KUALA LUMPUR:Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) secara dalam talian atau 'e-Census' yang dilaksanakan sejak 7 Julai hingga 26 Okt lepas merekodkan sekitar 4.5 juta penduduk atau 13.4 peratus daripada 32.7 juta rakyat Malaysia yang telah dibanci.
Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata antara negeri yang merekodkan bancian tertinggi ialah Wilayah Persekutuan Putrajaya, Perak dan Selangor manakala Sabah serta negeri di Pantai Timur masih berada di jajaran bawah daripada 10 peratus.
"Penerimaan (banci) pada hari ini lebih kurang 50,000 tetapi unjuran kita adalah sekitar 80,000 hingga 90,000 penerimaan harian supaya kita boleh capai 40 hingga 50 peratus penerimaan e-Census ini," katanya ketika ditemu bual dalam program Ruang Bicara Bernama TV bertajuk Banci 2020: Norma Baharu malam tadi.
Beliau berkata antara kekangan pelaksanaan e-Census yang disuarakan masyarakat ialah penerimaan kod pengisian dan soalan yang dianggap tidak relevan bagi sesetengah pihak.
"Macam isu kesukaran mendapatkan kod pengisian, apa yang kita lakukan di Jabatan Perangkaan ialah kita telah senaraikan seluruh tempat kediaman di Malaysia iaitu sembilan juta tetapi apabila sistem menerima maklumat dari segi alamat yang diisi, proses padanan itu mengambil masa sehingga tiga hari kerana apa yang ada dalam sistem dan apa yang diisi orang ramai adalah berbeza.
"Jadi apa yang kita lakukan ialah anggota di lapangan atau di negeri akan bantu orang ramai dengan adakan klinik e-Census bersama komuniti Rukun Tetangga dengan bergerak secara menyeluruh sebelum ini tetapi kini kita bergerak hanya di zon hijau melihat kepada penularan kes COVID-19," katanya.
Mohd Uzir juga berkata soalan yang dikemukakan dalam Banci 2020 bukanlah daripada Jabatan Perangkaan Malaysia sebaliknya adalah daripada pelbagai kementerian, agensi dan pihak swasta yang memerlukan maklumat untuk pelaksanaan dasar awam serta perancangan pembangunan negara.
"Jika dibandingkan pada tahun 2010, soalan hanya 50 sahaja (namun) kali ini, sebanyak 108 soalan, soalan banci ini bukan untuk orang tertentu tetapi ia adalah menyeluruh untuk 32.7 juta rakyat Malaysia, mungkin ada soalan yang tidak relevan untuk sesetengah penduduk di bandar, misalnya mengenai kemudahan elektrik, air, pengangkutan dan sebagainya.
"Tetapi untuk penduduk di luar bandar, ia mungkin bermakna kerana dari situlah kerajaan dapat tambah baik dan tahu ke mana peruntukan kerajaan dapat disalurkan... mungkin ini perlu diterangkan dan dikemukakan di media sosial," katanya.
Mengulas fasa kedua banci yang dijadualkan semula pada 20 Jan depan berikutan penularan COVID-19, Mohd Uzir berkata ia akan dilaksanakan selepas mengambil kira nasihat Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.
"Fasa kedua, iaitu secara bersemuka, sebelum ini dirancang pada 7 hingga 24 Okt tetapi telah dijadual semula... kita harap jika tiada halangan, kita akan bergerak pada 20 Jan depan tetapi pada masa sama, apa juga keputusan dan apa yang perlu dilaksanakan, penekanan kita lebih kepada aspek keselamatan dalam suasana norma baharu termasuk mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 28 2020

Pelaksanaan fasa pertama e-Census bersifat mesra teknologi dan bertepatan dengan keadaan semasa negara yang masih berdepan dengan ancaman COVID-19. - Gambar hiasan
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Lebih 68 peratus penduduk Malaysia telah dibanci
Seramai 22.5 juta atau 68.8 peratus daripada 32.7 juta penduduk Malaysia telah dibanci menerusi Operasi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci Malaysia 2020).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Aantara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Hanya 30.4 peratus rakyat Malaysia sertai Banci, didahului Putrajaya, Johor dan Perlis - Dr Uzir
22.7 juta penduduk, atau 69.4 peratus daripada 32.7 juta penduduk Malaysia, masih belum memberi respons kepada Banci Malaysia 2020.

Banci 2020: Sejumlah 4.5 juta penduduk telah dibanci melalui e-Census
Antara negeri yang merekodkan bancian tertinggi ialah Wilayah Persekutuan Putrajaya, Perak dan Selangor manakala Sabah serta negeri di Pantai Timur masih berada di jajaran bawah daripada 10 peratus.

COVID-19: Fasa kedua Banci 2020 dijadual semula, mula 20 Jan 2021
Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 yang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dijadualkan semula berikutan peningkatan mendadak kes COVID-19 kebelakangan ini.

Banci 2020: Hampir 1 juta isi rumah isi e-Census
Hampir satu juta isi rumah menggunakan kaedah dalam talian atau "e-Census" bagi mengisi maklumat Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) setakat ini.

Generasi muda disaran bantu ibu bapa isi maklumat banci secara e-Census
Generasi muda disaran membantu ibu bapa atau anggota keluarga masing-masing yang tidak berkemahiran mengakses Internet mengisi maklumat Banci 2020 secara dalam talian atau e-Census.

Banci 2020: Jangan tunggu saat akhir untuk isi bancian dalam talian
Lebih 200,000 orang telah terlibat melakukan bancian secara e-Census sejak ia dilaksanakan 7 Julai lepas.