JELEBU: Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukkan RM1.4 bilion bagi kerja membaik pulih infrastruktur kritikal membabitkan 987 lokasi jalan rosak, jambatan runtuh dan runtuhan cerun yang terjejas susulan bencana banjir di seluruh negara setakat ini.
Lokasi berkenaan membabitkan cerun runtuh 449 lokasi, banjir (443), banjir kilat (62), jalan runtuh (23), jalan mendap dan jambatan rosak atau runtuh masing-masing dengan lima lokasi.
Menteri berkenaan Datuk Seri Fadillah Yusof berkata daripada jumlah tersebut sebanyak 928 telah selesai kerja pembersihan dan dibuka untuk laluan sekurang-kurangnya satu lorong setakat hari ini.
"Jangkaan siap bergantung pada tahap kerosakan, fokus kami adalah jalan kritikal, kami akan pastikan jalan terputus itu akan dapat dilalui...jambatan dan cerun mungkin akan ambil masa untuk disiapkan berbanding jalan raya.
"Kami dah mulakan serta-merta selepas banjir reda dan ada jalan yang dah siap bulan ini, selain itu ada juga yang ambil masa sekurang-kurangnya enam bulan dan insya-Allah, dalam tahun ini kami usaha untuk siapkan semua," katanya kepada pemberita selepas meninjau jambatan Kampung Bemban yang terjejas banjir di sini, hari ini.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun
Beliau berkata kerja pembaikan infrastruktur terbabit turut mendapat kerjasama daripada beberapa agensi dan kementerian termasuk kementerian Pembangunan Luar Bandar serta kerajaan negeri.
Dalam pada itu, beliau berkata di Negeri Sembilan pula sebanyak 67 daripada 75 lokasi jalan, jambatan dan cerun telah pun selesai dibersihkan membabitkan keseluruhan kos berjumlah RM72.9 juta dengan kerja pembaikan dijangka siap sepenuhnya pada Jun 2022.
"Kerja pemasangan Jambatan Bailey sepanjang 18 meter merentasi Sungai Bemban di sini juga sedang dilaksanakan dan dijangka siap pada 21 Jan ini, jadi kami harap dengan adanya jambatan ini, satu-satunya jalan perhubungan kampung ini dapat dilalui," katanya.
Selain itu, beliau berkata kerja pembersihan runtuhan tanah di Jalan Jeram Toi di sini telah dilaksanakan dengan kos sebanyak RM1 juta untuk kerja pembaikan jalan dan pembetungan dan dijangka siap sepenuhnya pada Mei ini termasuk lokasi lain yang terjejas akibat banjir di seluruh negeri ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 11 2022
Fadillah (empat, kiri) berbincang dengan Mejar Mohd Asyaf Nasaruddin (dua, kiri) dari Rejimen Askar Melayu Diraja (RMAD), Kem Senawang ketika melawat lokasi jambatan Kampung Bemban yang runtuh akibat banjir. - FOTO BERNAMA
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Pelancongan pascapandemik ASEAN perlu model perniagaan mampan, dipacu kualiti - Fadillah
Pelancongan pascapandemik di ASEAN bukan sahaja perlu menumpukan kepada pemulihan, tetapi juga peralihan kepada model perniagaan yang mampan dan dipacu kualiti.
ASEAN berpeluang satukan sumber tenaga untuk pembangunan mampan - TPM Fadillah
Menurut Timbalan Perdana Menteri, ASEAN berpotensi besar untuk menggabungkan kelebihan sumber tenaga.
Tiada sebarang keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik Semenanjung sehingga kini - Fadillah
Tiada sebarang keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia dibuat sehingga kini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Krismas: Ahmad Zahid, Fadillah ajak rakyat Malaysia bersama-sama fahami kepentingan perpaduan
Ahmad Zahid Fadillah mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama memahami kepentingan perpaduan, keharmonian dan saling menghormati.
JKKK diminta guna dana SejaTi MADANI untuk majukan komuniti - Fadillah
JKKK yang memohon projek-projek di bawah SejaTi MADANI perlu fokus kepada usaha meningkatkan taraf sosial dan ekonomi komuniti setempat.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air
RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas sesi penggulungan perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa.
Banjir: Kerajaan perlu RM392 bilion laksana RTB di kawasan berisiko - Fadillah
Kerajaan memerlukan peruntukan RM392 bilion bagi melaksanakan 365 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di kawasan risiko banjir.
AI perlu diguna lebih meluas dalam pembangunan bandar raya - Fadillah
Teknologi kecerdasan buatan (AI) perlu digunakan dengan lebih meluas dalam pengurusan bandar raya.
Hujan lebat berterusan, air pasang besar punca Kelantan, Terengganu banjir teruk - Fadillah
Banjir besar yang berlaku di Pantai Timur khususnya Kelantan dan Terengganu ketika ini berpunca daripada hujan lebat luar biasa yang berterusan.