinan oleh LPPKN adalah sukarela, sebaliknya, anjuran Jabatan Agama Islam negeri masih wajib dihadiri bakal pengantin.
KPWKM kaji wajib kursus praperkahwinan pasangan bukan Islam
KPWKM dalam proses menyediakan kertas cadangan bagi penubuhan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji kebolehlaksanaan mewajibkan kursus praperkahwinan kepada pasangan bukan Islam.
Pilihan kursus praperkahwinan secara dalam talian mulai 1 Julai - JAWI
Bakal pengantin akan diberi pilihan sama ada menghadiri kursus secara fizikal atau dalam talian bagi menyokong amalan penjarakan sosial dan mengelak perhimpunan ramai.