Lama juga tidak mendengar khabar vokalis kumpulan Amuk, Bandi dan juga kumpulan 'heavy metal' FTG.
Selepas agak sekian lama tidak menonjol akhirnya mereka ini rupanya akan bergabung dalam satu konsert yang akan diadakan dalam masa terdekat.
Menurut Rockstage Entertainment, satu konsert yang diberi nama ‘Rockstage 5-Dominasi King Barbarik’ akan dianjurkan yang akan menggabungkan tiga ikon muzik heavy metal iaitu Bandi Amuk, FTG dan Sil Khannaz pada 2 Mac ini bertempat di Stadium Chin Woo.
Lebih menarik, Bandi Amuk akan diiringi oleh pemuzik lagenda rock terkenal iaitu dua gitaris yang tidak asing membabitkan Kid Search dan Shahrul Ekamatra.
Tentunya ia gabungan mantap ditambah lantunan suara keras Bandi yang pernah popular dengan lagu “Akar Dan Bumi”.
Mereka juga akan diiringi oleh Yan Lefthanded sekalu pemain bass dan Ah Tonk Def-Gab-C selaku pemain drum.
Dalam konsert itu nanti Bandi dijangka akan melantunkan semua lagu yang pernah mempopularkannya satu ketika dahulu seperti Ngap Sayot, Rak Relevan, Aku Mahu Pulang selain Jernih.
Begitu juga dengan kumpulan FTG, ramai sebenarnya peminat mereka yang sentiasa menantikan kemunculan mereka.
Dikhabarkan mereka baharu selesai pembikinan album terbaharu mereka yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Namun bagi peminat mereka yang hadir pada konsert tersebut akan turut dihidangkan dengan beberapa lagu daripada album terbaharu mereka selain lagu-lagu popular mereka dari album terdahulu.
FTG yang membawa genre muzik 'Thrash Metal' itu pernah dikenali dengan lagu mereka seperti Rozana, Aku tak peduli dan Malaysia Maju selain Song From The Unwanted Son.
Konsert yang bakal diadakan nanti akan menyaksikan kumpulan metal popular Sil Khannaz yang sangat dikenali dikalangan peminat sebagai sebuah kumpulan yang membawa genre muzik Ekstrem Metal dan telah mengeluarkan album pertama mereka pada 1993.
Kumpulan yang berasal dari Perlis itu akan diserikan lagi dengan kehadiran pemain gitar asalnya CDNaz yang pernah bergerak solo dan terkenal dengan lagunya seperti Terlalu Indah dan Kejora Sahara.
Bagi peminat rock yang meminati muzik berat bawaan mereka, ini adalah masa terbaik untuk melepaskan kerinduan kerana gabungan kali ini ibarat 'Gabungan Berapi' yang jarang sekali menemukan mereka dalam satu pentas persembahan.
Raja Hisyam Raja Zaid
Sun Feb 17 2019
![Bandi Amuk, FTG, Sil Khannaz kongsi pentas dalam 'Dominasi King Barbarik' Bandi Amuk, FTG, Sil Khannaz kongsi pentas dalam 'Dominasi King Barbarik'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/81550415826_FTGBandiAmokSil.jpg)
Konsert yang diberi nama Rockstage 5-Dominasi King Barbarik akan dianjurkan yang akan menggabungkan tiga ikon muzik heavy metal iaitu Bandi Amuk, FTG dan Sil Khannaz.
![Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739361007_NikNazmiPameranT.jpg)
Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna.
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
![Bekas banduan amuk tak boleh pinjam motosikal anak ditahan miliki pistol Bekas banduan amuk tak boleh pinjam motosikal anak ditahan miliki pistol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81685861888_TBpistol.jpg)
Bekas banduan amuk tak boleh pinjam motosikal anak ditahan miliki pistol
Suspek lelaki berusia 40 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Tanah Merah pada jam 2.55 petang.
![Lima anggota terbunuh dalam kes tembakan di kem tentera di selatan Filipina Lima anggota terbunuh dalam kes tembakan di kem tentera di selatan Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51676114007_CAGAYANDEOROCITY.jpg)
Lima anggota terbunuh dalam kes tembakan di kem tentera di selatan Filipina
Seorang anggota mengamuk dan melepaskan tembakan ke arah anggota lain yang sedang tidur di sebuah kem tentera di utara Mindanao.
![Mangsa kejadian amuk pusat asuhan kanak-kanak Thailand semakin pulih Mangsa kejadian amuk pusat asuhan kanak-kanak Thailand semakin pulih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41666373526_WatRatSamakeetemp.jpg)
Mangsa kejadian amuk pusat asuhan kanak-kanak Thailand semakin pulih
Dr Opas Karnkawinpong berkata kesemua mangsa yang mengalami kecederaan fizikal dan trauma telah menerima rawatan di hospital.
![Penghuni pusat pemulihan dadah maut dipercayai selepas kejadian amuk Penghuni pusat pemulihan dadah maut dipercayai selepas kejadian amuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51656868245_garisanpolispolic.jpg)
Penghuni pusat pemulihan dadah maut dipercayai selepas kejadian amuk
Seorang penghuni sebuah pusat pemulihan dadah di Padang Rengas, Kuala Kangsar maut akibat kecederaan parah dipercayai selepas kejadian amuk, pada Rabu.
![Marah putus tunang, lelaki amuk rempuh kereta wanita Marah putus tunang, lelaki amuk rempuh kereta wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41657944966_AMUKDIPUTUSKANTUNA.jpg)
Marah putus tunang, lelaki amuk rempuh kereta wanita
Tular di media sosial semalam rakaman berdurasi 30 saat sebuah kenderaan dengan sengaja dipandu melanggar sebuah kenderaan lain.
![Polis tahan lelaki amuk bakar pondok belakang gerai bekas isteri Polis tahan lelaki amuk bakar pondok belakang gerai bekas isteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41657550414_amukbakarpondok.jpg)
Polis tahan lelaki amuk bakar pondok belakang gerai bekas isteri
Polis menerima laporan kejadian pada jam 10.20 pagi, mengatakan terdapat seorang lelaki mengamuk sambil memegang parang di kawasan itu.
![Video tular: Polis siasat kes sekumpulan lelaki amuk melibas kayu, parang Video tular: Polis siasat kes sekumpulan lelaki amuk melibas kayu, parang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647837089_TBamuk.jpg)
Video tular: Polis siasat kes sekumpulan lelaki amuk melibas kayu, parang
Rakaman video 28 saat itu memaparkan aksi ganas sekumpulan lelaki bergaduh dengan menetak serta melibas parang antara mereka.
![Lelaki ditemui maut dalam longkang selepas mengamuk Lelaki ditemui maut dalam longkang selepas mengamuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41638913778_amukmati.jpg)
Lelaki ditemui maut dalam longkang selepas mengamuk
Hasil semakan rekod perubatan mangsa telah mendapatkan rawatan psikiatri dan kali terakhir mendapatkan rawatan adalah pada bulan Mac 2016.
![Tak tahan bunyi bising, anak mengamuk sehingga tikam bapa Tak tahan bunyi bising, anak mengamuk sehingga tikam bapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51611478702_tikambunuh.jpg)
Tak tahan bunyi bising, anak mengamuk sehingga tikam bapa
Seorang warga emas mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan akibat ditikam anaknya yang mempunyai masalah mental dalam satu kejadian amuk di sebuah rumah berhampiran Pasar Bachok, pagi Selasa.
![Prebet Adam meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru - Adik Prebet Adam meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru - Adik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81617116597_PrebetAdam.jpg)
Prebet Adam meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru - Adik
Adam meninggal dunia pada usia 57 tahun, kira-kira 9 pagi semalam ketika menerima rawatan di HPP dan jenazah telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Datuk Keramat.