KUALA LUMPUR: Silibus spesifik berkaitan etika penggunaan tandas dan kepentingan menjaga kemudahan itu perlu dibangunkan secara bersepadu di sekolah.
Pakar Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Dr Siti Aisyah Panatik, berkata silibus itu penting diperhalusi kerana setakat ini, mata pelajaran yang ada menyentuh tentang etika penggunaan tandas hanya pendidikan sivik, namun penjagaan tandas bukan menjadi tumpuan utama.
"Ia (etika) diberitahu secara umum. Ada sesetengah sekolah mempunyai etika penjagaan tandas yang ditampal di dinding-dinding tandas, namun, ia tidak memadai, ia perlu diajar secara khusus dan praktikal.
"Misalnya guru membawa pelajar melawat tandas pada awal masuk sekolah bagi meningkatkan keprihatinan dan sayang pada tandas yang bersih. Mulakan dari awal agar mereka terbiasa dengan penjagaan tandas yang bersih. Galakkan sikap tegur-menegur dalam kalangan murid untuk menjaga kebersihan. Jadi lama-kelamaan kebiasaan ini akan membentuk satu tabiat yang berterusan," katanya kepada Bernama.
Pada masa sama, beliau berharap silibus yang dicadangkan juga menitikberatkan aspek keindahan tandas kerana ia sama penting dalam menjalankan advokasi mengenai kebersihan tandas, selain menyarankan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk menganjurkan kempen tandas bersih di peringkat kebangsaan dan memberikan anugerah kepada sekolah yang mempunyai tandas paling bersih dan mempunyai persekitaran yang indah.
"Ini untuk memberi inspirasi kepada pihak sekolah, guru dan murid agar sentiasa menjaga kebersihan dan keindahan tandas. Untuk ubah sikap seseorang perlulah menggunakan kaedah modifikasi tingkah laku dan modifikasi tingkah laku itu boleh dilaksanakan dengan ganjaran," katanya mengulas isu kebersihan tandas sekolah.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata anak-anak di sekolah perlu dididik aspek kebersihan termasuk dilatih melaksanakan aktiviti mencuci tandas sebagai satu daripada aspek pembelajaran dan beliau turut membangkitkan mengenai tandas sekolah yang kebanyakan rosak dan kotor.
Siti Aisyah yang juga Profesor Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan berkata penguatkuasaan peraturan sewajarnya dilaksanakan kepada mana-mana pihak yang melakukan vandalisme di sekolah.
"Pelajar dan murid juga digalakkan membuat aduan jika mendapati ada rakan-rakan yang mengotorkan tandas atau melakukan vandalisme selain mengingatkan ibu bapa tentang peranan suri teladan mereka kepada anak-anak di rumah dalam menjaga kebersihan tandas.
"Di peringkat syarikat korporat, mereka boleh memberikan sumbangan kepada sekolah untuk membina tandas atau melengkapkan tandas dengan fasiliti yang bersesuaian dan menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan membersih dan mengindahkan tandas sekolah," katanya yang turut berharap peruntukan disediakan kerajaan bagi menyelenggara kemudahan itu, digunakan sebaiknya agar tiada pihak mengaut keuntungan.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Hayati Ismail berkata kerajaan sudah menjalankan tanggungjawab untuk menyediakan prasarana yang baik dengan penyelenggaraan kecil tandas di sekolah-sekolah seluruh negara, maka tindakan seterusnya adalah memastikan kemudahan itu dipelihara sebaiknya.
Beliau berkata amalan membersihkan tandas bukan satu perkara baharu dalam dunia pendidikan kerana di madrasah dan sekolah pondok di Indonesia, murid membersihkan sendiri tandas mereka.
Sementara di Jepun, katanya umum mengetahui bahawa aspek kebersihan adalah perkara pertama yang dipupuk di sekolah bagi menanam rasa tanggungjawab untuk memelihara persekitaran.
"Tidak ada salahnya anak-anak dididik untuk membersihkan tandas, kelas dan kawasan sekolah kerana inilah rumah kedua mereka. Sebagaimana mereka menjaga kebersihan dan keindahan rumah mereka, begitulah juga pentingnya mereka memelihara sekolah dan komuniti mereka.
"Selain itu, dana penjagaan fasiliti ini juga boleh dikongsi di antara pihak berkepentingan termasuk ibu bapa, masyarakat dan sektor swasta bagi mewujudkan rasa kesepunyaan terhadap sekolah.
"Ini selaras Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 melalui Anjakan 9 yang menganjurkan pelibatan ketiga-tiga pihak ini dalam mewujudkan satu ekosistem pembelajaran dan memupuk nilai murni dalam diri anak-anak pemimpin generasi akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 30 2023
Pelajar digalakkan membuat aduan jika mendapati ada rakan-rakan yang mengotorkan tandas atau melakukan vandalisme sementara ibu bapa perlu ingat peranan suri teladan mereka kepada anak-anak di rumah dalam menjaga kebersihan tandas. - Gambar hiasan
#AWANIRingkas 16 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 16 Januari 2025
1️⃣ Tiga pekerja restoran pengsan
2️⃣ Empat individu dituduh edar, miliki dadah lebih 100kg dadah
3️⃣ MINDEF akan pastikan tiada ketegangan elak konflik serantau
#awaniringkas
1️⃣ Tiga pekerja restoran pengsan
2️⃣ Empat individu dituduh edar, miliki dadah lebih 100kg dadah
3️⃣ MINDEF akan pastikan tiada ketegangan elak konflik serantau
#awaniringkas
AWANI Sabah+ | Setiap Khamis & Jumaat 8:25 Malam
Merentasi Laut China Selatan, hingga ke puncak Kinabalu. Kami bawakan lapopran ringkas, padat dan komprehensif. 5 minit AWANI Sabah+, setiap Khamis dan Jumaat 8:25 malam hanya di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Tiga pekerja restoran pengsan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[INFOGRAFIK] Fasa Gencatan Senjata
Berikut adalah info berkenaan dengan fasa perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza.
Pengarah syarikat direman, disyaki minta, terima rasuah RM1 juta
SPRM menahan reman seorang pengarah syarikat disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta sebagai balasan memberikan kerja sebagai subkontraktor berhubung tender perkhidmatan membekal makanan dan minuman kepada pekerja.
KPDN terbuka kaji syor naikkan nilai denda jika salah guna
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terbuka dengan cadangan dan syor meningkatkan nilai denda bagi pihak yang didapati menyalahgunakan sijil halal.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali menegaskan isu pelanggaran halal seumpama itu merupakan perkara yang tidak boleh dikompromi dan perlu ditangani sewajarnya.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali menegaskan isu pelanggaran halal seumpama itu merupakan perkara yang tidak boleh dikompromi dan perlu ditangani sewajarnya.
Dialog Tiga Penjuru: Lagi kes aniya haiwan
Sumbat ‘oyen’ dalam guni, belas ihsan manusia semakin menipis? Tanggungjawab melindungi haiwan (pelihara dan terbiar), kalau bukan kita siapa lagi? Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Perjanjian gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas, menurut kenyataan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar.
Malaysia sanggup lakukan apa sahaja demi kedamaian Palestin
Malaysia mengalu-alukan usaha dalam mencapai kedamaian di Gaza susulan persetujuan Israel dan Hamas untuk melakukan gencatan senjata.
Dan pendirian Malaysia adalah untuk melakukan apa sahaja dalam memastikan kekejaman zionis terhadap Palestin dapat dihentikan.
Dan dari London, United Kingdom, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan pendirian Malaysia berhubung perkara itu.
Untuk perkembangan, Hasimi Muhamad ada perinciannya.
Dan pendirian Malaysia adalah untuk melakukan apa sahaja dalam memastikan kekejaman zionis terhadap Palestin dapat dihentikan.
Dan dari London, United Kingdom, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan pendirian Malaysia berhubung perkara itu.
Untuk perkembangan, Hasimi Muhamad ada perinciannya.
Tiga pekerja restoran pengsan
Tiga pekerja restoran makanan segera di Kuala Nerus pengsan selepas dipercayai terhidu gas karbon monoksida di premis berkenaan.
Bangunkan silibus penjagaan tandas secara khusus di sekolah - Ahli akademik
Silibus itu penting diperhalusi kerana setakat ini, mata pelajaran yang ada menyentuh etika penggunaan tandas hanya pendidikan sivik.