Pembangunan Bandar Malaysia akan meningkatkan perniagaan di semua sektor kerana ia akan menjadi hab kepada syarikat tempatan dan antarabangsa, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata pelaburan itu juga merupakan bukti keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia dan akan memberi kesan berganda kepada ekonomi Malaysia.
"Dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM140 bilion, ia akan menjadi pembangunan terbesar seumpamanya di Malaysia.
"Projek ini akan membuka potensi besar kepada perniagaan global terhadap negara, sejajar dengan visi kerajaan untuk memastikan kesejahteraan untuk semua," katanya semasa majlis penyerahan cek daripada IWH-CREC Sdn Bhd bernilai RM1.24 bilion kepada TRX City Sdn Bhd.
Di bawah perjanjian itu yang menandakan bermulanya pembangunan Bandar Malaysia, IWH-CREC akan mengambil alih 60 peratus kepentingan di Bandar Malaysia Sdn Bhd, pemaju utama projek itu, daripada TRX City dan baki selebihnya sebanyak 40 peratus dipegang oleh TRX City.
BACA: Pembangunan Bandar Malaysia dimulakan selepas TRXC terima bayaran
Tengku Zafrul juga berkata walaupun negara menghadapi cabaran kerana pandemik COVID-19, keyakinan pasaran tetap teguh terutama dari pelabur asing kerana ia telah menarik RM23.1 bilion di pasaran bon sehingga Ogos.
"Ringgit juga muncul sebagai salah satu mata wang paling kukuh di Asia Tenggara, dipacu oleh inisiatif secara berterusan kerajaan dalam menangani COVID-19," katanya.
Sementara itu, Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian berkata projek itu menandakan hubungan dua hala yang teguh antara China dan Malaysia.
"Ini adalah salah satu projek terbesar yang dilaburkan oleh syarikat-syarikat dari China di Malaysia, dan juga memberi harapan besar kepada kedua-dua negara serta di seluruh dunia," katanya.
Beliau berkata China akan mengutamakan Asia Tenggara terutama Malaysia dalam mengedarkan vaksin COVID-19 setelah ia tersedia sebagai tanda semangat persahabatan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 15 2020

Tengku Zafrul (dua, kanan) mendengar penerangan mengenai projek Bandar Malaysia dari Timbalan Pengerusi Eksekutif Iskandar Waterfront Holdings, Tan Sri Lim Kang Hoo (tiga,kanan) pada majlis di Kuala Lumpur, 15 Sept, 2020. --fotoBERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Pulang semula ke China, Bai Tian harap persahabatan China-Malaysia kekal terjalin
Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia, Bai Tian pulang semula ke China selepas tamat tempoh perkhidmatan pada Jumaat.

COVID-19 telah kukuhkan hubungan Malaysia-China
Ketika kes COVID-19 memuncak di Malaysia dan China 10 bulan yang lalu, kedua-dua buah negara telah berkongsi pahit getir menempuh pandemik itu bersama-sama.

Bandar Malaysia akan tingkatkan keyakinan perniagaan - Tengku Zafrul
Pelaburan itu juga merupakan bukti keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia dan akan memberi kesan berganda kepada ekonomi Malaysia.

China komited bantu Malaysia perangi COVID-19 - Bai Tian
Ia membuktikan jalinan persaudaraan yang kukuh antara dua negara di mana China membalas jasa baik Malaysia yang membantu republik tersebut dalam berdepan detik gelap pada sebulan yang lalu.

Kumpulan pertama mahasiswa Universiti Xiamen Malaysia tamat pengajian
Graduan mempunyai banyak ruang untuk berjaya kerana universiti tersebut merupakan projek di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (Belt and Road Initiative) antara Malaysia dan China.

Akta Majlis Halal Negara akan diwujudkan 2019
Ketika ini terdapat 342 agensi yang berkaitan aspek halal di bawah jabatan itu, termasuk bahagian kajian, pemasaran serta teknologi dan semuanya perlu diselaraskan di bawah satu bumbung.

Pembatalan projek HSR ambil kira semua aspek - TPM
Beliau berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai alasan untuk membuat keputusan sedemikian.

Duta China temui Robert Kuok berhubung kerjasama China-Malaysia
Pada pertemuan selama satu setengah jam itu, Bai Tian bercakap mengenai sumbangan Kuok kepada pembangunan Malaysia dan perkembangan hubungan China-Malaysia.