BESUT: Seorang pengarah syarikat Malee Beach Resort didenda RM150,000 kerana gagal mematuhi syarat pembinaan sehingga menyebabkan kematian dua buruh binaan pada 9 November tahun lepas.
Lee Boon Han, 55, membuat pengakuan bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fadhli Mahmud di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melanggar kewajipan sebagai kontraktor untuk memastikan keselamatan bangunan serta kerja pembinaan semasa projek dijalankan di resort berkenaan.
Tertuduh didakwa mendirikan bangunan dengan menggunakan lukisan konsep disediakan oleh pelukis bebas yang tidak boleh digunakan di dalam apa-apa projek pembinaan selain tidak mempunyai perakuan daripada perunding bertauliah.
Kertas pertuduhan juga antara lain menyebut tertuduh membina bangunan utama tanpa mendapatkan kelulusan pembinaan dan kebenaran merancang daripada Majlis Daerah Besut.
Selain itu, tertuduh tidak melaksanakan siasatan tanah di tapak bina bangunan dan tidak menyediakan laporan kesan alam sekitar bagi projek bangunan yang dibina.
Tertuduh juga melantik penyelia tapak yang tidak kompeten dan mengambil pekerja tidak mahir serta tidak memiliki apa-apa perakuan kemahiran serta akreditasi daripada Lembaga sebagai pekerja binaan.
Perbuatan tersebut mengakibatkan keseluruhan bangunan tiga tingkat yang sedang dibina tersebut runtuh dan menghempap tujuh pekerja dalam bangunan hingga menyebabkan kematian dua pekerja asing warga Indonesia iaitu Suparno dan Fathul Munir.
Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 34B (1) (c) Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520) dibaca bersama Seksyen 34D (1) akta yang sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Pegawai Pendakwa, Muhammad Hafidz Hassan mencadangkan mahkamah supaya menetapkan denda maksimum sehingga RM500,000 dengan mengambil kira ia telah menyebabkan kematian pekerja selain mengambil kira faktor keselamatan dan kepentingan orang awam sekiranya mereka berada di lokasi kejadian runtuh itu.
Bagaimanapun, Peguam Hayder Yazid yang mewakili tertuduh pula memohon mahkamah menetapkan wang jaminan paling minimum atas alasan tertuduh mempunyai tanggungan anak kecil dan ibu yang sudah berusia 86 tahun.
Tertuduh juga telah mengambil tanggungjawab dengan membayar kos rawatan mangsa yang cedera dan menghantar urusan membawa balik mayat ke negara asal mencecah RM44,300 selain turut membayar kompaun kepada pihak berkuasa tempatan.
Mahkamah kemudian menetapkan denda sebanyak RM150,000 kepada tertuduh dan dikenakan enam bulan penjara sekiranya gagal membayar denda tersebut.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 23 2024
Lee Boon Han (kanan) didenda RM150,000 kerana membina bangunan tanpa kebenaran sehingga ia runtuh dan menyebabkan kematian dua orang pekerjanya dalam kejadian 9 Nov tahun lepas. - Foto Bernama
Agenda AWANI: Keterjaminan Beras, Keluar Perangkap Kemiskinan
Apa rasional tuntutan golongan pesawah supaya harga lantai padi daripada RM1,300 per tan dinaikkan kepada RM1,800? Apa makna di sebalik cadangan ‘liberalisasi terpimpin’ industri beras negara? Diskusi 9 malam
[TERKINI] SPRM sahkan tiga selebriti dipanggil minggu ini
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan akan memanggil tiga selebriti termasuk penyanyi terkenal pada minggu ini bagi membantu siasatan berkaitan sindiket tawar pinjaman melibatkan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Op Sky.
Tentera Israel bom bangunan di kem pelarian Tebing Barat
Kepulan asap menyelubungi bandar Palestin di mana tentera Israel menjalankan operasi ketenteraan besar-besaran selama hampir dua minggu, atas alasan menyasarkan pejuang Palestin dan bertujuan merampas simpanan senjata mereka.
Gelagat Tun M, isteri main bola cuit hati netizen
Gelagat mesra bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencuri tumpuan netizen apabila beliau dilihat meluangkan masa beriadah bersama isterinya, Tun Dr Hasmah Mohamad Ali.
Wakil Rakyat perlu rajin teliti usul sebelum dibawa ke Parlimen
Wakil-wakil disaran lebih rajin dan proaktof dalam meneliti isu-isu serta usul yang akan dibawa ke Parlimen.
Lebih 800 kes kesihatan di PPS Sabah dan Sarawak
Kementerian Kesihatan mengesan lebih 800 kes kesihatan melalui pemeriksaan yang dijalankan terhadap 9,379 mangsa di PPS di Sabah dan Sarawak.
[Data & Statistik] Pencerobohan Kapal Nelayan Asing 2020 - 2023
Malaysia mengalami kerugian berjumlah rm823 juta akibat pencerobohan kapal nelayan asing, antara 2020 hingga 2023
Menurut data yang dikeliarkan Jabatan Perikanan (DOF), Agensi Penguatkuasa Maritim (Maritim Malaysia) dan Polis Marin sebanyak 428 kes direkodkan dalam tempoh itu.
2020 sebanyak 117 kes, diikuti 124 kes pada 2021, 2022 104 kes dan 2023 83 kes.
Menurut data yang dikeliarkan Jabatan Perikanan (DOF), Agensi Penguatkuasa Maritim (Maritim Malaysia) dan Polis Marin sebanyak 428 kes direkodkan dalam tempoh itu.
2020 sebanyak 117 kes, diikuti 124 kes pada 2021, 2022 104 kes dan 2023 83 kes.
'Saya masih isteri Najib’ - Rosmah
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan beliau masih lagi isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datul Seri Najib Razak yang sah.
Agenda AWANI: Titah YDPA - Tolak Fitnah, Sepakat Untuk Rakyat
Parlimen bukan tempat untuk bertegang urat, memaki-hamun atau tabur fitnah. Sejauh mana pentingnya ahli Parlimen menjunjung kasih dan memahami sebaiknya titah YDPA, Sultan Ibrahim ini demi kepentingan negara dan rakyat? Diskusi 8.30 malam
Hannah Yeoh kemuka bantahan awal keterangan 4 saksi
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pada Isnin memfailkan bantahan awal untuk membatalkan keterangan empat saksi yang dikemukakan bagi menyokong pembelaan pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Kamarul Zaman Yusoff dalam kes saman fitnah terhadapnya.
Pengarah syarikat mengaku tidak bersalah guna diesel tanpa permit
Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan barang kawalan iaitu diesel lebih 19,000 liter tanpa permit.
Tiga pengarah syarikat didakwa terlibat pengubahan wang haram RM10.2 juta
Tiga pengarah syarikat penerbitan buku mengaku tidak bersalah atas lapan tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM10.2 juta.