BAGAN SERAI: Penduduk tiga buah kampung di mukim Beriah, Alor Pongsu dinasihatkan agar bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir disebabkan ban Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Sungai Beriah telah pecah hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat, berkata kejadian ban pecah itu yang disedari penduduk sekitar jam 8 pagi, dijangka memberi kesan buruk kepada tiga buah kampung, jika tiada tindakan segera.
Menurutnya, kampung-kampung itu ialah Kampung Batu 6 1/2, Kampung Matang Pasir Beriah dan Kampung Tebuk Jawa Matang Pasir.
Susulan kejadian tersebut, beliau memberitahu, kerajaan negeri dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah dimaklumkan dan tindakan segera akan diambil.
"Buat masa ini pihak JPS telah membuat pemantauan dan akan mengambil tindakan segera bagi membaik pulih ban yang pecah itu,” katanya ketika meninjau lokasi kejadian di sini.
Hadir sama ialah Pengarah JPS Perak, Ir Baharuddin Abdullah, Jurutera JPS Kerian, Ir Amphai Eebau dan ADUN Selinsing, Mohamad Noor Dawoo.
Beliau berkata, pihak berkuasa juga bercadang untuk membuka satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu sekiranya keadaan menjadi buruk.
Pada masa sama, beliau menasihatkan penduduk agar bersedia dan menyelamatkan barangan berharga bagi menghadapi sebarang kemungkinan kerana saiz ban yang pecah agak lebar.
Bagaimanapun, Sham berharap pihak JPS dapat membaik pulih ban yang pecah itu dalam kadar segera agar kejadian banjir besar seperti yang berlaku pada tahun 2003 tidak berulang.
Sementara itu, Baharuddin berkata pihak JPS akan meletakkan batu bersaiz besar di ban yang pecah bagi menghalang dan mengurangkan kelajuan air.
"Ini merupakan langkah awal untuk mengelakkan ban sedia ada terus rebak selain mengelakkan air dari terus melimpah ke kawasan penduduk,” ujarnya.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Aug 20 2021
![Ban pecah: Penduduk 3 kampung di mukim Beriah, Alor Pongsu dinasihat berjaga-jaga Ban pecah: Penduduk 3 kampung di mukim Beriah, Alor Pongsu dinasihat berjaga-jaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61629466463_banpecahAlorPon.jpg)
Penduduk tiga buah kampung di mukim Beriah, Alor Pongsu dinasihatkan agar bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir. - Foto Astro AWANI
Menteri Luar ASEAN tegaskan sokongan terhadap hak Palestin
Menteri-menteri Luar ASEAN menegaskan sokongan berterusan terhadap hak rakyat Palestin yang tidak boleh dinafikan, termasuk hak menentukan nasib sendiri serta tanah air mereka.
Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Malaysia selaku pengerusi ASEAN mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai Rakan Dialog ASEAN.
Brazil tidak mahu mula perang dagang dengan Amerika Syarikat
Menteri Hubungan Institusi Brazil, Alexandre Padilha berkata, negaranya sentiasa komited untuk mengukuhkan perdagangan bebas di peringkat global.
Tarif terhadap keluli Mexico tidak munasabah
Menteri Ekonomi Mexico, Marcelo Ebrard berkata, negaranya mengimport lebih banyak keluli dari Amerika Syarikat berbanding mengeksport komoditi itu.
![Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739353845_KementerianPengajia.jpg)
Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT
Program Jom Masuk U 2025 (JMU 2025) bakal memulakan siri jelajah ke 10 zon di seluruh negara bermula pada 22 Feb hingga 18 Mei depan.
Harga minyak mentah menurun susulan lebihan simpanan di AS
Harga komoditi itu turut menerima tekanan menurun akibat kebimbangan mengenai tarif perdagangan yang dilaksanakan pentadbiran Presiden Donald Trump.
Sarawak mesti berkuasa dalam pengagihan sumber minyak dan gas - Abang Jo
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini walaupun kerajaan negeri telah bersetuju untuk mengiktiraf Akta Pembangunan Petroleum Malaysia 1974 yang memberikan kuasa itu kepada Petronas sebelum ini.
Perdagangan Malaysia melonjak 5.5 peratus pada 2024
Perdagangan borong dan runcit negara meningkat kepada RM1.77 trilion tahun lalu, didorong oleh permintaan kukuh, kestabilan persekitaran ekonomi dan aktiviti pelancongan yang meningkat.
Pengambilalihan muktamad, Maswings kini dikenali AirBorneo
Entiti baharu penerbangan Sarawak yang diambil alih daripada Maswings Sdn Bhd akan dikenali sebagai AirBorneo.
Premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bersedia untuk mengadakan sesi pendengaran awam berhubung kenaikan premium insurans kesihatan/takaful, dan caj hospital swasta.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
![Ban pecah di 12 kawasan di Bagan Datuk, perlu peruntukan besar untuk diperbaiki Ban pecah di 12 kawasan di Bagan Datuk, perlu peruntukan besar untuk diperbaiki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728222918_TBZAHID.jpg)
Ban pecah di 12 kawasan di Bagan Datuk, perlu peruntukan besar untuk diperbaiki
Baik pulih ban pecah di 12 kawasan di Bagan Datuk memerlukan kos yang tinggi iaitu sekurang-kurangnya 10 juta bagi setiap ban, kata Ahmad Zahid.
![Ban Sungai Langat pecah punca banjir kilat di Kajang Ban Sungai Langat pecah punca banjir kilat di Kajang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715330240_banjirkilatjpg.jpg)
Ban Sungai Langat pecah punca banjir kilat di Kajang
Ban Sungai Langat pecah dikenal pasti antara punca kejadian banjir kilat di beberapa kawasan rendah di Kajang pada Rabu lalu.
![Ban pecah punca banjir termenung di Hilir Perak - Saarani Ban pecah punca banjir termenung di Hilir Perak - Saarani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700053274_mangsabanjirHilir.jpg)
Ban pecah punca banjir termenung di Hilir Perak - Saarani
Banjir termenung di Hilir Perak sejak 23 Okt lepas berpunca daripada ban yang dibina di bawah Rancangan Tebatan Banjir (RBT) pecah di Kampung Batu 9 dan Batu 10, Changkat Jong.
![Banjir: Ban tanah pecah, penduduk damba penyelesaian mampan Banjir: Ban tanah pecah, penduduk damba penyelesaian mampan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668665648_TBDENGKILBANJIR.jpg)
Banjir: Ban tanah pecah, penduduk damba penyelesaian mampan
Penduduk tak mahu sekadar diberi bantuan makanan setiap kali berlaku banjir, tapi perlu cari penyelesaian supaya masalah itu dapat dibendung.
![Baik pulih ban pecah siap, tiada limpahan air pasang di Tanjong Karang Baik pulih ban pecah siap, tiada limpahan air pasang di Tanjong Karang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81667915479_TBBANJIRKUALASELANGO.jpg)
Baik pulih ban pecah siap, tiada limpahan air pasang di Tanjong Karang
Kerja pembaikan dan pengukuhan ban pecah yang menyebabkan banjir di Tanjong Karang, Ahad lepas, berjaya disiapkan hari sama.
![Ban pecah, Tanjong Karang dinaiki air sedalam 1 meter Ban pecah, Tanjong Karang dinaiki air sedalam 1 meter](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51667695213_TBBANJIRKUALASELANGO.jpg)
Ban pecah, Tanjong Karang dinaiki air sedalam 1 meter
Sebuah jentera bersama anggota dan bot dari Balai Bomba Tanjong Karang dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan awal pagi ini.
![Ban Tanjong Karang ditambah baik, diluaskan lagi 10 meter Ban Tanjong Karang ditambah baik, diluaskan lagi 10 meter](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61665632025_BaikPulihBan.jpg)
Ban Tanjong Karang ditambah baik, diluaskan lagi 10 meter
Ban sepanjang 15 meter pecah akibat hakisan selekoh sungai dan tekanan air pasang besar hingga menyebabkan banjir sekitar pekan.
![Bomba Selangor siap siaga hadapi fenomena air pasang besar Bomba Selangor siap siaga hadapi fenomena air pasang besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71665534789_AIRPASANG.jpg)
Bomba Selangor siap siaga hadapi fenomena air pasang besar
Pihaknya akan memastikan pemantauan di sebelah pagi dan petang dibuat terutamanya di beberapa lokasi titik panas sepanjang tempoh itu.
![Dua ban pecah di Tanjong Karang Dua ban pecah di Tanjong Karang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41665456067_TBbanpecahjpg.jpg)
Dua ban pecah di Tanjong Karang
Dua lokasi yang terjejas adalah Pekan Tanjong Karang dan Jalan Masjid Baroh.
![Ban pecah: 30 rumah di Mukim Sungai Durian terjejas Ban pecah: 30 rumah di Mukim Sungai Durian terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81653014131_banpecahmukimsun.jpg)
Ban pecah: 30 rumah di Mukim Sungai Durian terjejas
Dua kampung yang terjejas ialah Kampung Sungai Durian dan Kampung Selat Masjid.