SEMPORNA: Bancian dijalankan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) mendapati 6,200 daripada kira-kira 28,000 orang dalam komuniti Pala'u di Sabah ialah warganegara Malaysia.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata golongan itu yang mendiami kawasan dilihat sebagai komuniti Pala'u, memiliki sijil lahir sah serta kad pengenalan.
Beliau berkata bakinya terdiri daripada mereka yang dianggap sebagai tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri, membabitkan kanak-kanak dan juga ketua keluarga.
"Kita memperakui kewujudan komuniti Pala'u ini di Sabah dan semalam telah diadakan satu mesyuarat mengenai pengurusan warga asing di Sabah, iaitu Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing yang saya pengerusikan bersama Ketua Menteri (Datuk Seri Hajiji Noor).
"Pada mesyuarat itu kami membincangkan kertas tentang komuniti Pala'u, bermula dengan data hasil kajian ESSCOM, kita establish angka mereka," kata beliau selepas tinjauan keselamatan Kementerian Dalam Negeri ke Zon Selamat Timur Sabah bersama perwakilan asing di sini hari ini.
Saifuddin Nasution berkata pada mesyuarat itu, beberapa inisiatif di bawah kerajaan negeri berhubung komuniti Pala'u, telah turut dibentangkan.
Beliau berkata antara inisiatif itu ialah penempatan semula lokasi dikenal pasti iaitu di Pantai Manis di sini, dengan sasaran 50 hingga 100 rumah dibangunkan sebagai kawasan penempatan semula.
Saifuddin Nasution berkata inisiatif lain ialah libat urus bersama ketua keluarga, supaya dapat dikenal pasti mereka yang berminat untuk berkerja dalam sektor perladangan, dan komuniti itu dilaporkan berminat dengan industri akuakultur, pertanian dan pelbagai lagi bidang kemahiran.
"Inisiatif ini sudah dijalankan, anak-anak Pala'u ini ditempatkan di satu pusat di Kota Kinabalu bersama penjaga dan ada dua lagi pusat akan dibuka, bagi memastikan mereka meninggalkan kegiatan mengemis.
"Pusat ini memberikan beberapa latihan bersifat penjagaan diri, termasuk kelas asas untuk mengenal huruf, kerajaan Sabah juga turut bekerjasama dengan badan bukan kerajaan berkaitan pendidikan iaitu Haluan serta Iskul," kata beliau.
Saifuddin Nasution berkata inisiatif yang dilaksanakan itu merupakan satu perkara yang murni dan jauh lebih baik daripada apa yang cuba digambarkan pihak luar.
"Sudah tiba masanya kita melihat inisiatif ini sebagai satu komitmen tinggi yang ditunjukkan kerajaan negeri," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 26 2024

Saifuddin membidik sasaran menghunakan senjata di Pos Kawalan sempena program Taklimat dan Tinjauan Keselamatan Menteri Dalam Negeri bersama Perwakilan Asing di ESSZONE di Pulau Sipadan hari ini. - Gambar Bernama

Ukraine sedia terima gencatan senjata 30 hari dengan Rusia
Ukraine menyatakan kesediaannya untuk menerima gencatan senjata selama 30 hari dengan Rusia, ketika delegasi dari Kyiv dan Washington bertemu di Arab Saudi.

Perdagangan borong, runcit Malaysia cecah RM148.9 bilion pada Januari 2025
Perdagangan runcit mencatatkan jualan sebanyak RM66.1 bilion, meningkat 8.2 peratus atau RM5.0 bilion berbanding tahun lalu.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri - Tiket bas ada lagi nak balik raya?
Mungkin ada yang mula gelisah, ada lagi ke tiket bas nak balik raya? Ikuti perkongsian Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkenaan kemas kini semasa tiket bas untuk anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

Saman sekolah selepas alami tekanan mental
Ortiz menyaman sekolah itu atas dakwaan pengabaian pendidikan yang menyebabkan tekanan emosi.

SPRM tahan 16 individu disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran kelahiran
SPRM telah melancarkan Op Outlander dan Op Birth semalam membabitkan serbuan ke atas beberapa premis.

Warga emas cedera digigit anjing liar ketika pulang dari bazar
Pengadu mendapati anjing tersebut tidak bertuan kerana tidak pernah nampak mana-mana individu yang membawa atau bersama anjing tersebut.

Lima video 'deepfake' janaan AI berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan AI dan diviralkan di media sosial.

ESSCom beri jaminan kurangkan jenayah rentas sempadan
ESSCom memberi jaminan untuk mengurangkan kes jenayah rentas sempadan yang sering berlaku di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).

Kehadiran 'sosok' anggota ESSCom beri keyakinan keselamatan penduduk di ESS Zone
Februari ini, genap 11 tahun peristiwa pencerobohan pengganas bersenjata Sulu memasuki perairan negara secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu.

Kerajaan lulus RM20 juta tambah aset ESSCom di sempadan negara
Ketua Pegawai ESSCOM Dr Jamaluddin Mohd Ali berkata aset berkenaan antaranya termasuk bot-bot laju sedang dalam proses peralihan.

Agong lawat ESSCom, Permaisuri memasak untuk rakyat di Lahad Datu
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melawat ESSCom.

Kerajaan terus tingkat kebajikan petugas ESSCom - Saifuddin
Kerajaan Perpaduan akan terus meningkatkan aspek kebajikan pegawai dan anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) melalui persekitaran kerja yang kondusif.

ESSCom rancang guna aplikasi keselamatan untuk pelancong - Komander
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) merancang untuk menggunakan satu aplikasi bagi memastikan keselamatan pelancong yang berada di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Semporna mulai terima pelancong China selepas COVID-19
Pengarah Borneo Divers Datuk Abdul Hajan Gurimbang berkata kemasukan pelancong antarabangsa ke Semporna meningkat dengan jangkaan kemasukan 2,000 pelancong China pada setiap hari selepas ini.

Keselamatan: 12 kawasan penempatan PATI di Sandakan digempur ESSCom
ESSCom menjalankan Operasi Bersepadu selama tujuh hari bermula Rabu minggu lalu hingga semalam (Selasa) sebelum menggempur 12 lokasi disyaki penempatan warga asing di Sandakan.

ESSCom laksana Operasi Gasak Laut roboh pondok kecil di Kudat
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) akan melaksanakan Operasi Gasak Laut yang menumpukan perobohan pondohan (pondok kecil) di perairan Si Bogo, Pulau Bangkawan.

Selain jaga keselamatan, ESSCom tingkat kemahiran penduduk di ESSZone
Program kemahiran dan latihan beri peluang kepada penduduk untuk menambah baik kemahiran kendiri, sekali gus menaikkan taraf ekonomi.