SUNGAI PETANI: Malaysia perlu membangunkan bidang pertumbuhan baharu, termasuk sektor tenaga boleh diperbaharui dan kenderaan elektrik (EV), bagi meningkatkan permintaan untuk cip semikonduktor di negara ini.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan Pelaburan) Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Lim Bee Vian berkata, permintaan bidang baharu itu akan mengukuhkan pertumbuhan ekonomi Malaysia sebagai salah satu pembekal utama dalam rantaian semikonduktor global.
"Malaysia sebagai sebuah negara kecil yang menyumbang di antara 12 peratus dan 13 peratus kepada bekalan cip global. Jadi peranan kita ini juga penting dalam industri.
"Oleh itu kita harus mempromosikan sektor EV sebagai bidang pertumbuhan baharu kerana sektor ini akan membantu meningkatkan permintaan untuk cip," katanya pada sidang media selepas mesyuarat di antara EG Industries Bhd dan MIDA mengenai Gudang Pintar dan Pusat Perolehan Antarabangsa (IPC) di sini, hari ini.
Beliau berkata perkhidmatan infrastruktur dan penyelesaian IT adalah bidang lain yang perlu difokuskan untuk memastikan permintaan bagi cip kekal tinggi.
Lim berkata kesedaran dalam kalangan pemain industri tentang keperluan untuk menggunakan gudang pintar semakin meningkat kerana ia meningkatkan kecekapan.
"Pelaburan untuk gudang pintar adalah tinggi. Syarikat-syarikat besar sedang menuju ke arah itu, terutamanya syarikat logistik besar. Syarikat kecil mungkin mempunyai elemen tertentu mengenai pergudangan pintar tetapi ini tidak disepadukan sepenuhnya.
"MIDA menggalakkan syarikat menaik taraf gudang mereka kerana ini akan membantu mengurangkan keperluan buruh asing bagi menjalankan operasi pergudangan mereka dan juga meningkatkan kecekapan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 17 2023

Kesedaran dalam kalangan pemain industri tentang keperluan untuk menggunakan gudang pintar semakin meningkat kerana ia meningkatkan kecekapan. - Foto Astro AWANI

Umat Islam harus bina kekuatan ekonomi, kuasai AI dan digital - PM Anwar
Dalam menghadapi persaingan dunia yang sengit dan mencabar, umat Islam perlu merangkul usaha untuk membina kekuatan ekonomi serta menguasai kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.
Satu juta mahasiswa akan terima pelaburan awal percuma
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata seramai satu juta mahasiswa akan menerima pelaburan awal percuma RM50 menerusi program Celik MADANI.
Denggi: Peningkatan kes di Filipina pada kadar membimbangkan
Jabatan kesihatan memberi amaran peningkatan suhu dan cuaca yang tidak menentu mewujudkan persekitaran pembiakan yang ideal untuk nyamuk, memburukkan lagi keadaan.
PM Thailand arah tindakan keras terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik, memberi amaran bahawa mana-mana pegawai yang didapati bersubahat akan berdepan tindakan tegas.
Pesawat American Airlines dilencong ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara laut Caspian, dengan diiringi dua pesawat Eurofighter tentera udara Itali bagi memastikan pendaratan selamat.
Pilihan Raya Jerman: Kepimpinan Olaf Scholz disifatkan 'malapetaka'
Ramai berpendapat keputusan pilihan raya pada Ahad memperlihatkan kekuatan parti Christian Democratic Union of Germany (CDU), pimpinan calon canselor, Friedrich Merz, namun tidak kurang juga mendakwa keputusan itu meragukan.
[TERKINI] Roberta Flack, penyanyi lagu 'Killing Me Softly With His Song', meninggal dunia
Pemilik suara emas bagi lagu malar segar, The First Time Ever I Saw Your Face dan Killing Me Softly With His Song, Roberta Flack, meninggal dunia pada pagi Isnin.
Malaysia perluas bantuan ke Baitulmaqdis - Anwar Ibrahim
Anwar berkata bantuan menerusi instrumen wakaf akan dilaksanakan selaras permohonan Imam Masjid Al- AQSA Sheikh Dr Ekrima Sa'id Sabri yang mahu negara ini membantu kemajuan di Baitulmaqdis
17 sekolah baharu dijangka mula operasi tahun ini - Fadhlina
17 sekolah tersebut merangkumi lapan sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah membabitkan Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
RUU Pindaan Perlembagaan, Perkhidmatan Parlimen dibentang bacaan pertama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said yang membentangkan RUU itu berkata bacaan kedua bagi kedua-dua RUU berkenaan akan dibuat pada sidang kali ini.

Proton mulakan pembinaan kilang pemasangan EV pertama di Tanjung Malim
Proton Holdings Bhd (Proton) memulakan pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) pertama di Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), dekat sini dengan pelaburan berjumlah RM82 juta.

Kilang pemasangan EV Proton perkukuh AHTV, buka 3,000 peluang pekerjaan - Saarani
Pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) Proton di sini bakal membuka lembaran baharu dalam memperkukuh pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), Tanjung Malim.

Jualan tahunan kereta elektrik Tesla merosot buat kali pertama
Penghantaran untuk 2024 adalah 1.79 juta unit, 1.1 peratus lebih rendah daripada tahun sebelumnya, di bawah anggaran 1.806 juta unit.

Proton e.MAS 7 rasmi dilancar, harga bermula RM109,800
Proton Holdings Bhd melancarkan kenderaan elektrik (EV) pertama keluaran nasional, e.MAS 7.

Pertumbuhan industri tenaga bersih dijangka kurangkan tumpuan kuasa besar ke atas Syria - Pakar
Pertumbuhan industri kenderaan elektrik (EV) dan tenaga bersih dijangka akan mengurangkan campur tangan kuasa-kuasa besar di Asia Barat secara umum dan Syria khasnya.

Perodua mahu hasilkan 500 unit eMO-II sebulan, sasar EV termurah
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata model EV ini dijangka dijual pada harga antara RM50,000 dan RM90,000 seunit.

Trump calonkan hos Fox News sebagai Setiausaha Pengangkutan
Donald Trump mencalonkan bekas Wakil Wisconsin, Sean Duffy, yang kini merupakan hos Fox News untuk jawatan Setiausaha Pengangkutan.

GV Ride bakal perkenal e-hailing guna EV bermula Disember
Langkah itu merupakan salah satu daripada langkah untuk mempromosikan EV dalam industri e-hailing.

'Pemandu guna EV tidak akan kembali guna petrol'
Ashley berkata, pemandu tidak akan kembali menggunakan kenderaan berkuasa petrol apabila mereka telah beralih kepada EV.

Standard Pertukaran Bateri akan diperkenalkan menjelang akhir tahun - MARii
Standard Pertukaran Bateri atau Battery Swapping Standard dijangka akan dikongsi bersama pemegang taruh berkepentingan pada akhir tahun ini.