KUALA LUMPUR: Barisan kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sentiasa bekerja keras untuk melahirkan jaguh perseorangan lelaki negara seterusnya, yang mampu memberi cabaran di peringkat antarabangsa.
Pengarah Kejurulatihan Perseorangan BAM Wong Choong Hann berkata pihaknya juga sentiasa bekerjasama rapat dengan Pengarah Pembangunan Remaja Datuk Misbun Sidek, dalam menjayakan misi itu.
"Kami selalu bekerjasama dan membincangkan strategi untuk mempercepatkan proses pembagunan pemain. Walaupun kami ada fokus yang tersendiri, namun kami ada buat latihan bersama yang dijalankan secara dalaman.
"Ia sebahagian daripada proses, dan memang keputusan akhir masih belum dapat dilihat. Namun ia sesuatu yang giat lakukan secara berterusan," katanya ketika ditemui pemberita ketika separuh akhir kejohanan Terbuka Malaysia di Arena Axiata, hari ini.
Dengan lapan pemain perseorangan muda berada di bawah naungan BAM buat masa ini, hanya Ng Tze Yong, 22, dilihat sebagai pemain yang mampu menjadi sandaran utama negara.
Namun, beliau belum sampai ke tahap untuk mengantikan Lee Zii Jia, yang meninggalkan BAM untuk menjadi pemain profesional pada Februari lepas.
Sebelum ini, Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria meminta barisan kejurulatihan supaya melahirkan lebih banyak jaguh perseorangan lelaki yang mampu mencabar pingat di kejohanan utama, serta mengurangkan kebergantungan kepada Zii Jia.
Choong Hann berkata antara pemain muda di bawah kendalian Misbun yang menarik perhatian pihaknya buat masa ini adalah Justin Hoh, yang menjuarai di Terbuka Bonn dan Croatia baru-baru ini.
"Justin menunjukkan komitmen dan tahap konsisten yang tinggi dalam sesi latihan sejak terpilih ke Akademi Badminton Malaysia, begitu juga cintanya terhadap sukan ini. Ia diterjemahkan dalam beberapa kejohanan yang dia sertai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 02 2022
Choong Hann berkata pihaknya juga sentiasa bekerjasama rapat dengan Pengarah Pembangunan Remaja Datuk Misbun Sidek, dalam menjayakan misi itu. - Gambar/ Bernama
Cadangan penutupan jalan secara kekal di Banda Hilir masih di peringkat kajian
Cadangan penutupan jalan secara kekal di kawasan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir di sini, masih di peringkat kajian.
Dua beranak parah ditikam, disamun pekerja sendiri
Lelaki berusia 50 tahun dan anak lelakinya berusia 23 tahun dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk rawatan lanjut.
Herry perlu masa tingkatkan prestasi Khai Xing-Aaron
Herry IP menyifatkan pasangan muda negara itu memiliki kualiti permainan yang agak bagus ketika ini.
Ungku Attufayl Adl nama pilihan untuk anak ketiga Jihan Muse
Nama unik anak ketiga Jihan Muse dan Ungku Hariz jadi perhatian.
Amaran White House: Tarif akan dinaikkan jika Mexico, Kanada atau China bertindak balas
Perintah eksekutif ini boleh memburukkan lagi kebimbangan mengenai perang perdagangan.
UFC: Nassourdine Imavov cipta kejutan tumbangkan Israel Adesanya dalam pusingan kedua
Keputusan itu juga menyaksikan rekod kekalahan Adesanya dalam kategori middleweight berpanjangan kepada tiga perlawanan berturut-turut.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [2 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Perkembangan banjir di Borneo
- Sidang Parlimen dibuka esok, titah Agong tumpuan utama
- Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
#AWANIpagi #AWANInews
- Perkembangan banjir di Borneo
- Sidang Parlimen dibuka esok, titah Agong tumpuan utama
- Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
#AWANIpagi #AWANInews
Polis pukul pemilik kolam selepas ditegur jangan memancing
Satu laporan polis telah di buat di balai polis Takalar. Polis kini sedang menyiasat berhubung insiden tersebut.
Hapus LGBT: AS mula pelaksanaan iktiraf hanya dua jantina
Penghapusan itu termasuk memaparkan bendera LGBT serta berkaitan dengan golongan itu.
Arteta tak kisah sindiran 'stay humble' Haaland
Arteta turut menegaskan bahawa hubungannya dengan Pep Guardiola tetap positif.
Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi tidak berhasrat untuk memecah gandingan sedia ada buat masa ini.
Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.
Tiada unsur jenayah dalam kes pegawai tinggi BAM - Azam Baki
Satu laporan lengkap berhubung siasatan akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.
Herry Iman ketua jurulatih beregu lelaki negara - BAM
Teka-teki mengenai ketua jurulatih beregu lelaki terjawab hari ini selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan Herry Iman Pierngadi membimbing skuad kebangsaan berkuat kuasa 1 Feb ini.
Kurang cergas punca Pearly-Thinaah tersingkir awal - Rexy
Rexy Mainaky mengakui keadaan pemain beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah yang tidak cukup cergas menjadi punca mereka tersingkir awal di Terbuka Malaysia 2025.
BAM tidak lagi mahu dengar alasan pemain - Subramaniam
BAM telah melaburkan sejumlah wang yang besar untuk membayar jurulatih berkualiti tinggi serta pemain.
BAM nafi tuduhan Megat D Shahriman
Goh menyifatkan tuduhan itu tidak munasabah dan menegaskan BAM bukan antara persatuan yang 'mencabar' kedudukan AGM MPM.
BAM muktamadkan pengganti Bin Shen dua minggu lagi
BAM sedang meneliti beberapa calon termasuk jurulatih tempatan bagi menggantikan Tan Bin Shen.
Kesetiaan kriteria utama dalam mencari ketua jurulatih beregu lelaki negara - Subramaniam
Mereka memerlukan seseorang yang mempunyai disiplin tinggi dan berdedikasi untuk membawa pemain badminton negara ke tahap lebih tinggi.
Jurulatih baharu: Kami beri cadangan namun terserah pada BAM - Aaron
Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengakui sudah mengemukakan beberapa calon ketua jurulatih beregu lelaki baharu kepada BAM bagi menggantikan Tan Bin Shen.