SEGAMAT: Seorang wanita menarik nafas lega apabila kedua ibu bapanya serta abangnya yang menjadi mangsa banjir di Chaah, dekat sini, diselamatkan oleh anggota penyelamat selepas 12 jam terperangkap.
D.Kalai Arasi, 29, berkata dia dihubungi oleh abangnya D.Yogesvaran, 32, pada 3 pagi semalam yang memberitahu kediamannya di Pekan Chaah dinaiki air banjir sedalam satu meter.
Kalai Arasi yang tinggal di Johor Bahru bimbang keadaan kedua ibu bapanya, K.Dhevaseelan, 65, dan S.Ramai, 62, yang merupakan golongan warga emas dan turut menghidap darah tinggi.
"Ketika air telah mula memasuki rumah, abang saya menyelamatkan barang-barang dan dokumen yang penting, sementara ibu dan bapa berteduh di tembok luar rumah sambil mengharapkan ada pihak yang menyelamatkan mereka.
"Abang, ibu dan bapa mula menghubungi sesiapa sahaja untuk diselamatkan termasuk pasukan keselamatan namun usaha mereka tidak berjaya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Menurut Kalai Arasi, dia mula bimbang dengan keadaan berkenaan dan hampir setiap jam menghubungi abangnya untuk mengetahui keadaan ibu bapa mereka.
Dia turut menghubungi kenalan di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) untuk meminta bantuan, yang kemudiannya maklumat mengenai mereka disalurkan kepada anggota penyelamat termasuk lokasi mereka berada.
Kalai Arasi berkata ketiga-tiga mereka yang berada dalam keadaan basah kuyup kemudian diselamatkan anggota bomba dan tentera menggunakan bot pada 5.30 petang.
"Selepas dimaklumkan abang bahawa mereka telah dibawa ke Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bali, barulah saya lega dan mula menjamah makanan, yang saya tidak sentuh semenjak awal pagi.
"Ketika diselamatkan pasukan penyelamat, keadaan ayah hampir pengsan kerana kesejukan dan kelaparan, namun saya bersyukur dan berterima kasih kerana mereka berjaya diselamatkan sebelum waktu malam," katanya yang memahami jalan terputus antara Chaah dengan Labis telah menyebabkan kelewatan misi menyelamat.
Segamat kini daerah paling terjejas banjir di negeri ini dengan jumlah mangsa seramai 7,272 orang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 02 2023
![Banjir: 12 jam tunggu tanpa makanan, anak lega ibu bapa diselamatkan Banjir: 12 jam tunggu tanpa makanan, anak lega ibu bapa diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81677669809_PekanChaahBanjir.jpg)
Jalan terputus antara Chaah dengan Labis telah menyebabkan kelewatan misi menyelamat. - Foto Facebook/Marlina Ahmad Bahrol
![Trend guna 'dummy buckle' semakin membimbangkan - Pengarah JPJ Negeri Sembilan Trend guna 'dummy buckle' semakin membimbangkan - Pengarah JPJ Negeri Sembilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739159561_tbdummybuckle.jpg)
Trend guna 'dummy buckle' semakin membimbangkan - Pengarah JPJ Negeri Sembilan
Pemandu suka memakai 'dummy buckle' bagi menghentikan penggera dengan alasan tidak selesa.
![Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak berkurangan pagi ini Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak berkurangan pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739021060_BanjirKinabatangan.jpg)
Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak berkurangan pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat manakala di Sarawak mencatatkan penurunan pagi ini.
AWANI Ringkas: Jangan biar rakyat tunggu lama - PM Anwar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Ketidakpastian dasar perdagangan: 5 kesan utama kepada pasaran dan pelabur Ketidakpastian dasar perdagangan: 5 kesan utama kepada pasaran dan pelabur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731538660_DonaldTrumpJoeBi.jpg)
Ketidakpastian dasar perdagangan: 5 kesan utama kepada pasaran dan pelabur
Keputusan seperti tarif perdagangan baharu, sekatan kecerdasan buatan (AI), dan perubahan dasar utama sering mencetuskan ketidaktentuan.
Pantau Belanjawan: Pemilihan PKR - Pengukuhan keadilan prioriti utama
Bersama hos, Ibrahim Sani, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad menekankan bahawa pengukuhan keadilan adalah keutamaan utama dalam pemilihan PKR. Beliau bertekad untuk memperkukuh parti dan memastikan keadilan sosial serta politik terus menjadi teras perjuangan PKR.
![Projek berkepentingan rakyat perlu disegerakan - PM Projek berkepentingan rakyat perlu disegerakan - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739158790_tbAnwarIbrahimMaj.jpg)
Projek berkepentingan rakyat perlu disegerakan - PM
Semua projek berkepentingan rakyat termasuk membasmi kemiskinan tegar dan tebatan banjir perlu disegerakan.
e-hailing: Pricing mechanisms and sustainability
![[KOLUMNIS] Toleransi: Realiti atau retorik semata? [KOLUMNIS] Toleransi: Realiti atau retorik semata?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739158338_masjid.jpg)
[KOLUMNIS] Toleransi: Realiti atau retorik semata?
Segelintir pihak tampak cekap memperjuangkan isu sensitif, tetapi tidak apabila menyentuh isu berkaitan agama atau umat Islam.
Saifuddin puji Prabowo mentertibkan rakyat Indonesia
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution memuji sikap Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dalam mentertibkan rakyat Indonesia dalam mencari rezeki di negara luar dengan menggunakan laluan undang-undang yang betul.
Saling menghormati, tolak ansur dan percaya satu sama lain - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata harus saling hormat-menghormati, tolak ansur dan saling mempercayai antara satu sama lain demi menjaga kepentingan bersama. Ini demi meningkatkan toleransi rakyat berbilang kaum dan agama.
![Banjir Sabah, Sarawak: Baik pulih sekolah terjejas libatkan kos besar Banjir Sabah, Sarawak: Baik pulih sekolah terjejas libatkan kos besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738990621_FadhlinaSidek.jpg)
Banjir Sabah, Sarawak: Baik pulih sekolah terjejas libatkan kos besar
Kementerian Pendidikan (KPM) menjangkakan kos membaik pulih keseluruhan sekolah dan premis yang mengalami kerosakan akibat banjir di Sabah dan Sarawak melibatkan jumlah perbelanjaan yang sangat besar.
![Banjir di Sabah, Sarawak kembali meningkat pagi ini Banjir di Sabah, Sarawak kembali meningkat pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738894824_TBbanjirsabah.jpg)
Banjir di Sabah, Sarawak kembali meningkat pagi ini
Di Sarawak, mangsa banjir meningkat kepada 4,705 orang di 24 PPS berbanding 4,341 orang malam tadi.
![Jumlah mangsa banjir di Johor, Sarawak, Sabah meningkat pagi ini Jumlah mangsa banjir di Johor, Sarawak, Sabah meningkat pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738811075_tbAPMbekalanmakan.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Johor, Sarawak, Sabah meningkat pagi ini
Di Johor, jumlah mangsa yang dipindahkan sedikit meningkat kepada 372 orang berbanding 364 orang malam tadi.
![Banjir: Laluan Tapak Warisan Dunia Gua Niah tenggelam, Taman Negara Gunung Gading dilanda kepala air Banjir: Laluan Tapak Warisan Dunia Gua Niah tenggelam, Taman Negara Gunung Gading dilanda kepala air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738801006_TBguaniah.jpg)
Banjir: Laluan Tapak Warisan Dunia Gua Niah tenggelam, Taman Negara Gunung Gading dilanda kepala air
Menurut Pengurus Besar SFC Abang Arabi Abang Aimran, pejabat Taman Negara Niah sendiri turut ditenggelami air.
![Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738770311_AnggotaJabatanBomb.jpg)
Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba
Kawasan yang terjejas termasuk Kidurong Avenue, Taman Bilangan, Sungai Plan dan Jambatan Sebatang.
![Alliance Bank tawar program bantuan banjir kepada pelanggan terjejas Alliance Bank tawar program bantuan banjir kepada pelanggan terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738727936_banjir.jpg)
Alliance Bank tawar program bantuan banjir kepada pelanggan terjejas
Alliance Bank mengumumkan Program Bantuan Banjir bagi membantu meringankan beban kewangan pelanggan yang terjejas akibat banjir yang melanda Sabah dan Sarawak.
![Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738722013_PangkalanBuitGaram.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 5,747 orang berbanding 6,160 malam tadi, sementara di Sabah kekal 137 daripada 40 keluarga.
![26 kampung terjejas banjir di Kinabatangan 26 kampung terjejas banjir di Kinabatangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738668362_banjir.jpg)
26 kampung terjejas banjir di Kinabatangan
Setakat ini dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka bagi menempatkan 140 mangsa daripada 36 keluarga.
![Mangsa banjir di Sarawak menurun pagi ini Mangsa banjir di Sarawak menurun pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738640785_PPS.jpg)
Mangsa banjir di Sarawak menurun pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 9,039 orang yang ditempatkan di 40 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam bahagian setakat pagi ini berbanding 9,314 malam tadi.
![JPBN Sarawak nilai kos baik pulih infrastruktur rosak akibat bencana JPBN Sarawak nilai kos baik pulih infrastruktur rosak akibat bencana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738595038_PekanTatau.jpg)
JPBN Sarawak nilai kos baik pulih infrastruktur rosak akibat bencana
Jawatankuasa pengurusan bencana diarahkan untuk kemukakan senarai lengkap ketua isi rumah yang berpindah ke PPS selewat-lewatnya hujung minggu ini.