KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menjadikan Bandar Pintar sebagai inisiatif strategik untuk menangani cabaran utama dalam menjadikan bandar raya di Malaysia lebih produktif, berdaya saing, mampan serta sesuai didiami generasi semasa dan akan datang.
Menterinya, Nga Kor Ming berkata, menurut Jabatan Perangkaan, kadar perbandaran negara meningkat tiga kali ganda dalam tempoh lima dekad daripada 28.4 peratus pada 1970 kepada 75.1 peratus pada 2020 dan diunjurkan mencapai 85 peratus menjelang 2040, iaitu ditetapkan di bawah Rancangan Fizikal Negara 4 (RFN-4).
"Konsep Bandar Pintar telah diwujudkan dalam Rangka Kerja Bandar Pintar KPKT pada 2018, yang merupakan komponen utama untuk mencapai 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dalam menjadi sebuah negara mampan menjelang 2030.
"URBANICE Malaysia, sebuah agensi di bawah kementerian, bertanggungjawab mempromosikan agenda kemampanan dan daya tahan bandar dengan matlamat untuk mewujudkan bandar dan komuniti yang boleh didiami Malaysia," katanya dalam ucaptama pada Sidang Kemuncak Bandar Pintar Asia 2023, di sini, pada Rabu.
Beliau berkata, pelaksanaan inisiatif Bandar Pintar mesti disegerakan bagi menggalakkan persekitaran lebih selamat dan amalan pengurusan bandar yang cekap sambil menekankan kepentingan memanfaatkan teknologi maklumat sebagai sebahagian daripada penyelesaian pengurusan bandar.
Nga berkata, memandangkan inisiatif Bandar Pintar sedang dijalankan di beberapa bandar, KPKT meramalkan penggunaan perkhidmatan 5G akan dipercepatkan dan infrastruktur digital yang dikongsi akan membantu lebih banyak bandar berhubungkait daripada pelbagai sumber untuk menjana nilai dan kecekapan baharu.
"Ini akan meningkatkan kecekapan kerajaan, kemampanan, kesihatan dan kesejahteraan, mobiliti, pembangunan ekonomi, keselamatan awam dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.
"Kita pastinya melihat masa depan yang menarik dan cerah apabila pembangunan ekonomi digital di Malaysia dipergiat untuk melengkapkan inisiatif Bandar Pintar dengan mobiliti lebih baik, pekerjaan bernilai tinggi, keselamatan, kehidupan sihat dan kesejahteraan dipertingkatkan untuk dinikmati oleh semua peringkat umur, " katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Sep 20 2023

Menurut Nga Kor Ming, konsep Bandar Pintar menjadikan bandar raya di Malaysia lebih produktif, berdaya saing, mampan serta sesuai didiami generasi semasa dan akan datang. - Gambar fail/BERNAMA

Yusri Che Lah akui ketangkasan Muhammad Aqil antara punca Perak FC gagal raih tiga mata di Manjung
Pemain terlalu gopoh dan tertekan untuk menjaringkan gol menjadi punca Perak FC gagal memanfaatkan kelebihan bermain di halaman sendiri.

Kadar Pemberian Mengikut Bilangan Orang dinaikkan 25 peratus berkuat kuasa 2026 - PM Anwar
Kadar Pemberian Mengikut Bilangan Orang (Capitation Grant) dinaikkan 25 peratus atau RM109 juta kepada RM548 juta berkuat kuasa mulai 2026.

KSN buat lawatan mengejut ke UTC Kuantan
Lawatan mengejut itu memberi gambaran jelas mengenai apsek yang perlu ditambah baik di UTC Kuantan, kata Shamsul Azri.
Shafie sahkan Warisan bertanding solo semasa PRN
Presiden Parti Warisan yang juga Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata parti pimpinannya setakat ini memilih untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah secara solo.

Hamas seru rundingan segera fasa kedua gencatan senjata
Hamas sokong cadangan Mesir untuk pembinaan semula Gaza termasuk gesaan pembentukan kerajaan peralihan untuk mentadbir wilayah tersebut.
Israel tidak hormat Ramadan, sasar masjid di Tebing Barat
Tidak hormat Ramadan, Israel sasar masjid di Tebing Barat di mana penduduk Palestin mengutuk tindakan tentera Israel membakar sebuah masjid bersejarah di bandar Nablus, Tebing Barat yang diduduki ketika melakukan serbuan pada Sabtu.
12 cedera dalam insiden tembakan dekat sebuah pub di Toronto
Sekurang-kurangnya 12 orang cedera dalam insiden tembakan dekat sebuah pub di Toronto pada Jumaat malam.
11 terbunuh dalam serangan Rusia di Timur Ukraine
Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan 30 lagi cedera, termasuk lima kanak-kanak, dalam serangan peluru berpandu dan dron oleh Rusia di bandar Dobropillia, Timur Ukraine.
Dua sukarelawan maut, lapan cedera di Narathiwat
Dua anggota sukarelawan pertahanan terkorban manakala lapan cedera dalam insiden letupan bom di Daerah Sungai Golok, Narathiwat pada Sabtu malam.
Op Taring: Seorang PATI, individu positif dadah ditahan di Rantau Panjang
Dua lelaki termasuk seorang pendatang tanpa izin (PATI) ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9, Briged Tenggara selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan di Pangkalan Haram Pohon Buloh, Rantau Panjang, Kelantan.

MCMC, DPCH meterai MoU sokong bandaraya pintar, pelan perak sejahtera - Fahmi
MCMC dan Digital Perak Corporation Holdings menandatangani MoU antara lain bertujuan menyokong pelaksanaan program bandar pintar di Bandaraya Ipoh.

Belanjawan 2025: RM15.1 juta untuk tingkat pembangunan bandar pintar
Sebanyak RM15.1 juta diperuntukkan dalam Belanjawan 2025 untuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi meningkatkan pembangunan bandar pintar di seluruh negara.

Malaysia teroka peluang kerjasama bandar pintar, pelaburan teknologi dengan China - Zaliha
Dr Zaliha berkata peluang kerjasama itu akan dinyatakan pada lawatan kerja rasminya selama enam hari ke China bermula hari ini.

Malaysia-China akan meterai MoU dalam bidang perumahan, bandar pintar - Kor Ming
Malaysia dan China bakal memeterai memorandum persefahaman (MoU) dalam bidang perumahan, perancangan bandar dan bandar pintar, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

KL20: Malaysia menuju ke arah bandar pintar, perkukuh infrastruktur digital
Inisiatif Malaysia untuk mengubah bandarnya menjadi hab pintar bertujuan untuk menarik pelaburan antarabangsa yang lebih besar.

SDEC tarik 15,000 pelawat, jana potensi nilai transaksi sehingga RM80 juta - Sidec
Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor kelapan yang diadakan Oktober lepas, menarik lebih 15,000 pelawat dan menjana potensi nilai transaksi sehingga RM80 juta.

RMK12: Lima bandar pintar menjelang 2025
Sekurang-kurangnya lima bandar disasarkan untuk diiktiraf sebagai pelaksana awal bandar pintar menjelang tahun 2025 iaitu dalam tempoh akhir Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Seremban bandar pintar, rendah karbon menjelang 2027 - Datuk Bandar
Mahu wujudkan bandar selamat dan utamakan isu keselamatan termasuk penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) serta penglibatan komuniti.

Kerajaan sasar Wilayah Persekutuan jadi bandar pintar menjelang 2030 - PM Anwar
Kerajaan menyasarkan untuk menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai bandar pintar menjelang 2030.

Forum dan mesyuarat Datuk Bandar ASEAN bincang kerjasama bina bandar pintar
Datuk Bandar negara-negara (ASEAN) bertemu di Phnom Penh bagi membincangkan bagaimana untuk membina bandar pintar di rantau ini.